Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acara Tokyo Game Show 2021 dianjurkan secara online!

Amir Haziq by Amir Haziq
March 31, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Genre, Pameran/Expo
0 0
0
Acara Tokyo Game Show 2021 dianjurkan secara online!
Share on FacebookShare on Twitter

Penganjur bagi Tokyo Game Show 2021 telah mengumumkan acara tahun ini akan dianjurkan secara dalam talian. Pengumuman ini dibuat dalam siaran media dari Nikkei, serta penganjur acara tersebut akan menggunakan format seperti yang digunakan tahun lalu.

Segala berita pengumuman akan disertakan dengan terjemahan Bahasa Inggeris, dan penonton boleh melihat beberapa demo permainan yang akan datang. Penganjur juga menggunakan sistem seperti tahun lalu untuk peserta acara tersebut membuat mesyuarat tertutup semasa acara berlangsung. Untuk pengetahuan pembaca, Tokyo Game Show 2021 adalah acara tahun ke-25 untuk anjuran tersebut.

Di samping itu, Tokyo Game Show 2021 dijadualkan berlangsung pada hari Khamis, 30 September hingga Ahad 3 Oktober. Dengan masa beberapa bulan lagi sebelum acara ini diadakan, penerbit dan anggota media boleh merancang jadual siaran mereka sebaiknya. Walaupun pengedaran vaksinasi secara global pada musim luruh ini, namun masih banyak faktor yang perlu diambil kira bagi mengelakkan penyebaran Virus COVID-19 merebak. Menurut siaran media dari Nikkei sebelum ini, TGS 2018 berjaya menarik hampir 300 ribu peserta. Jadi pastinya penganjur acara ini memilih untuk mengadakan TGS 2021 secara atas talian.

Walaupun pandemik Coronavirus ini nampaknya hampir berakhir, tetapi perubahan TGS 2021 ke format digital adalah langkah bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi industri permainan video. Hampir keseluruhan acara besar industri ini mengambil langkah yang sama, termasuk juga E3. Kesan dari pandemik ini, kebanyakkan permainan terpaksa menangguhkan pelancarannya buat sementara waktu kerana pekerja pembangun permainan video terpaksa bekerja dari rumah. Kekurangan cip global untuk membuat konsol next-gen juga menjadi masalah kerana sukar didapati tidak seperti dahulu. Ini menjelaskan mengapa industri permainan video memerlukan masa lebih lama untuk pulih berbanding industri lain.

Seterusnya, dengan menggunakan format digital membolehkan lebih ramai peserta menikmati acara tahunan tersebut. Walaupun acara digital ini dibuat tidak sama seperti secara langsung, ianya satu kelebihan buat mereka yang tidak pernah menghadiri acara Tokyo Game Show untuk menonton secara atas talian.

Bagi mereka yang teringin untuk menonton acara digital Tokyo Game Show 2021, pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan berita mengenainya dari kami dengan menekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: TGS2021TokyoTokyoGameShow2021
Previous Post

CD Projekt Red akan menghasilkan 2 game AAA baru sekaligus pada tahun 2022!

Next Post

Promosi Kingdom Hearts PC boleh didapati sekarang di Epic Games Store!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Promosi Kingdom Hearts PC boleh didapati sekarang di Epic Games Store!

Promosi Kingdom Hearts PC boleh didapati sekarang di Epic Games Store!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd