Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netizen Malaysia menyerang FB PlayStation Asia! Mengamuk PS5 tak keluar lagi?!

Apa sebabnya ni?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 5, 2020
in Artikel, Berita, Pendapat, Produk, PS5, Tempatan, Tinjauan & analisis
0 0
0
Netizen Malaysia menyerang FB PlayStation Asia! Mengamuk PS5 tak keluar lagi?!
Share on FacebookShare on Twitter

Pelancaran PS5 sudah semakin dekat, tapi macam-macam masalah masih timbul, di mana halaman Facebook PlayStation Asia kini diserang oleh netizen Malaysia! Bukan sahaja Netizen Malaysia, sebaliknya Asia Tenggara! Bagi mereka yang tidak tahu, Sony telah membuka pra-pesanan untuk konsol PS5 di negara-negara terpilih, termasuk Singapura yang merupakan satu-satunya negara Asia Tenggara yang rasmi akan mendapat PS5 pada hari pelancaran. Ini menyebabkan banyak peminat Malaysia mengadu bahawa ia tidak adil dan terlalu sukar untuk pra-pesan konsol. Sony memberi respon bahawa “mereka akan mengemas kini netizen sejurus mendapat maklumat lanjut” tapi itu nampaknya tidak cukup.

Isu ini berlaku selepas Sony Malaysia memuat naik satu posting tentang PS5 pada Selasa, 3 November 2020. Tidak lama selepas itu, posting tersebut diserang oleh peminat Malaysia yang tidak berpuas hati tentang butiran pelancaran PS5 di negara kami. Untuk mengelak daripada situasi itu, Sony Malaysia meminat peminat untuk mengajukan soalan mereka kepada PlayStation Asia, yang sepatutnya mempunyai maklumat yang tepat. Dengan segala soalan dan kemarahan kini ditujukan kepada PlayStation Asia, posting mereka yang terkini tentang PlayStation 5 Asia Celebration Showcase dibanjiri dengan aduan oleh netizen.

Tidak berhenti di situ, semalam PlayStation Asia telah mengumumkan siaran langsung sempena pelancaran PS5. Acara PS5 Asia Celebration Showcase itu akan berlangsung pada 11 November 11 malam dan terdapat pelbagai hadiah yang menanti peminat di Asia yang menonton siaran tersebut.

Mengikuti arahan di laman web Playstation, peminat boleh memenangi salah satu hadiah berikut:

  • Playstation 5
  • PULSE 3D Headset
  • 12 bulan langganan Playstation Plus

Di samping itu, mereka yang mencapai sejauh “Quests” dalam acara kedua akan mendapat tema “Space Fantasy” eksklusif untuk PS4. Tetapi……

PS5 masih TIADA untuk Malaysia dan beberapa negara di Asia Tenggara!

Nampak menarik hadiah tersebut kan? Namun jika anda penduduk Malaysia batalkan sahaja niat untuk memenangi PS5. Dengan menyelidiki halaman Terma dan Syarat acara, anda akan dapati bahawa rakyat Malaysia sebenarnya tidak layak untuk mana-mana hadiah di atas, kecuali tema Space Fantasy. Kelayakan adalah seperti berikut:

  1. PlayStation 5: Pemegang akaun PSN di Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Singapura.
  2. PULSE 3D Wireless Headset: Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Singapura.
  3. Langganan PlayStation Plus 12-bulan: Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Singapura.
  4. PS4 Space Fantasy Theme: Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia

Jadi kenapa Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara lain tidak layak untuk memenangi hadiah tersebut? Ini kerana acara sebenarnya adalah satu siri Quest, dengan tugas untuk penonton menyelesaikannya dalam pertandingan komen terbaik. Menurut Terma dan Syarat laman web, rakyat Malaysia tidak layak untuk menyertai dalam Quest 3 atau 4, yang bermaksud mereka hanya dapat tema khas.

Maka, disebabkan acara yang akan berlangsung ini, makin ramai penduduk Asia Tenggara yang lain termasuk Malaysia, Filipina, semuanya sebulat bersuara bertanyakan bilakah PS5 akan hadir di negara ini? Ya kami sendiri masih tertanya-tanya kenapa tiada sebarang tarikh tetap ditentukan dan ramai menganggap ini adalah tidak adil kerana ramai gamers dan peminat konsol terlalu berharap sejak awal pengenalan PS5!

Berikut antara tangkapan skrin bagi komen-komen yang membanjiri PlayStation Asia:

Sebenarnya, orang Malaysia dan beberapa negara lain faham situasi Sony yang menangguhkan pelancaran di negara kami ini, bukannya tidak, faktor utama sudah semestinya disebabkan COVID-19 yang berleluasa di seluruh negara. Tetapi tanpa sebarang kenyataan, ini yang membuatkan ramai netizen marah.

Di sebalik janji Sony untuk mengeluarkan PS5 pada Holiday 2020, mereka juga pernah membuang tarikh pengumuman 2020 di laman web rasmi sebelum kemas kini terbaru. Anda boleh baca lagi di sini. Jika Sony umumkan pelancaran PS5 di Malaysia dengan lebih awal, peminat pun tidak perlu marah-marah atau tergesa-gesa inginkan pre-order. Masalah yang dihasilkan telah menyebabkan banyak pemain bersedih dan panik kerana tidak boleh mendapatkan konsol pada masa yang dijanjikan, dan itu bukan sesuatu yang patut berlaku lagi-lagi oleh syarikat seperti Sony.

Jadi kami harap agar pihak dari Sony dapat memberikan maklumat terkini dan membincangkan pekara ini agar penantian kami dapat berakhir. Mengendahkan sesuatu adalah satu jalan yang paling buruk sekali, peminat konsol PS5 ini terlalu ramai dan itu termasuk Asia Tenggara, jadi dengan harapan agar pihak Sony menjaga hati peminat Asia Tenggara dan menyelesaikan situasi secepat mungkin. Apa pendapat anda dengan situasi ini? Jom kongsikan di ruangan komen kami!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FacebookFacebook PlayStation AsiaPlayStation Asiaps5SONY Malaysia
Previous Post

Dah sedia untuk berperang? Spesifikasi muat turun Call of Duty: Black Ops Cold War telah didedahkan!

Next Post

Ala-ala battle royale? Ini review Borderlands 3 – DLC 5 “Designer’s Cut” kami!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya
Review

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS
Acara

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS

May 23, 2025
Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Next Post
Ala-ala battle royale? Ini review Borderlands 3 – DLC 5 “Designer’s Cut” kami!

Ala-ala battle royale? Ini review Borderlands 3 - DLC 5 "Designer’s Cut" kami!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd