Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pandangan Pertama Samsung Galaxy A52 – Jiwa Muda dengan warna, kamera dan kuasa yang memuaskan!

Berharga RM 1,499.00, eh semua boleh dapakanlah!

Nyny.A by Nyny.A
March 29, 2021
in Artikel, Berita, Pandangan Pertama, Review, Smartphone, Teknologi, Tempatan, Unboxing
0 0
0
Pandangan Pertama Samsung Galaxy A52 – Jiwa Muda dengan warna, kamera dan kuasa yang memuaskan!
Share on FacebookShare on Twitter

Kini terdapat banyak pilihan telefon pintar dengan “Harga Pertengahan” atau “Harga Mampu Milik” berada di pasaran. Walaupun dahulu dikatakan “Harga Murah tetapi Spesifikasi rendah”, kini dalam generasi terbaru kita tidak perlu risaukan semua itu kerana dengan harga mampu milik kita boleh memiliki sebuah peranti yang menakjubkan. Lebih menarik, Samsung turut memperkenal kan siri A terbaru mereka yang sememangnya menarik perhatian saya apabila menerimanya. Siri Samsung Galaxy A tebaru A32, A52 dan A72 baru sahaja dilancarkan di Malaysia dan lebih terbaik lagi, Samsung telah memberi Gamer Santai untuk cuba sendiri Samsung Galaxy A52 ini.

Jadi, hari ini saya tidak akan memberi ulasan penuh mengenai siri Galaxy A52 ini, sebaliknya saya akan kongsikan dahulu pandangan pertama saya dan serba sedikit spesifikasi yang terdapat pada peranti ini. Berharga hanya RM1,499.00, Samsung sememangnya berjaya memberi sebuah peranti dengan kuasa hebat dan murah untuk tahun ini.

Masa Untuk Unboxing!

Datangnya sebuah kotak simple dari Samsung, buka sahaja kotak, A52 yang diterima dibaluti kemas plastik disekelilingnya, buka sahaja plastik tersebut, wah menariknya warna yang diberikan! Memang Lit warnanya! Okay-okay, warna yang saya terima pasti akan jadi pujaan hati ramai pemilik nanti iaitu Awesome Violet. Berwarna ungu muda, yang nampak sangat lembut tetapi apabila saya pegang, pegh sebenarnya berbeza dengan telefon lain! Iya, cover belakangnya bukan lah berkaca, atau plastik yang disaluti kelembutan seperti sutera, sebalik kelembutan warna Violet nya, ianya jika dipegang terasa seperti kusyen tetapi dibalas lapisan Matte dan logo Samsung berwarna putih nampak minimal di bahagian bawah.

Kadang-kadang terasa seperti kita beli case handphone di luar dan memasangnya, tetapi tidak, jika anda pegang sendiri, anda boleh rasa perbezaan ketara apa yang saya rasakan. Mungkin ini kerana Samsung tidak memberi case perlindungan telefon kepada kami di dalam kotak ini. Jika dilihat sekeliling A52, terasa selamat apabila memegangnya. Cuma yang kurang saya suka pada luaran nya, adalah kameranya yang agak terlalu terjojol kedepan. Tetapi, anda tidak perlu risau jika banyak kesan cap jari di bahagian belakang lagi dengan kemasan baru yang menarik ini.

Didalam kotak ini juga terdapat buku manual Samsung Galaxy A52, dan paling saya sukakan, atau kepada anda yang mungkin risau….. Jangan risau! Sebab di dalam kotak terdapat pengecaj samsung 15w Fast Charging serta kabel Type-C disediakan! Jadi tidak perlulah kusut kepala nak beli pengecaj asing pula kan!

Baiklah, jom kenali serba sedikit mengenai Samsung Galaxy A52! 

Samsung Galaxy A52 menghadirkan banyak ciri baru berbanding Galaxy A51. Selain menjalankan One UI 3.1 terbaru di luar kotak, Galaxy A52 juga dilengkapi dengan pemproses yang lebih mantap, paparan Super AMOLED yang lebih baik, kamera yang lebih baik, dan sokongan untuk pengecasan pantas. Di bahagian atas A52 terdapat slot sim/micro sd, bawah pula port audio jack, port USB Type-C dan Speaker audio, kanan pula butang on off dan volume, kiri kosong sahaja~

Yup, A52 mempunyai paparan Super Amoled yang merupakan terbaru untuk siri ini. Mempunyai paparan sebesar 6.5 inc, Full HD + Super Amoled memang sudah mencukupi untuk kegunaan harian. Terdapat lubang kamera selfie di bahagian tengah atas, pegangan dengan lekuk yang selesa di sekeliling, saya rasa cukup memuaskan jika digunakan untuk telefon harian saya. Samsung juga menyatakan paparannya dapat mencapai kecerahan puncak hingga 800nits.

Pada yang kini bimbang dengan RAM rendah, nak muat turun permainan mobile kegemaran pun payah, anda tidak perlu risau. Samsung telah memberi pemproses Octa-core sehingga RAM 8GB dan muatlah sebanyak mana pun dengan storan dalaman 256GB! Kalau tak muat lagi, apa susah, anda boleh menambah sehingga 1TB dengan kad microSD!

Selain itu, saya kagum dengan baterinya! Menggunakan bateri 4,5000mAh, saya tidak perlu risau jika menggunakan telefon ini untuk berkerja menggunakan sosial media dan whatsaap. Bukan setakat bekerja, dalam masa yang sama saya nak tonton video di Netflix atau Youtube dengan resolusi 1080 x 2400, bateri masih bertahan lama! Cuma yang saya kurang tertarik adalah pengecaj Fast Charging hanyalah 15w, walaupun telefon pintar ini menyokong sehingga 25w Super Fast Charging~Nampaknya kena jugalah beli pengecaj lain nanti….

4 Warna Awesome dalam pilihan!

Kan dah cakap, memang sesuai untuk generasi terkini! Terdapat 4 pilihan warna, seperti di tangan saya adalah Awesome Violet, selebihnya adalah Awesome Blue, Awesome White dan Awesome Black. Warna-warna lembut macam gula-gula kapas ini mesti menarik perhatian ramai pengguna lah macam saya!

Kamera yang menyerlahkan warna kehidupan

Walaupun terjojol dekat bahagian belakang itu, Galaxy A52 memberi 4 kamera utama dengan resolusi 64.0 MP + 12.0 MP + 5.0 MP + 5.0 MP. Ianya juga terdapat Auto Focus dan Zoom sehingga 10x! Manakala untuk kamera hadapat adalah 32MP! Wow, kamera selfie kini memang makin jelas kan! Untuk anda yang sukakan edit-edit tu, jangan risau, pelbagai Filter juga Sticker yang anda boleh gunakan! 

Meh kami kongsi sikit teased dari hasil Night Mode Samsung Galaxy A52:

Untuk video pula kita dapat merakam sehingga 4K UHD (3840 x 2160)@30fps. Slow Motion turut ada dengan 240fps @HD. 

Tahan Tumpahan, Percikan Air!

Dinilai IP67 untuk ketahanan air dan debu, telefon ini tahan hingga 1.0 meter air hingga 30 minit. Oleh itu, anda boleh terus bermain dan teruskan tangkap gambar jika telefon anda sedikit basah.

Jadi adakah Samsung Galaxy A52 menarik?

Sememangnya ya! Tahniah Samsung kerana melahirkan telefon pintar harga mampu milik dengan kuasa yang tidak sia-sia kepada pengguna. Jadi sememangnya anda perlu nantikan ulasan penuh dari kami tidak lama lagi dan kami akan kongsikan lebih mendalam mengenai Samsung Galaxy A52 kepada anda semua!

Jadi pada anda yang berminat dengan siri Galaxy A terbaru oleh Samsung ini anda boleh terus ke laman web rasmi mereka dan Samsung Galaxy A52 boleh didapati pada harga RM1,499.00 dan jika ada yang berminat pada A72 pula ianya berharga RM1,899.00 sahaja secara dalam talian atau pengedar jualan Samsung yang sah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Pandangan Pertama Samsung Galaxy A52SamsungSamsung Galaxy A SeriesSamsung Galaxy A52
Previous Post

JRPG terbaru Astria Ascending dimajukan oleh veteran Final Fantasy

Next Post

Filem anime My Hero Academia: World Heroes Mission mendedahkan trailer & sinopsis rasmi!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Filem anime My Hero Academia: World Heroes Mission mendedahkan trailer & sinopsis rasmi!

Filem anime My Hero Academia: World Heroes Mission mendedahkan trailer & sinopsis rasmi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd