Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Malaysia jadi viral kerana isu Titan pakai spender? Isu penapisan manga Attack on Titan dijelaskan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 5, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Tempatan
0 0
0
Malaysia jadi viral kerana isu Titan pakai spender? Isu penapisan manga Attack on Titan dijelaskan!
Share on FacebookShare on Twitter

Penapisan dalam komik dan manga sudah tidak asing lagi. Kini di Malaysia, manga Attack on Titan telah menjadi viral kerana terdapat isu “censored” yang unik. Pada 3 Februari 2021, seorang pengguna Twitter bernama @WallyyTheGreat memuat naik foto manga Attack on Titan versi Malaysia yang menunjukkan adegan Attack Titan melawan Warhammer Titan. Yang peliknya dalam gambar itu ialah kedua-dua Titan tersebut memakai seluar dalam!

The Attack on Titan manga in Malaysia is very different…..

There the titans wear a pair of underwears because of the censorship laws there💀 pic.twitter.com/1VTlHA3A0Y

— Wally⚡ (@WallyyTheGreat) February 2, 2021

 

1 of 5
- +

Setelah tweet itu menjadi viral, lebih ramai peminat Attack on Titan di Malaysia membuka suara. Pengguna Twitter @InsyirahNajwa11 memberitahu bahawa manga Attack on Titan miliknya tidak mempunyai isu seperti ini dan membukti kenyataan tersebut dengan memuat naik gambar.

Wait but mine is normal pic.twitter.com/vR3NSkvvCH

— sausage (@InsyirahNajwa11) February 3, 2021

Maka, kita terbahagi kepada netizen Malaysia yang membaca manga Attack on Titan versi “censored” dan versi “normal“. Kenapa ada dua versi ini dan siapa sebenarnya yang menapis manga Attack on Titan di Malaysia?

Menurut pengguna Twitter –syizel–, versi yang ditapis ini berasal dari majalah Kreko, manakala yang tidak ditapis adalah versi bahasa Inggeris daripada Kodansha. Mungkin ramai pembaca manga baru di Malaysia yang tidak kenal Kreko tetapi ia adalah majalah yang memaparkan terjemahan komik bahasa Jepun ke dalam bahasa Melayu.

Pada 2008, Kreko menjadi antara majalah yang paling laris di Malaysia selepas edarannya mencecah angka 90,000 naskhah sebulan. Antara manga yang diterbitkan adalah One Piece, Eyeshield 21, Death Note, Naruto, Yakitate Japan, dan banyak lagi. Selepas 20 tahun dalam penerbitan, majalah Kreko akhirnya ditamatkan dengan isu 31 pada 21 November 2019.

Sudah tentu, Attack on Titan ditapis dalam majalah Kreko supaya manga dapat dibaca oleh semua orang tetapi ramai membangkitkan isu;

“Badannya dicensored, tapi aksi keganasan tidak ditapis pula?”.

Apa pendapat anda pula? Untuk segala liputan kami tentang Attack on Titan, sila lawat pautan ini.

Tags: Attack on TitancensoredMalaysiamangapenapisan
Previous Post

Hampir dengan pelepasan, Bravely Default II menampilkan lebih banyak info terkini!

Next Post

Versi baru mode Capture Point “5v5” akan datang ke Astracraft

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Versi baru mode Capture Point “5v5” akan datang ke Astracraft

Versi baru mode Capture Point "5v5" akan datang ke Astracraft

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd