Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Musim terakhir anime Castlevania akan tiba di Netflix 13 Mei ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
April 19, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Netflix
0 0
0
Musim terakhir anime Castlevania akan tiba di Netflix 13 Mei ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Musim keempat Castlevania akan menjadi musim akhir, dan Netflix telah mengeluarkan teaser dan poster untuk membuatkan penonton teruja dengan siri akhir. Siri anime ini berdasarkan permainan video Castlevania serta telah mula ditayangkan pada tahun 2017 dan mengisahkan tentang watak Trevor Belmont, Alucard, dan Sypha Belnades berlawan dengan Dracula dan berusaha untuk menjaga keselamatan penduduk Wallachia.

This is where it all started. The final season of Castlevania arrives May 13. pic.twitter.com/sLqWjJxjoA

— Netflix Geeked (@NetflixGeeked) April 16, 2021

Musim ketiga anime ini telah dikeluarkan pada 5 Mac 2020 dengan 10 episod, ia menjadikan musim terpanjang dalam Castlevania pada masa itu. Netflix mengesahkan musim keempatnya pada November lalu selepas gambar pandangan pertama yang menunjukkan Sypha dan Trevor. Namun tiada maklumat terperinci yang dikongsikan mengenai jalan cerita. Kini, beberapa maklumat Castlevania musim keempat telah dikeluarkan, walaupun tidak semuanya akan menjadi berita baik untuk penonton.

we're back. #Castlevania pic.twitter.com/849lLbppRc

— Netflix Geeked (@NetflixGeeked) April 15, 2021

Berita mengenai Castlevania akan tamat pada musim keempat tidak terlalu mengejutkan penonton. Mungkin anime ini ditamatkan kerana pencipta anime, Warren Ellis telah dituduh atas beberapa kesalahan seksual oleh beberapa wanita pada tahun lalu dan tidak akan terlibat lagi dengan Castlevania. Mungkin Netflix merasakan ianya lebih baik untuk menamatkan siri ini sekali.

Teaser Castlevania musim akhir ini seperti yang akan memberi kesimpulan yang tepat untuk rancangan ini. Ia juga agak menggembirakan apabila musim keempat siri ini akan dilancarkan tidak lama lagi. Harap lepas ini lagi banyak maklumat dalam masa terdekat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: castlevaniaFinal Seasonnetflix
Previous Post

[Review] MSI GE76 Raider nampak simple tetapi tinggi kualiti!

Next Post

Otome ini akan menemani anda dengan Romantik & Misteri dalam Tears of Themis!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Next Post
Otome ini akan menemani anda dengan Romantik & Misteri dalam Tears of Themis!

Otome ini akan menemani anda dengan Romantik & Misteri dalam Tears of Themis!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd