Crytek game mengumumkan game mereka Hunt: Showdown yang bercirikan permainan pemburuan supernatural percuma untuk dimainkan minggu ni! korang leh check it out kat steam untuk maklumat lanjut. Untuk pengetahuan korang sepanjang tempoh percuma ni jugak diorang ada diskaun tuk game ni dengan potongan sebanyak 20 peratus!
Kalau korang tak tahu benda ni mudah je , korang gi kat link steam yang aku provide kat atas tu, log in akaun korang dan klik je button ‘Play game’ dan voila korang leh main dah. Pastu, korang ada masa sehingga 13 Ogos pada 1.00 AM untuk gi berburu ngan member – member korang sepanjang tempoh percuma ni .
Bertepatan dengan tempoh ni jugak Amerika Selatan punya server di bawa masuk dengan benua baru untuk korang teroka dan dalam masa yang sama korang jugak boleh mengumpulkan enam set Steam trading card yang baru. Dan tak lama lepas tu korang dapat melihat penambahan baru untuk Water Devil di mana ia akan berkeliaran di paya Louisiana yang akan menjadikan game ni lebih bahaya dan mencabar.
Jadi, kalau korang mempunyai naluri pemburu, korang leh cepat – cepat main game ni ngan member – member, ianya satu game Multiplayer First Person Shooter yang padat dengan aksi, keseronokan dan keterujaan. Tapi, hati- hati guys jangan sampai korang pulak yang diburu!
@gamersantaimy
Discussion about this post