Tahun lepas, Ghost of Tsushima yang eksklusif di PlayStation telah dilancarkan di PlayStation 4, dan dengan cepat, menjadi salah satu game paling berjaya pada tahun 2020, serta salah satu eksklusif PlayStation yang paling popular. Setelah membuat kemunculan yang hebat di komuniti permainan video, filem Ghost of Tsushima kini menuju ke layar perak, di bawah pengawasan pengarah John Wick.
Berita ini awalnya dikongsikan oleh Deadline sebagai cerita eksklusif, di mana Ghost of Tsushima akan diarahkan oleh Chad Stalheski, pengarah untuk tiga filem pertama John Wick. Stalheski, bersama dengan producer Alex Young dan Jason Spitz, akan menghasilkan Ghost of Tsushima melalui syarikat produksi mereka, 87Eleven Entertainment.
Sucker Punch Productions akan mengawasi projek tersebut, dan akan berfungsi sebagai pengeluar eksekutif, yang diwakili oleh Peter Kang. Asad Qizilbash dan Carter Swan juga akan menghasilkan Ghost of Tsushima dari PlayStation Productions. Nate Fox, pengarah kreatif Ghost of Tsushima, kemudian mengumumkan berita ini di PlayStation Blog untuk meraikan filem tersebut, dan memuji peminat kerana menerima permainan dengan positif, dan mengucapkan terima kasih kerana berkongsi kreativiti mereka melalui mod foto permainan.
Ghost of Tsushima menceritakan kisah Jin Sakai. Setelah tercedera dalam peperangan dahsyat, Jin, yang kini satu-satunya anggota samurai yang masih hidup, harus membebaskan pulau Tsushima dari cengkaman askar Mongolia. Permainan ini menjadi salah satu IP eksklusif paling terlaris dalam sejarah PlayStation, dan berjaya menjual 6.5 juta salinan serta dipuji di seluruh dunia untuk pertempuran, kisah, dan latar belakangnya. Ia dicalonkan untuk pelbagai anugerah, termasuk Game Of The Year di 2020 Game Awards.
Pada masa yang sama, filem John Wick oleh Chad Stalheski telah menjadi kejayaan global, setelah memperoleh lebih dari $600 juta di box office seluruh dunia. Chad Stalheski kini sedang bersiap untuk mengarahkan John Wick 4.
Filem Ghost of Tsushima adalah produksi kedua dari Sony Pictures dan PlayStation, di mana yang pertama adalah Uncharted, yang dijadualkan untuk keluar pada Februari 2022. Itu sahaja info yang saya tahu tentang filem Ghost of Tsushima. Saya tahu ramai tidak sabar untuk melihat masa depan PlayStation dari segi filem, tetapi adakah ia sama gempak seperti versi permainan? Saya berharap ya.
Sumber – Deadline
@gamersantaimy
Discussion about this post