Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pacific Rim: The Black akan keluar pada 4 Mac hanya di Netflix!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 2, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Pacific Rim: The Black akan keluar pada 4 Mac hanya di Netflix!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah lama kita tidak dengar berita tentang filem Pacific Rim, tetapi Netflix nampaknya sudah bersiap sedia untuk mengembalikan francais dalam bentuk yang berbeza! Diumumkan sebelum ini semasa siaran langsung Netflix Anime, Pacific Rim: The Black adalah rancangan animasi spin-off berdasarkan IP Pacific Rim yang akan keluar pada 4 Mac 2021. Bersama pengumuman ini, sebuah trailer rasmi juga dikeluarkan.

Sebagai spin-off yang berjanji untuk “hype“-kan peminat sebelum pengeluaran filem rasmi, Polygon Pictures telah ditugaskan untuk menghasilkan anime ini dengan bantuan dari Legendary Entertainment. Para eksekutif pula merancang dua musim untuk anime ini di mana Pacific Rim: The Black menjadi salah satu projek anime termahal dibuat oleh Netflix setakat ini.

Sekiranya anda tidak tahu tentang Pacific Rim: The Black, di bawah adalah sinopsis rasmi. Sekali lagi saya ingatkan, anime ini akan membuat tayang perdana pada 4 Mac secara eksklusif di Netflix.

“Ada suatu ketika Kaiju bangkit dari Pacific Rim hanya untuk bertemu dengan robot gergasi bernama Jaeger, yang dicipta untuk melawan Kaiju. Masa itu telah berlalu. Kini, Australia dihuni sepenuhnya oleh Kaiju, lalu memaksa semua manusia di benua itu untuk berpindah.

Ditinggalkan oleh semua, pasangan adik-beradik remaja Taylor dan Hayley kini dalam misi untuk mencari ibu bapa mereka yang hilang, sambil mengajar diri sendiri untuk memandu Jaeger yang telah lama ditinggalkan demi membantu dalam usaha mereka dan memberikan sedikit harapan untuk bertahan.”

Tags: animenetflixPacific RimPacific Rim: The Black
Previous Post

Komuniti Global Blizzard Entertainment bersedia Berkumpul di BlizzConline 20-21 Februari ini!

Next Post

Beli ASUS ExpertBook B9 dan dapatkan ASUS ZenScreen Percuma!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Stranger Than Heaven Bakal Tiba Januari 2027, Tupac Shakur Turut Muncul Dalam Game!
Berita

Stranger Than Heaven Bakal Tiba Januari 2027, Tupac Shakur Turut Muncul Dalam Game!

June 6, 2026
Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”
Berita

Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”

June 6, 2026
Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027
Remake

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027

June 6, 2026
Next Post
Beli ASUS ExpertBook B9 dan dapatkan ASUS  ZenScreen Percuma!

Beli ASUS ExpertBook B9 dan dapatkan ASUS ZenScreen Percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd