Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Showtime! Game platformer Balan Wonderworld boleh dimuat turun SEKARANG!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 26, 2021
in Artikel, Berita, Game Baru, Nintendo Switch, Platform, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Showtime! Game platformer Balan Wonderworld boleh dimuat turun SEKARANG!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini Square Enix Co., Ltd mengumumkan bahawa game platformer Balan Wonderworld kini tersedia di seluruh dunia untuk pelantar PlayStation®5, PlayStation®4, Nintendo Switch™, Xbox Series X|S, Xbox One dan Steam! Jom kita ramai-ramai menyelami pengembaraan muzikal ajaib ini.

Di Balan Wonderworld, pemain akan menjelajah dunia luar biasa Wonderworld bersama dua watak utama, Leo dan Emma. Dengan bantuan si maestro Balan yang penuh teka-teki, pemain mesti membantu mengembalikan keseimbangan ke hati 12 roh yang bermasalah dengan melenyapkan Negati, sejenis manifestasi fizikal jahat yang datang dari kerisauan dan emosi negatif.

Untuk membuat demikian, pemain harus melompat, mendaki, terbang, menghancurkan dan macam-macam lagi, ketika mereka menjelajahi banyak kawasan pelik, dan mengumpulkan lebih dari 80 kostum unik yang memberikan abiliti istimewa untuk membantu pemain sepanjang perjalanan. Permainan ini dapat dialami dalam mod single player dan bersama rakan secara couch co-op di mana mereka dapat menggabungkan abiliti setiap kostum kreatif untuk mengalahkan musuh dan menyelamatkan insan-insan ini.

Saya pernah memberitahu perkara ini dalam ulasan demo, tetapi pengguna yang pernah bermain demo Balan Wonderworld boleh mendapat kostum bonus! Syaratnya ialah demo dan permainan rasmi mesti dimainkan di platform yang sama. Untuk PlayStation®5, PlayStation®4, Nintendo Switch™, Xbox Series X|S, dan Xbox One, permainan rasmi mesti dimainkan dengan akaun sama yang memuat turun demo. Untuk versi Steam®, kostum bonus dapat diperoleh dengan memainkan permainan rasmi bersama “save data” dari demo. Versi Steam akan dikeluarkan pada keesokan hari, 27 Mac 2021.

Jangan tunggu lagi! Game platformer Balan Wonderworld kini tersedia di pelantar PlayStation®5, PlayStation®4, Nintendo Switch™, Xbox Series X|S, Xbox One dan Steam. Jika ada yang berminat, saya sudah sediakan pautan muat turun di bawah. Untuk mengenali permainan dengan lebih lanjut, kamu juga boleh baca ulasan lama kami untuk Balan Wonderworld di sini. Harap kamu enjoy~

Muat turun di sini
Balan Wonderworld
Publisher: Square Enix
Developer: Square Enix
Release Date: 2021-03-26
Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Balan Wonderworld adalah permainan platform yang akan datang yang dikembangkan oleh Balan Company dan Arzest, dan diterbitkan oleh Square Enix. Ia dijadualkan dilancarkan pada 26 Mac 2021 untuk Microsoft Windows, Nintendo Switch, Xbox One, Xbox Series X / S, PlayStation 4, dan PlayStation 5
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Balan Wonderworldnintendo switchPCPlatformerPS4ps5square enixxbox
Previous Post

Filem Ghost Of Tsushima dalam pembangunan bersama pengarah John Wick!

Next Post

MONSTER HUNTER RISE kini Terdapat di Nintendo Switch! Mulakan Pemburuan Hari Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
MONSTER HUNTER RISE kini Terdapat di Nintendo Switch! Mulakan Pemburuan Hari Ini!

MONSTER HUNTER RISE kini Terdapat di Nintendo Switch! Mulakan Pemburuan Hari Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd