Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Peta Karakin akhirnya muncul dalam PUBG MOBILE

Amir Haziq by Amir Haziq
April 9, 2021
in Android, ARPG, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Platform
0 0
0
Peta Karakin akhirnya muncul dalam PUBG MOBILE
Share on FacebookShare on Twitter

PUBG MOBILE telah mengemaskini kandungan permainan mereka dengan menyediakan peta Karakin sebagai tempat bertempur yang baru buat semua pemain. Sepertinya yang dinyatakan sebelum ini, peta Karakin menggantikan peta Vikendi serta memperkenalkan mekanik permainan dan senjata baru yang menjanjikan intensiti peperangan di pantai yang penuh dengan batuan gersang.

Sempena kehadiran peta Karakin ini, PUBG MOBILE turut memperkenalkan pelancar roket Panzerfaust yang Sticky Bombs. Demolition Mode dan Thin Wall Bullet Penetration adalah mekanik baru untuk pemain menghancurkan keseluruhan kawasan peta serta membuat kawasan perlindungan yang strategik. Kemaskini PUBG Mobile Version 1.3 tersedia secara percuma di AppStore dan Google PlayStore.

Selain itu, peta baru ini menggabungkan ketegangan pertempuran peta Miramar dan gameplay yang pantas seperti peta Sanhok. Peta Karakin ini dipadatkan dengan 64 pemain yang sentiasa memberi cabaran berterusan untuk peminat. PUBG MOBILE juga menawarkan pelbagai kawasan pertempuran, ruang rahsia, pertempuran jarak jauh di kawasan bergunung, pertempuran kombat di bandar, dan ketegangan pertempuran senjata di bawah tanah. Demolition Zone turut menambahkan pengalaman yang menyeronokkan, dimana ia menggunakan zon ungu yang boleh menghancurkan keseluruhan bangunan untuk membawa pemain keluar ke kawasan terbuka.

Buat pertama kali di PUBG MOBILE, dinding-dinding nipis di lokasi Karakin boleh ditembus peluru. Ini pastinya dapat meningkatkan lagi kekecohan pertarungan dalam kawasan tertutup. Panzerfaust dan Sticky Bomb pula direka sepenuhnya untuk mekanik permainan baru ini.

Ciri utama di peta Karakin:

  • Demolition Zone – Menghasilkan kemusnahan secara rawak dibangunan dan kesemua yang ada didalam Karakin di akhir permainan.
  • Thin Wall Bullet Penetration – Ciri ini menambahkan lagi risiko semasa pemain bersembunyi di belakang dinding yang rosak.
  • Sticky Bomb – Bom ini boleh melekat pada dinding dan meletup, memecahkan bangunan bagi menghasilkan sudut tembakan yang baru. Pemain boleh menjadi kreatif semasa menyerang di kawasan bangunan serta menjadi kunci untuk ruang tersembunyi di Karakin.
  • Panzerfaust – senjata sekali pakai ini muncul secara rawak dan boleh didapati dalam air drop di Karakin. Panzerfaust melancarkan roket untuk menembak pemain dan menghancurkan dinding nipis serta menembusi objek dari jarak dekat. Pastikan anda tidak menggunakan Panzerfaust untuk menembak rakan anda, kerana ia boleh mencederakan mereka.

Di samping itu, peta Vikendi dikeluarkan sementara di Classic Mode PUBG MOBILE, tetapi anda boleh bermain peta ini di Custom Room.

Pelancaran peta Karakin adalah ciri terbaru yang ditambahkan dalam kemaskini PUBG MOBILE Version 1.3 yang dilancarkan pada 9 Mac. Dengan lebih banyak senjata, kenderaan, dan mekanik baru untuk dimainkan. Kemaskini ini turut  memperkenalkan Royale Pass 18 PUBG MOBILE dengan muzik “HUNDRED RHYTHMS” di mod permainan bertema dan pelbagai kandungan baru. Mod ini diraikan dengan kerjasama dengan tiga DJ terkenal di dunia untuk ulang tahun ketiga PUBG MOBILE pada bulan Mac.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: KarakinNew Mappubg mobile
Previous Post

Review Balan Wonderworld: Konsep memukau mata tapi dibebani mekanik leceh!

Next Post

Attack on Titan #139: Manga akhirnya tamat selepas 11 tahun, penjelasan penuh!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Attack on Titan #139: Manga akhirnya tamat selepas 11 tahun, penjelasan penuh!

Attack on Titan #139: Manga akhirnya tamat selepas 11 tahun, penjelasan penuh!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd