Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Update AGES 2016 : Penaja, Platinum Eden dalam proses Likuidasi!

MrFroggy by MrFroggy
August 10, 2018 - Updated on March 2, 2019
in Artikel, Berita
0 0
0
Update AGES 2016 : Penaja, Platinum Eden dalam proses Likuidasi!
Share on FacebookShare on Twitter

Ok, topik hangat lagi guys! sebelum tu kita recap sikit pasal AGES (Asian Games for E-Sports) 2016 ni dimana ia adalah satu acara kejohanan gaming terbesar di rantau ini pada masa tu, ianya diwawarkan mempunyai hadiah yang lumayan sebanyak RM 1,000,000 dengan tiga tajuk game yang besar dianjurkan seperti Dota 2, CS:GO dan FIFA 16. Kejohanan ni telah di uruskan oleh Friends Worldwide Sdn Bhd dan berkerjasama dengan Platinum Eden sebagai penaja di mana ianya diselia dan disahkan secara umum oleh Esports Malaysia.

Kejohanan ni disertai oleh pelbagai peserta dari seluruh pelusuk Asia Tenggara, khususnya Cambodia, Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapore, and Vietnam. Acara itu juga terdapat sedikit masalah sewaktu ingin berlangsungya acara grand final untuk AGES 2016, kerana terdapatnya masalah teknikal ia terpaksa ditangguhkan dari 18 Mac 2016 -20 Mac 2016 kepada 27 May 2016 – 29 May 2016 di dewan 3, MVEC, Mid Valley Megamall, perghh lama nya!

Hadiah mana, hadiah?

Jadi macam biasalah dah habis kejohanan mesti la ada hadiah ye tak? So, organizer kata, hadiah akan diagihkan kepada pemenang selepas tiga bulan kejohanan habis. Tapi, masalahnya sampai sekarang takde berita mana hadiahnya, dah dua tahun woi!. Selepas dua tahun korek punya korek, kita menemui dokumen guaman yang mungkin akan menjelaskan tentang kelewatan hadiah tu, di mana dikatakan penganjur sekarang dalam proses likuidasi atau dalam erti kata lain gulung syarikat la untuk lunaskan hutang diorang.

Kalau korang nak tau likuidasi syarikat ni merujuk kepada apa yang terjadi kepada Platinum Eden Sdn Bhd, kat mana diorang ni mempunyai terlampau banyak hutang dan diorang tak mampu nak lunaskan. So, pihak makhamah memutuskan untuk declare diorang sebagai bankrup. Proses likuidasi rasmi terhadap syarikat ni sebenarnya dah berlaku semenjak September 2017 lagi.

Kes syarikat ni sekarang dah berada kat tangan Ketua Pengarah Insolvensi di Jabatan Insolvensi Malaysia, satu jabatan kerajaan yang mengendalikan kes – kes yang macam ni, di mana penghutang akan dikerah menjual semua tinggalan aset diorang untuk membayar balik hutang.

Sekarang macam mana?

Nampaknya, ia satu berita buruk buat para peserta, yelah kalau korang fikir logik, even Platinum Eden ni dapat dapat cover balik RM 1,000,000 lepas proses likuidasi tu, korang kene tau yang diorang masih banyak lagi hutang yang perlu dibayar. Menurut rekod rasmi, syarikat tersebut tak membayar hutang sewa diorang yang tertunggak kepada tuan tanah sebanyak RM 247,873.92 sejak bulan November 2016.

Jadi, kita dah tahu macam mana status kewangan syarikat ni dan tiba masanya kita tengok kepada tindakan guaman yang akan dikenakan pulak. Yelah, kesian kot peserta – peserta tu main sungguh – sungguh, last – last tak dapat apa. Menurut kenyataan ringkas setiausaha agong Esports Malaysia, En. Rinie Ramli apabila ditanya pemberita berhubung isu ini :

“Kami sudah pun mengambil tindakan mahkamah terhadap penganjur. Kami sedang menunggu keputusan mahkamah yang dijangka dapat diketahui pada tahun hadapan”

Tetapi beliau tidak memberikan butiran penuh terhadap kes makhamah yang dinyatakan. Walaubagaimanapun, menurut pandangan peguam yang arif tentang likuidasi ni, En. Lee Shih, katanya ia agak tidak mungkin untuk syarikat yang berada di dalam likuidasi tersebut dikenakan guaman kepada mereka sama ada sebelum atau selepas, kerana fakta ringkasnya diorang pun takde sumber nak bayar sebarang pampasan disebabkan masalah kewangan diorang. Kalau korang nak tau, kebenaran perlu didapatkan terlebih dahulu dari makhamah sebelum adanya tindakan guaman yang akan dikenakan terhadap syarikat yang sedang dalam likuidasi ni, so maksudnya takleh sesuka je nak saman ke apa, payah gak, lagi lama la kes ni berlarutan.

Hutang?

En. Lee Shi jugak menerangkan bahawa pemiutang yang ingin mendapatkan pampasan mereka dari syarikat di dalam proses likuidasi adalah dengan menunjukkan bukti hutang kepada Pelikuidasi yang menguruskan kes ni. Pelikuidasi kene verify dulu merit kat dalam bukti hutang tu sama ada betul ke penghutang tu ada hutang korang dan berapa banyak jumlah yang diorang hutang tu.

Oleh itu, mana – mana pemenang yang nak claim balik hadiah, diorang kena buat macam kenyataan kat atas tu kalau nak dapat balik duit diorang, kalau tak burn jelah jawabnya. Menurut En. Lee Shi lagi, walaupun peserta dah dikenal pasti sebagai pemiutang dan dan pelikuidasi dapat balik duit tu selepas melikuidasi aset – aset syarikat, duit yang mereka akan terima tu tak semestinya diperoleh dengan jumlah yang sama sepertimana jumlah yang diorang hutang tu. Sebab, selalunya pelikuidasi akan tolak semua belanja yang diperlukan dulu, dan bakinya tu barulah akan diagihkan kepada pemiutang. Mr. Lee Shih menjelaskan :

“dalam pengalaman saya, pemiutang selalunya hanya akan mendapat beberapa sen sahaja dari setiap ringgit yang penghutang hutang. Semua pemiutang yang tidak bercagar akan dikumpulkan bersama dan apabila ada duit, barulah akan diagihkan sama rata mengikut berapa peratus yang mereka dihutangi. Proses seperti ini selalunya akan ambil masa bertahun – tahun”

Duit aku mana?

Sorang peserta AGES 2016, Boon ‘Shige’ Shin, Fifa runner-up, membawa isu ini sendiri dengan menulis surat permintaan kepada Platinum Eden dengan percubaan untuk mendapatkan sejumlah RM 23,775.00 yang dihutangi.

Walaupun surat tu tak bagi kesan serta merta, tapi sekurang – kurangnya dia punya langkah tu dah ada untuk membuktikan kat Pelikuidasi yang Platinum Eden ni memang berhutang kat dia. Shin bagitau yang dia cuma untuk dapatkan balik hak dia, itu sahaja dan dia membuktikan bahawa kumpulan peserta AGES 2016 tak takut nak mengambil sebarang tindakan guaman sekiranya ada masalah berlaku.

Jadi, setakat ni je informasi yang kita boleh dapat, selebihnya kita kena tunggu untuk bulan Oktober nanti apa akan berlaku seperti yang dinyatakan En. Rinie Ramli, setiausaha agung Esports Malaysia. So, sementara tu kita berhuhu jelah, sekiranya ada apa – apa update kita pasti akan bongkar!


Sumber : IGN

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AGES 2016HutangJutaLikuidasi
Previous Post

Hunt: Showdown percuma untuk dimainkan minggu ini!

Next Post

Sedikit Sebanyak Berkenaan Monster Hunter: World PC Edition

Related Posts

Honkai: Star Rail Versi 3.3 ‘The Fall at Dawn’s Rise’ Bakal Tiba pada 21 Mei
Berita

Honkai: Star Rail Versi 3.3 ‘The Fall at Dawn’s Rise’ Bakal Tiba pada 21 Mei

May 12, 2025
Evo Japan 2025 – Semua Pengumuman Besar Dunia Fighting Game, Termasuk DLC & Update Terbaru!
Berita

Evo Japan 2025 – Semua Pengumuman Besar Dunia Fighting Game, Termasuk DLC & Update Terbaru!

May 12, 2025
Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Next Post
Sedikit Sebanyak Berkenaan Monster Hunter: World PC Edition

Sedikit Sebanyak Berkenaan Monster Hunter: World PC Edition

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd