Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

LEVEL UP KL tahun ini sah akan dijalankan secara dalam talian dan dijangka menarik 50,000 tarikan!

Pendaftaran Biz Day telah bermula!

Nyny.A by Nyny.A
October 7, 2020
in Acara, Artikel, Berita, Kejohanan esports, Online Game, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
LEVEL UP KL tahun ini sah akan dijalankan secara dalam talian dan dijangka menarik 50,000 tarikan!
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah mengumumkan kepulangan LEVEL UP KL buat kali ke-6 yang bakal bermula pada 10 Oktober hingga 22 November 2020. Pada tahun ini, acara serantau akan dijalankan secara maya atau lebih senang secara dalam talian dan diharapkan dapat menarik lebih daripada 50,000 pemain, pemaju, pengedar dan pelawat dari 30 negara.

Walaupun tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, anda kini lebih mudah untuk sertai acara hebat ini hanya di hadapan komputer anda dengan keselesaan di rumah sahaja. Seperti biasa, Level Up KL akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Biz Day dari 10 Oktober – 31 Oktober 2020 dan Play Day dijadualkan dari 19 Oktober sehingga 22 November 2020.

Di dalam sidang media bersama beberapa perwakilan nama besar dalam Level Up KL seperti Ketua Media Interaktif, Mohan Low, serta Kong Foong Ching dari Aeonsparx, Stefan M. Bier dari Streamline, dan WanHazmer dari Metronomik.

Mereka mengongsikan beberapa kemaskini permainan mereka, dan bagaimana mereka menjalani proses-proses pembangunan mereka terutama ada juga permainan baru yang akan datang seperti permainan mobile dari Aeonsparx.

Wan Hazmer turut mengongsikan bertapa dia berterima kasih pada semua yang menyokong permainan terbaru mereka No Straight Roads yang membawa pelbagai elemen dan kedepankan etnik-etnik lokal yang pernah juga kami kongsikan di review kami sebelum ini.

Menurut Mohan Low, acara ini akan merangkumi platform web, aplikasi dan live streaming untuk memusatkan semua orang agar dapat menavigasi semua aktiviti yang berbeza. Buat masa ini, memilih jalan dalam talian adalah untuk keselamatan terutama disebabkan pandemik Covid-19 yang masih berleluasa.

Selain itu terdapat Southeast Asia (SEA) Game Jam dalam talian yang menampilkan 100 pemaju permainan di seluruh Asia Tenggara dan peserta akan bertanding untuk memenangi hadiah wang tunai RM6,000. Selain itu, TOP 40 untuk peserta SEA Game Awards 2020 turut telah didedahkan di laman sosial media LEVEL UP KL sebentar tadi:

https://www.facebook.com/lvlupkualalumpur/posts/3478044152259079

“SEA Game Showcase adalah platform untuk menonjolkan pembangun permainan dari wilayah ini dan lebih dari 30 permainan video terbaik akan ada di pameran. Akan ada banyak aliran dan promosi pemaju, jadi ini juga akan menjadi yang terpanjang- menjalankan kesemua aktiviti itu”.

Biz Day akan menyediakan platform untuk sesi rangkaian perniagaan di mana anda dapat bertemu dengan puluhan pelabur, penerbit dan studio permainan yang ingin mendapatkan bakat. Jadi untuk pendaftaran Biz Day yang kini dibuka di laman web rasmi LEVEL UP KL untuk anda mendaftar.

Play Day adalah bahagian pengguna Level Up KL dan menurut mereka masih tertanya-tanya bagaimana untuk memindahkan tenaga dewan konvensyen ke ruang maya tanpa menjejaskan kesederhanaan dan aksesibiliti.

“Oleh itu, kami hadir dengan pameran permainan yang dimainkan, di mana pengunjung dapat mengumpulkan mata, memenangi ganjaran kehidupan sebenar, menjelajah permainan dan bertemu dengan pemaju; Selain itu, akan ada acara esports, webinar dan tournament yang membawa gamer profesional untuk memenangi kolam hadiah sehingga RM120,000.00.”

Jadi, menurut Mohan Low lagi, inilah peluang untuk pembangun permainan untuk tampilkan diri dan peluang orang ramai untuk sertai aktiviti yang tersedia, seperti antara permainan lokal Zombie Soup dari AeonSparks dan Bake ‘N Switch dari Streamline yang turut akan sertai acara ini.

Jadi jangan lupa untuk singgah ke laman web rasmi LEVEL UP KL untuk pelbagai lagi informasi mengenai Biz Day dan Play Day yang akan bermula 10 Oktober hinggan 22 November 2020 ini!

Sumber gambar: LEVEL UP KL

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: level up klLEVEL UP KL 2020LEVEL UP KL Biz DayLEVEL UP KL Play DayMalaysia Digital Economy CorporationMDEC
Previous Post

Taipei Game Show 2021 kini Kembali! Platform Baru Mempunyai Acara Dalam Talian dan Luar Talian

Next Post

Hyrule Warriors: Age Of Calamity mendedahkan watak “Urbosa” & lokasi baru dalam siaran gameplay Nintendo!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Hyrule Warriors: Age Of Calamity mendedahkan watak “Urbosa” & lokasi baru dalam siaran gameplay Nintendo!

Hyrule Warriors: Age Of Calamity mendedahkan watak "Urbosa" & lokasi baru dalam siaran gameplay Nintendo!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd