Fortnite, nama yang tak asing lagi dalam dunia Battle Royale dari developer Epic Games. Seperti entri aku yang lepas , Epic Games bercadang untuk membolehkan korang sebagai pengguna android untuk mendapatkan game ni kat laman web diorang tanpa melalui Playstore kan? Jadi, kalau korang berminat nak main dalam fasa beta ni korang leh sign up kat laman web diorang untuk dapatkan invitation.
Tapi, malangnya untuk fasa pertama ni ianya hanya boleh didapati ekslusif untuk peranti Samsung Galaxy S7 dan keatas, maksudnya untuk S7, S7 Edge, S8, S8 Plus, Note 8, S9, S9 Plus. Tempoh ekslusif ini dijangka akan berlarutan sehingga 12 Ogos. Dan korang beli Samsung Note 9 atau Galaxy Tab S4 yang baru tu, korang akan dapat akses untuk Galaxy outfit yang baru seperti yang korang boleh tengok kat bawah ni.
Korang leh rujuk senarai peranti kat bawah ni yang boleh dimainkan untuk Fortnite beta ni:
Samsung Galaxy: S7 / S7 Edge, S8 / S8+, S9 / S9+, Note 8, Note 9, Tab S3, Tab S4 Google: Pixel / Pixel XL, Pixel 2 / Pixel 2 XL, Asus: ROG Phone, Zenfone 4 Pro, 5Z, V Essential: PH-1 Huawei: Honor 10, Honor Play, Mate 10 / Pro, Mate RS, Nova 3, P20 / Pro, V10 LG: G5, G6, G7 ThinQ, V20, V30 / V30+ Nokia: 8 OnePlus: 5 / 5T, 6 Razer: Phone Xiaomi: Blackshark, Mi 5 / 5S / 5S Plus, 6 / 6 Plus, Mi 8 / 8 Explorer / 8SE, Mi Mix, Mi Mix 2, Mi Mix 2S, Mi Note 2 ZTE: Axon 7 / 7s, Axon M, Nubia / Z17 / Z17s, Nubia Z11
Jadi geng, kalau korang mempunyai peranti selain dari peranti Samsung yang dinyatakan, harap korang bersabar, kerana untuk peranti lain ianya hanya boleh didapati selepas 12 Ogos ye! Jangan nangis, tak lama dah.
@gamersantaimy
Discussion about this post