Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Epic Games menghadiahkan 2 game percuma sempena Halloween!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 23, 2020
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, PC
0 0
0
Epic Games menghadiahkan 2 game percuma sempena Halloween!
Share on FacebookShare on Twitter

Epic Games Store telah menghadiahkan dua permainan baru secara percuma, dan kedua-duanya cukup sesuai untuk Halloween. Salah satu adalah permainan seram psikologi yang sesuai jika anda ingin meraikan cuti Oktober dengan sesuatu yang menakutkan. Manakala, sebuah lagi permainan juga bertemakan Halloween, tetapi tidak beberapa menakutkan, lantas menjadikannya sesuai untuk mereka yang ingin meraikan percutian tetapi tidak mahu sebarang jump scare.

Yang pertama saya akan perkenalkan adalah Layers of Fear 2, yang dilancarkan tahun lepas oleh pemaju Poland, Bloober Team. Sebagai ansuran seterusnya kepada Layers of Fear pada 2016, sekuel ini secara meluas dianggap sebagai salah satu permainan seram terbaik pada tahun 2019 dan salah satu permainan terbaik dari Bloober Team, yang juga terkenal dengan permainan seram cyberpunk, Observer.

“Layers of Fear 2 adalah permainan seram psikologi dengan penekanan pada eksplorasi dan cerita. Pemain mengendalikan seorang pelakon Hollywood yang mendengar arahan seorang pengarah untuk menjadi pelakon utama dalam sebuah filem di atas sebuah kapal laut. Hati-hati, kerana semua bukan seperti yang dilihat.”

Permainan percuma kedua datang daripada Double Fine Productions, dan ia sebenarnya agak lama. Lebih khusus lagi, pengguna Epic Games Store tidak boleh memuat turun Costume Quest lagi. Seperti yang anda ketahui, permainan ini bermula pada tahun 2010, dan walaupun tidak menerima respon yang baik, permainan ini kekal relevan selama satu dekad kerana mempunyai Halloween yang tidak menakutkan.

“Costume Quest adalah sebuah pengembaraan Halloween daripada Tim Schafer di Double Fine Productions. Dalam RPG yang menarik ini, pilih wira dan teroka melalui tiga persekitaran indah yang penuh dengan humor dan cerita. Lengkapkan misi, bina pasukan, dan kumpulkan kostum sepanjang jalan yang membolehkan anda berubah menjadi wira hebat dan jatuhkan Repugian yang jahat.”

Seperti biasa, pengguna tidak perlu bayar satu sen untuk tebus kedua-dua permainan. Setelah dimuat turun, kedua-duanya adalah milik anda untuk disimpan selama-lamanya. Walau bagaimanapun, tempoh untuk memuat turunnya secara percuma agak terhad dan pada 29 Oktober, ia akan kembali ke harga normal, dan kemudian diganti dengan permainan percuma baru.

Tags: Costume Questepic games storeFreehalloweenLayers of Fear 2Percuma
Previous Post

SEVEN KNIGHTS – TIME WANDERER – Pertama oleh NETMARBEL untuk Nintendo Switch akan datang 5 November ini!

Next Post

Memperkenalkan siri GeForce RTX 30 dengan teknologi Baru – The Ultimate Play!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Memperkenalkan siri GeForce RTX 30 dengan teknologi Baru – The Ultimate Play!

Memperkenalkan siri GeForce RTX 30 dengan teknologi Baru - The Ultimate Play!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd