Banyak acara permainan video global seperti E3 2020, Tokyo Game Show 2020 dan Taipei Game Show 2020 telah dibatalkan kerana pandemik COVID-19. Namun, mereka di Asia Tenggara (SEA) boleh menantikan sesuatu yang istimewa. Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan menganjurkan acara digital untuk pameran Level Up KL yang semakin popular.
Dijadualkan pada bulan Jun 2020, acara atas talian baru terdiri daripada Level Up Spacebar dan Level Up Play-One. Level Up Spacebar akan berlangsung pada 16 Jun 2020, 10:00 AM (GMT + 8), dan mensasarkan kepada aspek perniagaan dan penerbitan permainan. Level Up Play-One adalah acara gaming yang dibuka untuk khayalak umum dan akan berlangsung pada 13 & 14 Jun 2020. Pelbagai permainan termasuk permainan video tempatan dan global akan disiarkan dalam siaran selama 12 jam di Facebook Gaming. Kedua-dua acara diadakan atas talian dan merupakan acara permainan pertama di SEA yang diaturkan secara digital.
Level Up Play-One akan mempamerkan permainan terbaru yang dibuat oleh studio dan penerbit Malaysia. Sebahagian daripada acara ini akan menyaksikan peminat dan pemain profesional di seluruh dunia bermain permainan video tersebut, sambil memenangi hadiah-hadiah eksklusif daripada prize pool bernilai lebih daripada AS $2340 (RM10,000) secara tunai.
Lebih daripada 16 penceramah dari Asia, yang terdiri daripada streamer terkenal hingga pengendali e-sukan akan berkongsi pengetahuan mereka mengenai peluang dan cabaran e-sukan semasa wabak. Selain itu, LEVEL UP SPACEBAR menampilkan penceramah tetamu daripada Sony Interactive Entertainment, John Eternal dan Shuhei Yoshida untuk berkongsi tentang penerbitan diri sendiri bagi PlayStation.
Berminat dengan acara di atas? Daftar sekarang di sini!
@gamersantaimy
Discussion about this post