Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pandangan pertama Ghostrunner (demo): Aksi ninja futuristik yang agak “fast-paced”!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 30, 2020
in ARPG, Artikel, Berita, Pandangan Pertama, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Pandangan pertama Ghostrunner (demo): Aksi ninja futuristik yang agak “fast-paced”!
Share on FacebookShare on Twitter

Ada sesuatu permainan video cyberpunk istimewa yang akan keluar tidak lama lagi, dan saya tidak maksudkan Cyberpunk 2077. Mohon jangan salah faham ya. Ghostrunner akan keluar tepat pada 27 Oktober, dan saya berpeluang bermain demo awalnya di Steam awal. Nak tahu bagaimana pengalaman saya? Agak seronok lah juga.

Sekiranya ini kali pertama anda semua mendengar tentang Ghostrunner, maka saya akan cuba memberi rumusan. Ghostrunner adalah game first-person action parkour cyberpunk yang mungkin mengingatkan orang ramai pada mekanik Mirror’s Edge sambil menerapkan beberapa bahagian puzzle. Ia mempunyai elemen “fast-paced“, di mana satu peluru sudah cukup untuk membunuh anda.

Ini adalah konsep yang menarik, dan bermain seperti mana yang kita lihat di trailer. Setiap kawasan baru yang kita lawat akan mengandungi cabaran kecil, biasanya dalam bentuk arena kecil yang dipenuhi dengan beberapa musuh yang mesti kita bunuh tanpa diri sendiri mati. Pada awal permainan, anda mungkin akan mati beberapa kali kerana ingin membiasakan diri dengan setiap kawalan, abiliti, dan jenis -jenis musuh dalam setiap arena. Nasib baik lah apabila kita ulang semula, ia hanya membawa kita kembali ke “checkpoint” paling terkini.

Mekanik parkour pun terasa lancar, dengan perasaan momentum yang tepat. Apabila saya kata ia serupa dengan Mirror’s Edge, ia sebenarnya adalah perkara yang sangat baik. Satu-satunya perbezaan yang saya rasa ialah kita bergerak jauh lebih pantas di Ghostrunner berbanding Mirror’s Edge. Ini yang memberikan pemain suatu adrenalin yang luar biasa dan lebih memuaskan semasa kita menerokai dunia permainan.

Sudah tentu, aksi puzzle-action hanyalah separuh daripada jalan cerita, kerana permainan juga mempunyai mekanik platformer khusus untuk ditangani. Satu bahagian dalam demo ini sepenuhnya memfokuskan pada aksi platforming yang mudah dan seronok. Saya cuma harap pemaju dapat menerapkan satu fitur iaitu butang “unequip” pada senjata Ini kerana bilah katana yang panjang mengambil ruang skrin jadi ia agak menjengkelkan ketika saya cuba selesaikan teka-teki. Ini cuma masalah kecil dan tidak menganggu pengalaman permainan, jadi anda semua tidak perlu risau.

Daripada segi jalan cerita? Hurmm bagi saya, Ghostrunner tidak memiliki plot cerita yang paling menarik. Pemain akan bangun di Dharma Tower, sebuah kotaraya besar. Pada masa yang sama, kita sedang diburu dan tidak ada apa-apa lagi yang boleh dilakukan selain daripada lari. Demi gameplay, ia berfungsi di bawah konteks tersebut, tetapi akhirnya bukan lah sesuatu yang menarik. Tapi itu semua tidak penting kerana gameplay lebih mendorong pemain untuk maju berbanding kisahnya. Ini mempunyai tema tipikal Cyberpunk seperti metropolis unsur dystopia, muzik sintetik, dan persekitaran teknologi. Setiap ciri ini memberi gambaran yang cukup baik untuk menyampaikan suasana cyberpunk yang sesuai.

Untuk prestasi, Ghostrunner cukup “demanding: dan memerlukan spesifikasi PC yang canggih untuk bermain pada tetapan terbaiknya, walaupun kita matikan ray-tracing. Memang kita tidak memerlukan GPU RTX 30 untuk membuatnya berfungsi, tetapi ia pasti memerlukan beberapa perkakasan bagus untuk tetapan grafik yang lebih tinggi.

Secara keseluruhan, Ghostrunner kelihatan hebat dan terasa seronok, dengan beberapa mekanik parkour yang sangat unik dan aksi teka-teki yang menarik. Cerita ini tidak memberi inspirasi kepada pemain, tetapi nasib baik lah gameplay memotivasi anda lebih daripada naratif. Pada penghujung demo, saya agak kecewa kerana ia rasa terlalu dan saya hanya ingin mahu bermain lagi.

Ghostrunner akan dilancarkan pada 28 Oktober tahun ini di PC melalui Steam, Epic Games Store, dan GOG pada nilai harga RM99.00 serta konsol PlayStation 4 dan Xbox One tanpa nilai harga rasmi. Game ini kini didiskaun 20% untuk semua pelanggan PC, dan anda boleh membuat pra-pesanan sekarang untuk 2 skin Katana eksklusif berdasarkan platform pilihan pemain.

Gameplay:

Apa pendapat kamu? Teruja untuk Ghostrunner? Cuba demo percumanya sekarang di pautan bawah dan kongsi pengalaman anda!

Muat turun di sini
Ghostrunner
Publisher: 505 Games
Developer: One More Level
Release Date: 2020-10-27
Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Ghostrunner menawarkan pengalaman single-player unik dengan pertempuran pantas, ganas, dan latar belakang yang menggabungkan fiksyen sains dengan tema pasca-apokaliptik. Ia menceritakan kisah dunia yang telah berakhir dan penduduknya yang berjuang untuk terus hidup.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CyberpunkDemoGhostrunnerPandangan PertamaPCulasan
Previous Post

gamescom asia kembali dengan Monthly Digital Miniseries terbaru!

Next Post

Need for Speed: Payback dan Vampyr PERCUMA dalam game PS Plus bulan Oktober ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Need for Speed: Payback dan Vampyr PERCUMA dalam game PS Plus bulan Oktober ini!

Need for Speed: Payback dan Vampyr PERCUMA dalam game PS Plus bulan Oktober ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd