Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Undi pasukan terbaik pilihan anda untuk FIFA 21 Team of the Year!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 10, 2021
in Artikel, Berita, Filem, PC, PS4, PS5, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Undi pasukan terbaik pilihan anda untuk FIFA 21 Team of the Year!
Share on FacebookShare on Twitter

FIFA 21 Season 3 telah bermula pada 1 Januari dan akan berlangsung sehingga 12 Februari, tetapi pada masa yang sama, EA ingin meraikan permulaan tahun 2021 dengan acara “Team of the Year” yang dikendalikan oleh peminat.

Who makes your Team of the Year?

It's time. Be heard. Vote now: https://t.co/FnsksMdKPK#TOTY #FIFA21 #FUT pic.twitter.com/GXJReYaK2v

— EA SPORTS FC (@EASPORTSFC) January 7, 2021

Bagi mereka yang tidak beberapa tahu tentang acara FIFA ini, undian tersebut tidak menyuruh peminat memilih pasukan mana yang terbaik secara keseluruhan. Sebaliknya, ia meminta pemain untuk memilih 11 pemain yang mereka rasa adalah yang paling bagus pada tahun 2020, di mana setiap pemain yang dipilih akan menerima item unik dengan “penilaian tinggi” pada hujung bulan ini di FIFA 21.

Tempoh pengundian untuk acara Team of the Year bermula sekarang dan akan dibuka sehingga 18 Januari, menurut laman web EA. Peminat boleh memilih pasukan mereka daripada senarai 70 calon di seluruh dunia dalam empat kategori berbeza:

  • 7x penjaga gol
  • 18x pemain pertahanan
  • 19x pemain tengah
  • 26x penyerang

Antara pilihan ini adalah Kylian Mbappe dari kelab bola sepak Paris Saint-Germain, yang menjadi atlet di muka depan FIFA 21 dan merupakan salah satu pemenang dalam undian Team of the Year FIFA 20.

Walaupun kita melihat pelbagai permainan video dilancarkan bersama konsol generasi akan datang dari Sony dan Microsoft pada hujung tahun 2020, FIFA 21 masih menjadi salah satu permainan yang paling laris di UK dan negara-negara lain. Walau bagaimanapun, permainan ini menimbulkan kontroversi kerana fitur Ultimate Team, di mana ramai peminat membandingkannya kepada perjudian kerana percaya EA menurunkan kadar mendapatkan kad bagus untuk mendorong pemain membeli lebih banyak.

FIFA 21 kini tersedia di Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series S/X.

Sumber – EA

Muat turun di sini
FIFA 21
Publisher: Electronic Arts (EA)
Developer: Electronic Arts
Release Date: 2020-10-09
Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
FIFA 21 adalah permainan simulasi bola sepak yang diterbitkan oleh Electronic Arts sebagai sebahagian daripada siri FIFA. Ini adalah ansuran ke-28 dalam siri FIFA, dan dilancarkan pada 9 Oktober 2020 untuk Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4 dan Xbox One. Versi yang ditambahbaik untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X dan Series S dikeluarkan pada 3 Disember 2020.
Tags: FIFA 21Team of the Yearundi
Previous Post

Rakaman gameplay & fitur DualSense dijelaskan untuk Returnal! Eksklusif hanya di PS5!

Next Post

Shueisha melarangkan peminat dari memuat naik visual anime/manga di internet!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Shueisha melarangkan peminat dari memuat naik visual anime/manga di internet!

Shueisha melarangkan peminat dari memuat naik visual anime/manga di internet!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd