Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Cheater CS:GO kena TROLL dengan hack palsu! Karma itu benar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 10, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Fakta & Trivia, PC, Steam
0 0
0
Cheater CS:GO kena TROLL dengan hack palsu! Karma itu benar!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau kita berada dalam satu perlawanan dengan cheater di CS: GO, memang boleh bikin stress. Siapa je yang suka kalau tiba-tiba kena headshot daripada seberang peta. Semangat untuk main pun akan hilang. Walaupun Valve Anti-Cheat (VAC) melakukan yang terbaik untuk mengharamkan hacker, ia masih tidak cukup. Walau bagaimanapun, seorang individu kreatif menemui cara baru yang lebih menarik!

Jurutera perisian dan peminat CS: GO, “ScriptKid” telah mencipta perisian cheat sendiri untuk game ini. Namun, daripada memberikan kelebihan cheat kepada semua orang yang memuat turunnya, ia hanya bertujuan untuk mensabotaj perlawanan mereka. Secara khusus lagi, ScriptKid mencipta “bait software” yang nampak seperti cheat, dan menjanjikan ia “100% tidak boleh dikesan oleh VAC” dan menpromosikannya secara percuma bebas. Siapa yang taknak cuba kan tawaran bagus seperti ini? Seramai 1,021 orang memuat turun perisian tersebut dalam masa dua minggu.

Daripada memberikan pemain aimbot atau wallhack yang luar biasa, ScriptKid memasang banyak “hack palsu” agar penipu dihukum. Hukuman ini termasuk menembak rakan sepasukan, salah membaling bom tangan, dan menghentikan “defuse“sebelum ia selesai. Hack palsu ini akan berlaku secara rawak, jadi sukar untuk mengetahui bila ia akan mensabotaj cheater seterusnya. Senarai lengkap hack palsu boleh didapati di bawah:

  • Burning Man: baling bom tangan ke bawah dan kunci pergerakan selama beberapa saat.
  • No Plant or Defuse: membatalkan “plant atau “defuse” pada saat terakhir, dan mainkan bunyi palsu untuk mengelirukan mereka.
  • Big Spender: bazirkan wang cheater dengan membeli senjata bodoh, seperti shotgun.
  • NoSpray4U: peluang 50% untuk menjatuhkan senjata ketika spray.
  • Invert Mouse ADS: membalikkan kawalan tetikus sambil mengarahkan skop ke bawah.
  • Violence Speed Momentum: meningkatkan sensitivity kepada 100 selama beberapa saat.
  • Butter Fingers: menjatuhkan senjata setiap kali cheater cuba menembak.
  • Do You Even Aim Bro: buat perkara bertentangan daripada aimbot.
  • Blood Brothers: menembak ketika cheater membidik ke arah rakan sekutu.

Ini bukan kali pertama ScriptKid menipu cheater. Dia pernah melakukan melakukan perkara yang sama dengan hacker PUBG, dengan menipu mereka untuk install “bait software” yang membuat mereka melompat keluar daripada kenderaan yang bergerak, menembak rakan sepasukan semasa menghidupkan mereka semula, dan menjatuhkan bom tangan ke atas mereka.

Memandangkan “cheat” ScriptKid akan diambil tindakan oleh VAC kerana mengubah fail permainan, ia adalah hukuman dua kali ganda bagi cheater yang termakan umpan. INGAT YA! Kalau bersemangat nak menipu pun, sekurang-kurangnya buat lah dengan betul.

Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO)
Release Date: 2012-08-21
Microsoft Windows
Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO adalah permainan FPS yang dibangunkan oleh Hidden Path Entertainment dan Valve Corporation. Ia merupakan permainan keempat dalam siri Counter-Strike dan dikeluarkan untuk Microsoft Windows, OS X, Xbox 360, dan PlayStation 3 pada 21 Ogos 2012, manakala versi Linux dikeluarkan pada tahun 2014.
Tags: cheatercs gohackHackerScriptKid
Previous Post

UBISOFT Melancarkan kedai barangan Online di Malaysia!

Next Post

MSI Care for You! Pemeriksaan Kesihatan Percuma untuk Laptop MSI Kembali lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
MSI Care for You! Pemeriksaan Kesihatan Percuma untuk Laptop MSI Kembali lagi!

MSI Care for You! Pemeriksaan Kesihatan Percuma untuk Laptop MSI Kembali lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd