Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Quest XI S: Echoes of an Elusive Age Review (2020) – Kembali ke zaman kecemerlangan JRPG!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 15, 2021
in Artikel, Berita, Game Review, Genre, Nintendo Switch, PC, PS4, Review, RPG, Steam, Xbox One
0 0
0
Dragon Quest XI S: Echoes of an Elusive Age Review (2020) – Kembali ke zaman kecemerlangan JRPG!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas menghabiskan masa yang lama sebagai judul eksklusif di Nintendo Switch, Dragon Quest XI S: Echoes of an Elusive Age akhirnya menuju ke pelantar PC dan konsol. Ketika permainan asal dilancarkan, Dragon Quest amat menekankan elemen tradisional dalam genre JRPG dan idea ini terbukti berjaya kerana Dragon Quest XI masih mempunyai reputasi yang tinggi sebagai salah satu JRPG hebat sepanjang zaman. Selepas mengeluarkan edisi definitif, elemen baru bukan sahaja menjadikan Dragon Quest XI S jauh lebih mudah untuk bermain, malah menambahbaik pengalaman saya secara drastik.

Peminat JRPG boleh melihat usaha yang dikeluarkan dalam versi ini berbanding dengan permainan asal. Muzik mereka telah diperbaharui, pertempuran kini boleh dilajukan, dan penambahan mod foto adalah antara perubahan “quality-of-life” yang saya boleh lihat. Tidak kisah sama ada baru hendak mencuba, atau ingin mengalaminya dalam cara yang baru, Dragon Quest XI S: Echoes of the Elusive Age Definitive Edition adalah pengalaman JRPG yang luar biasa. Mari kita selami ulasan ini!

Naratif & Latar Belakang

Naratif dan jalan cerita Dragon Quest 11 S masih kekal tradisional. Sama seperti permainan Dragon Quest lama, protagonis dilahirkan sebagai “hero bernama Luminary” yang ditakdirkan untuk melawan kuasa jahat. Dragon Quest 11 S tidak mengubah jalan cerita ini, dan ingin mengekalkan genre JRPG dalam bentuk paling stereotaip.Saya tidak kata itu salah kerana Dragon Quest sentiasa menceritakan kisah antara “good vs evil“, tetapi bagi peminat yang mengharapkan jalan cerita dengan “plot twist“, ia tidak wujud dalam permainan ini. Dragon Quest 11 amat penuh dengan elemen JRPG tipikal, dan jika anda tidak kisah dan bersedia untuk bermain JRPG yang “old-school“, Dragon Quest 11 S adalah pilihan yang paling sesuai.

Gameplay Asas & Sistem Pertempuran

Walaupun mementingkan sistem “turn-based JRPG“, Dragon Quest XI S membuat banyak perubahan untuk kekal relevan pada zaman ini. Sebahagian besar dari perubahan itu adalah tahap “customization ” yang kita ada sebagai pemain semasa mengubah ahli parti. Setiap watak mempunyai beberapa senjata yang dapat mereka gunakan, dan masing-masing mempunyai “skill tree” sendiri. Selain itu, setiap watak juga mempunyai kemahiran unik mereka. Ia sangat mudah untuk membuat parti yang memenuhi playstyle kita kerana permainan membolehkan saya mengagihkan skill point untuk watak pada bila-bila masa, di mana-mana save point terdekat.

Walaupun sistem pertempuran sudah cukup padu, satu fitur unik adalah “Pep System“. Jika kita menyerang atau mempertahankan diri semasa pertempuran, “pep gauge” akan mula berisi. Jika penuh, sejenis aura biru akan mengelilingi watak yang bertahan selama tiga atau empat pusingan dan memberikan beberapa buff serta peluang yang lebih tinggi untuk melakukan serangan kritikal.

Apabila sistem pep untuk watak tertentu diaktifkan, pemain juga mendapat akses ke abiliti rahsia. Setelah abiliti ini digunakan, watak akan kembali normal. Komposisi parti juga memainkan peranan yang penting dalam hal ini kerana watak-watak tertentu mempunyai abiliti yang memerlukan kerjasama antara watak lain. Walaupun mudah, Dragon Quest XI S menawarkan banyak strategi untuk pemain guna.

Pada masa yang sama, Dragon Quest XI S menawarkan banyak aktiviti unik yang pemain boleh lakukan di luar pertempuran. Erdrea adalah dunia yang luas dan besar dengan banyak rahsia yang tersembunyi. Pemain boleh menyelesaikan misi sampingan untuk mendapatkan ganjaran tambahan dan buka beberapa “mini-game” seperti lumba kuda ketika maju dalam jalan cerita.

Penambahan Baru

Pemain lama yang telah selesaikan Dragon Quest 11 mungkin tertanya apa yang baru. Di bawah, saya ingin menjelaskan semua fitur dan penambahan baru yang disertakan dalam edisi Definitif:

  • Mod 2D: Peminat JRPG dapat menikmati Dragon Quest 11 dalam gaya seni tradisional 2D berasaskan sprite, yang dapat diaktifkan dan dimatikan di gereja (save point).
  • Misi sampingan Tickington: Selain daripada mod 2D, pemain akan bertemu dengan watak bernama Tockle. Ia memperkenalkan kita kepada misi sampingan Tickington, yang membolehkan pemain melihat semula permainan lama Dragon Quest dalam versi 16-bit. Misi ini sebenarnya pendek, tetapi amat menyeronokkan bagi peminat lama yang ingin mengenang zaman gemilang Dragon Quest.
  • Jalan cerita tambahan untuk watak: Tanpa memberi sebarang spoiler, kebanyakkan ahli parti mempunyai jalan cerita tambahan. Jalan cerita ini telah digabungkan ke dalam permainan utama, jadi tidak ada misi sampingan yang leceh untuk kita buat.
  • Soundtrack sepenuhnya oleh orkestra: Soundtrack lama telah digantikan sepenuhnya oleh orkestra. Pemain boleh menukar ke soundtrack lama dalam tetapan permainan pada bila-bila masa, tetapi versi orkestra adalah lebih sedap untuk dengar.
  • Pilihan suara jepun: Peminat yang lebih suka suara Jepun daripada suara Inggeris boleh bertukar antara pilihan ini pada bila-bila masa dalam tetapan permainan.
  • Mod foto: Mereka yang lebih suka grafik 3D dapat menikmati pemandangan dengan mod Foto baru, yang mempunyai pilihan kesan khas yang banyak.
  • Ubah kelajuan pertarungan dan kamera pertarungan: Satu penambahan yang penting ialah kemampuan untuk mengubah kelajuan pertempuran. Pemain boleh pilih antara kelajuan “Normal”, “Fast”, atau “Ultra-Fast”. Ini sangat penting semasa kita “grinding” pada hujung permainan. Seterusnya, pemain boleh menetapkan kamera pertempuran ke sudut yang boleh dikawal atau statik.
  • Pelbagai perubahan “quality-of-life”: Bersama dengan perubahan di atas, beberapa perubahan halus juga telah dilakukan. Antaranya adalah kemampuan untuk menggunakan Fun Size Forge di mana sahaja, cutscene yang boleh “skip”, kemunculan ahli parti semasa menjelajah, dan lain-lain.

Semua fitur ini bukan sahaja menghebatkan lagi pengalaman Dragon Quest 11 saya, tetapi juga meningkatkan pengalaman asas pemain baru. Soundtrack baru telah disediakan oleh Tokyo Metropolitan Symphony Orchestra untuk menunjukkan kemegahan dan keunggulan muziknya berbanding permainan asli. Ditambah pula dengan perubahan mekanikal dan fungsi-fungsi lain, ia memberi banyak kemudahan akses dalam permainan yang sepatutnya berbentuk tradisional.

Mod 2D, khususnya, adalah sesuatu yang istimewa kerana ia cuba menarik perhatian peminat tegar Dragon Quest. Kita bukan sahaja mendapat misi sampingan baru yang direka khas untuk memperingati judul-judul klasik di dalam siri, malah keseluruhan Dragon Quest 11 juga boleh dimainkan dalam mod 2D. Sesiapa yang merupakan peminat JRPG era 16-bit pasti akan menyukai fitur ini.

Kelajuan pertarungan yang boleh diubah adalah ciri yang bagus, terutama bagi mereka yang terbiasa dengan sistem pertempuran JRPG moden seperti Final Fantasy 7 Remake atau Persona 5. Ia membuatkan pengalaman kita semasa “grinding” di hujung permainan lebih lancar dan mudah dan bukan membosankan atau leceh.

Kemampuan untuk menggunakan Fun Size Forge bagi membuat senjata/baju besi di mana sahaja pula adalah satu kelebihan yang tidak wujud dalam permainan lama. Jika kita menggabung semua fitur ini dengan perubahan mekanikal kecil lain, Dragon Quest 11 S dengan mudah adalah pilihan “definitif” saya berbanding mana-mana permainan Dragon Quest.

Pendapat

Setelah keluar dari Nintendo Switch, pelepasan Dragon Quest 11 S di pelantar konsol dan PC adalah sesuatu yang sangat dialu-alukan. Walaupun permainan berjalan dengan lancar di Switch, saya pasti anda akan lebih seronok di konsol atau PC kerana kemampuan grafik yang ditingkatkan. Pada kebanyakkan masa, Dragon Quest 11 S boleh cecah 60 FPS pada resolusi tinggi tanpa banyak masalah.

Dragon Quest 11 adalah JRPG yang hebat bagi pemain baru dan peminat lama, tetapi Dragon Quest 11 S merupakan versi terbaik untuk kita benar-benar menikmati permainan. Peminat baru mungkin mengalami sedikit masalah untuk membiasakan diri dengan suasana keseluruhan, tetapi sistem baru mudah dipelajari dan tidak ada apa-apa unsur yang boleh mengelirukan anda.

Semua peningkatan di atas pasti akan menghasilkan pengalaman yang jauh lebih baik, manakala tribut 2D mereka adalah sentuhan yang bikin nostalgia. Jika diri itu suka bermain JRPG, saya sarankan anda cuba Dragon Quest 11 S sekarang! Itu sahaja untuk ulasan ini, selamat ber-gaming!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Dragon Quest XI S: Echoes of an Elusive Age

9 Score

Dragon Quest 11 adalah JRPG yang hebat bagi pemain baru dan peminat lama, tetapi Dragon Quest 11 S merupakan versi terbaik untuk kita benar-benar menikmati permainan. Peminat baru mungkin mengalami sedikit masalah untuk membiasakan diri dengan suasana keseluruhan, tetapi sistem baru mudah dipelajari dan tidak ada apa-apa unsur yang boleh mengelirukan anda.

Review Breakdown

  • Semua peningkatan di atas pasti akan menghasilkan pengalaman yang jauh lebih baik, manakala tribut 2D mereka adalah sentuhan yang bikin nostalgia. 0
Tags: Dragon QuestDragon Quest XI S: Echoes of an Elusive Agereviewulasan
Previous Post

Musim PKP tiba lagi, bosan kan? Jom kita luangkan masa dengan senarai game ini!

Next Post

Sony Malaysia mengesahkan kes positif COVID-19 di cawangan Sony Store The Curve!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Sony Malaysia mengesahkan kes positif COVID-19 di cawangan Sony Store The Curve!

Sony Malaysia mengesahkan kes positif COVID-19 di cawangan Sony Store The Curve!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd