Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Spinoff baru – Onmyoji: The Card Game membuka pra-pendaftaran di negara tertentu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 25, 2020
in Android, Artikel, Berita, iOS, Kad Strategi, Mobile
0 0
0
Spinoff baru – Onmyoji: The Card Game membuka pra-pendaftaran di negara tertentu!
Share on FacebookShare on Twitter

NetEase Games hari ini mengumumkan bahawa pra-pendaftaran kini dibuka untuk Onmyoji: The Card Game di Singapura, Thailand, Filipina dan Australia. Permainan ini dijadualkan untuk keluar di empat negara ini dalam tempoh setahun. Laman rasmi juga dibuka hari ini untuk pra-pendaftaran. Banyak aktiviti dengan ganjaran hebat menanti anda! Mari pra-daftar di sini!

Pra-daftar sekarang dan dapatkan hadiah-hadiah apabila permainan dilancarkan. Ganjaran akan menjadi lebih bagus apabila jumlah pra-pendaftaran meningkat:

  • 10,000 pra-pendaftaran: Gold *10000
  • 50,000 pra-pendaftaran: Jikikaeru Ticket *15
  • 100,000 pra- pendaftaran: Furniture *1
  • 150,000 pra-pendaftaran: Card Pack *2
  • 200,000 pra-pendaftaran: Kusa Card Pack

Onmyoji: The Card Game adalah permainan kad duel berdasarkan Onmyoji dan mewarisi persekitaran dunia Onmyoji. Pemain akan melangkah ke Shinkiro — sebuah kota di atas yang hanya dapat diakses oleh Yokai — dan bermain permainan kad paling popular, Hyakubun.

Sebagai tambahan kepada warisan persekitaran dunia, permainan ini menggunakan kesan dinamik Live2D dalam reka bentuk potret kad. Selain itu, komposer terkenal Jepun, Satoru Kosaki, dijemput untuk membuat soundtrack baru! Semua ini adalah untuk menjadikan Shinkiro menjadi tanah Yokai yang menarik, bagi menawarkan pengalaman fantasi dan audiovisual gaya Jepun yang menakjubkan kepada pemain.

Onmyoji: The Card Game juga memperkenalkan permainan duel kad baru. Asas strateginya adalah gabungan Shikigami dan kad eksklusif. Kad dibahagikan kepada kategori yang berbeza seperti kad Combat, kad Spell dan kad Form. Setiap kategori mengandungi fungsi yang berbeza. Kad dapat ditingkatkan, diubah, dan digunakan untuk kombo, lantas menawarkan pengalaman bertarung yang cepat berubah.

Pra-pendaftaran dibuka hari ini di Singapura, Thailand, Filipina dan Australia dan dijadualkan untuk keluar di negara-negara tersebut pada akhir tahun ini. Sila ikuti halaman Facebook atau laman web rasmi untuk maklumat terkini.

Tags: Mobilenetease gamesOnmyojiOnmyoji: The Card GamePra-pendaftaran
Previous Post

Edisi Terhad MSI GE66 Dragonshield kini tersedia untuk Pre-order dengan Unit yang Terhad!

Next Post

Fallen Angel Belial Sows Chaos kini di Granblue Fantasy: Versus PlayStation 4 & PC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Fallen Angel Belial Sows Chaos kini di Granblue Fantasy: Versus PlayStation 4 & PC!

Fallen Angel Belial Sows Chaos kini di Granblue Fantasy: Versus PlayStation 4 & PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd