Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Hinokami Keppuutan pada awalnya diumumkan untuk PlayStation 4 pada bulan Mac 2020 bersama dengan game multiplayer, Demon Slayer: Keppu Kengeki Royal. Sejak itu, versi PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X, dan versi PC juga telah diumumkan. Walaupun masih tiada tarikh rasmi, Aniplex telah mendedahkan video gameplay dan tangkapan gambar baru yang memberi info lanjut tentang permainan!
Dalam gameplay berdurasi 7 minit ini, Giyu Tomioka, Zenitsu Agatsuma, Inosuke Hashibara, Nezuko Kamado, dan Tanjiro Kamado semuanya tampil sebagai watak yang boleh dimainkan. Berdasarkan manga dan anime, pergerakan dan abiliti setiap watak akan direplikasikan setepat mungkin seperti Tanjiro menggunakan serangan berdasarkan air yang dipelajari dari Sakonji (permulaan cerita), manakala Nezuko akan menggunakan kekuatan iblisnya.
Dalam gameplay ini, kami juga dapat melihat sistem pertempuran, abiliti untuk watak sedia ada, dan UI keseluruhan permainan ketika mereka bertarung dalam hutan yang diliputi salji. Ditunjukkan berkali-kali dalam video, pemain boleh menggunakan serangan istimewa dan abiliti ala-ala “assist” daripada watak lain. Sama seperti game lain yang mempunyai mekanik “team-based“, pemain dapat melakukan damage tambahan pada pihak lawan apabila menyeru watak lain dalam pasukan untuk bantu menyerang.
Selain itu, CyberConnect2 juga mendedahkan visual utama untuk Tanjiro dan Nezuko. Berbeza daripada apa yang saya sangka, lukisan ini tidak dilukis dengan tangan tetapi sebenarnya dibuat dengan model 3D.
Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Hinokami Keppuutan akan tersedia untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X, dan PC pada tahun 2021. Game ini sedang dibangunkan oleh CyberConnect2, yang sebelum ini menguruskan francais Naruto: Ultimate Ninja. Untuk segala liputan kami tentang Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post