Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Komik Lawak Kampus rasmi akan diadaptasikan kepada siri anime!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 27, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Komik Lawak Kampus rasmi akan diadaptasikan kepada siri anime!

Sumber - Lil Critter Workshop, Gempak Starz

Share on FacebookShare on Twitter

Anda mesti pernah baca komik Lawak Kampus terbitan Gempak Starz kan? Memang itu antara komik kegemaran saya dan saya tahu ramai yang membaca sehingga sekarang. Hari ini saya datang dengan berita baik kerana studio Lil Critter Workshop telah memperoleh hak untuk menghasilkan siri Lawak Kampus menjadi siri animasi!

We are incredibly honoured to be chosen by GEMPAK STARZ to develop the hit comic series ‘Lawak Kampus’ into an animated…

Posted by Lil Critter Workshop on Monday, January 25, 2021

 

Bagi mereka yang tidak tahu, Lawak Kampus merupakan karya daripada Keith dan Zelo tetapi selepas Zelo meninggalkan Kumpulan Art Square pada Disember 2003, Keith meneruskan karya Lawak Kampus secara berseorangan. Ia mengisahkan gelagat tiga sahabat dan rakan sekolah mereka semasa di alam persekolahan menengah yang penuh dengan peristiwa pelik dan masalah-masalah unik. Dengan jumlah pembaca sehingga 150,000 di Malaysia sahaja, Lawak Kampus mempunyai 39 jilid novel grafik dalam bahasa Melayu dan kini diolah dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Cina, bahasa Inggeris, dan bahasa Thai.

Anime Lawak Kampus dicipta khusus untuk kanak-kanak dan keluarga di wilayah Asia Pasifik, dan dihasilkan dalam episod-episod berdurasi sepuluh minit serta meneroka tema yang berkait dengan hubungan, dan penerimaan diri semasa zaman persekolahan.

“Kami di Kadokawa Gempak Starz sangat menantikan produksi ‘Lawak Kampus.’ Kami percaya sepenuhnya pada para kreatif di Lil Critter Workshop ketika mengubah komik legenda kami untuk penonton TV,” kata Chris Yew, CEO Kadokawa Gempak Starz.

Diasaskan di Malaysia, Lil Critter Workshop amat berpengalaman dalam industri dan telah menghasilkan lebih daripada 447 episod. Antara siri animasi mereka yang terkenal adalah Hogie The Globehopper, Outlaw Dark dan Buck+Buddy.

Memandangkan ramai di Malaysia yang suka menonton anime dan Lawak Kampus, siri anime Lawak Kampus pasti akan menarik perhatian penonton. Bukan hanya kanak-kanak, malah orang dewasa pun pasti akan menonton anime ini. Apa pendapat anda tentang adaptasi ni? Teruja tak untuk melihat karya Malaysia makin berkembang? Kongsikan pendapat anda di ruang komen sekarang!

Sumber – Lil Critter Workshop

Tags: animeLawak KampusLil Critter WorkshopMalaysia
Previous Post

Nintendo Switch eksklusif bertemakan Monster Hunter Rise diumumkan!

Next Post

[Unboxing] Nampak garang! Figurin Diablo Lord of Terror 10” Bust mengganas!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
[Unboxing] Nampak garang! Figurin Diablo Lord of Terror 10” Bust mengganas!

[Unboxing] Nampak garang! Figurin Diablo Lord of Terror 10'' Bust mengganas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd