Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pra-pesanan untuk FFVII Advent Children 4K UHD + Blu-Ray + Digital dibuka di Amazon!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 8, 2021
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Pra-pesanan untuk FFVII Advent Children 4K UHD + Blu-Ray + Digital dibuka di Amazon!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat kini boleh menonton salah satu ansuran dalam kompilasi francais Final Fantasy VII kerana pra-pesanan untuk FFVII Advent Children Complete 4K UHD + Blu-Ray + Digital akhirnya dibuka! Amazon sekarang membuka pra-pesanan untuk produk pada nilai harga $50.17 (anggaran RM207.75) termasuk kos penghantaran. Buat masa ini,tarikh pelepasan rasmi tidak diumumkan.

FFVII Advent Children pertama kali ditayangkan pada tahun 2005 dan melibatkan banyak orang lama di sebalik permainan asal seperti skrip oleh Kazushige Nojima dan muzik dari Nobuo Uematsu. Bagi mereka yang tidak tahu, Kazushige Nojima bekerja pada FFVII, Before Crisis: FFVII, Crisis Core: FFVII dan FFVII Remake, dan akan mengusahakan permainan mudah alih Ever Crisis dan First Soldier. Tetsuya Nomura pula telah mengarahkan filem ini, manakala Yoshinori Kitase dan Shinji Hashimoto bantu menghasilkannya.

FFVII Advent Children berlangsung dua tahun selepas peristiwa permainan dan mengikuti Cloud, Tifa, Reno, Rude, Rufus di mana kelima-lima watak ini berlawan dengan Kadaj dan adik-beradiknya Loz dan Yazoo, yang mencari sisa “ibu” mereka, Jenova.

Pada tahun 2009, FFVII Advent Children Complete memulakan debut pertamanya dan menambah rakaman tambahan. Sebagai contoh, lebih banyak adegan yang melibatkan warga Turk ditambahkan. Ia juga termasuk animasi OVA baru bernama On the Way to a Smile: Episode Denzel, yang memfokuskan pada Denzel dan Reeve.

Bagi mereka yang berminat, FFVII Advent Children Complete 4K UHD + Blu-Ray + Digital boleh dipra-pesan sekarang!. Filem asalnya boleh didapati secara Blu-ray, DVD, dan UMD. Untuk segala liputan kami tentang francais Final Fantasy, sila tekan pautan ini.

Sumber – Wario64

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: amazonFFVII Advent Children Complete 4K UHD + Blu-Ray + Digitalpra-pesananPre-OrderTetsuya Nomura
Previous Post

Gearbox Entertainment menjadi anak syarikat Embracer Group dengan nilai RM5.37 billion

Next Post

Microsoft sedang membangunkan Peti Sejuk Mini Xbox Series X pula!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Microsoft sedang membangunkan Peti Sejuk Mini Xbox Series X pula!

Microsoft sedang membangunkan Peti Sejuk Mini Xbox Series X pula!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd