Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[The Future of Gaming] Hitman 3 ingin bawa “stealth & style” ke PS5 & PS4 pada Januari 2021!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 12, 2020
in Artikel, Berita, PS5
0 0
0
[The Future of Gaming] Hitman 3 ingin bawa “stealth & style” ke PS5 & PS4 pada Januari 2021!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas Hitman 3 diumumkan dengan mengejut semasa acara PlayStation 5 hari ini, saya memang teruja untuk berkongsi lebih banyak maklumat mengenai game terbaru dalam francais Hitman! Hitman 3 adalah game terakhir untuk trilogi World of Assassination dan akan membawa pemain kembali sebagai Agent 47, seorang pembunuh upahan profesional yang harus menyelesaikan kontrak terpenting dalam sejarah kerjayanya.

Hitman 3 akan membawa pemain ke lokasi-lokasi eksotik di seluruh dunia. Matlamat utama anda adalah untuk meneroka tempat-tempat ini dengan teliti dan merancang bagaimana untuk membunuh sasaran anda. Pemain memiliki kebebasan sepenuhnya untuk menyamar, mencipta “kemalangan”, berinteraksi dengan watak lain dan menyorok di kalangan orang ramai untuk menjalankan rancangan. Trailer Hitman 3 di bawah akan memberi gambaran untuk aksi-aksi dalam permainan ketika ia dilancarkan pada Januari 2021 untuk PlayStation 5 dan PlayStation 4!

Setiap peminat Hitman pasti tahu yang permainan ini dibina untuk tahap “replayability” dan kebebasan yang tinggi kepada pemain.  mendorong pemain untuk meneroka dan berinteraksi dengan dunia agar dapat jumpa cara baru yang boleh digunakan dalam sesi permainan seterusnya.

“Kami mahu permainan ini taktil dan ingin pemain merasakan bahawa tindakan mereka mempunyai impak pada persekitaran dan sesi permainan seterusnya.”

Itu sahaja maklumat yang ada untuk game ini. Hitman 3 akan keluar di PS5 dan PS4 pada Januari 2021. Jangan lupa baca info lain tentang konsol PS5 dan permainan videonya di sini.

Tags: Agent 47HitmanHitman 3ps5
Previous Post

[The Future of Gaming] Ghostwire: Tokyo membuat debut di PS5 & PC pada 2021! Info terbaru!

Next Post

Sesi “Open Access” percuma dibuka untuk MOBILE SUIT GUNDAM EXTREME VS. MAXIBOOST ON! Pra-pesan sudah bermula!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Sesi “Open Access” percuma dibuka untuk MOBILE SUIT GUNDAM EXTREME VS. MAXIBOOST ON! Pra-pesan sudah bermula!

Sesi "Open Access" percuma dibuka untuk MOBILE SUIT GUNDAM EXTREME VS. MAXIBOOST ON! Pra-pesan sudah bermula!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd