Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

WWE 2K22 diumumkan di WrestleMania 37!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 12, 2021
in Artikel, Berita, Fighting
0 0
0
WWE 2K22 diumumkan di WrestleMania 37!
Share on FacebookShare on Twitter

Didedahkan oleh Visual Concepts dan 2K Sports, WWE 2K22 telah diumumkan di acara WrestleMania 37 bersama sebuah teaser trailer pendek yang menawarkan pandangan pertama pada gameplay, dan juga mengesahkan dua ahli gusti WWE baru untuk ditambah dalam senarai watak.

Trailer WWE 2K22 di atas memfokuskan pada Rey Mysterio, dan menunjukkan permainan telah peningkatan visual yang sangat drastik jika dibandingkan dengan ansuran sebelumnya, WWE 2K20. Tahap butirannya memang mengagumkan, dan ramai yang percaya bahawa WWE 2K22 akan menjadi permainan video WWE yang paling hebat buat masa ini.

Bagi gameplay, peminat dapat melihat Rey Mysterio memukul Cesaro dengan serangan istimewa 619, dan hanya itu sahaja yang ditunjukkan. Walaupun tidak ada banyak gameplay, trailer masih menunjukkan bahawa animasi pergerakan kelihatan sangat lancar. Jadi untuk peminat yang kecewa dengan WWE 2K20, saya berharap versi permainan ini boleh tenangkan semula hati awak semua.

2K Sports dan Visual Concepts sedar akan sambutan WWE 2K20 yang kurang baik, dan itulah antara sebab mengapa mereka mempamerkan WWE 2K22 begitu awal. Pasukan pembangunan mendakwa bahawa permainan baru ini adalah “sangat berbeza” dan merupakan satu langkah ke arah yang betul.

Walaupun permainan sangat menyerlah daripada segi visual, mungkin ada masalah yang kita tidak tahu sehingga hari keluaran nanti. Bagi mereka yang tidak tahu, WWE 2K20 dilanda dengan pelbagai masalah dan isu teknikal lain, lantas menyebabkan ramai pemain memberi ulasan negatif kepada permainan. Semoga perkara ini dapat dielakkan supaya ia tidak berkongsi nasib yang serupa.

Itu sahaja yang saya tahu. WWE 2K22 sedang dibangunkan untuk platform yang tidak ditentukan. Untuk segala liputan kami tentang francais WWE, sila tekan di sini.

Tags: Cesarorey mysterioTeaserWrestleMania 37WWEWWE 2K22
Previous Post

Kingston berkerjasama dengan NXP Semiconductors pada Pemproses i.MX 8M Plus

Next Post

Anime Edens Zero akan keluar di Netflix untuk peminat luar Jepun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
Anime Edens Zero akan keluar di Netflix untuk peminat luar Jepun!

Anime Edens Zero akan keluar di Netflix untuk peminat luar Jepun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd