Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

BLACK CLOVER & KINGDOM Season 3 rasmi menyertai senarai anime yang ditangguhkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 27, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Bimbingan, Manga
0 0
0
BLACK CLOVER & KINGDOM Season 3 rasmi menyertai senarai anime yang ditangguhkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengesahkan laporan awal, Black Clover dan Kingdom secara rasmi mengumumkan bahawa episod baru anime akan ditunda kerana komplikasi daripada pandemik COVID-19. Seperti banyak produksi anime lain, kedua-dua anime terkenal ini menyertai senarai penangguhan yang semakin meningkat. Untuk senarai penuh yang sentiasa dikemas kini, sila klik di sini.

Laporan ini datang daripada halaman Twitter rasmi mereka di mana anime BLACK CLOVER akan ditunda bermula episod 133 manakala KINGDOM Season 3 pula akan ditunda bermula episod 6. Buat masa ini, tarikh yang dijangkakan untuk anime kembali masih tidak diketahui tetapi ramai peminat berharap agar ia tidak lama. Dengan negara Jepun dalam keadaan darurat, tidak ada satu studio animasi yang dapat meneruskan produksi kerana pakar animasi, pelakon suara, dan kakitangan lain diminta untuk mengasingkan diri dalam rumah.

【放送延期のお知らせ】
新型コロナウイルス感染拡大の影響を受け、5/5(火)以降の放送及び、配信を延期させて頂くことになりました。

そのため、5月からはシリーズ第1話からの再放送をお送り致します。

放送再開までお待ちいただけますと幸いです。https://t.co/UHgSEkM5xS#ブラッククローバー

— ブラッククローバー_映画公式/日本全国ロードショー&Netflix世界独占配信中 (@bclover_PR) April 27, 2020

【放送延期のお知らせ】
TVアニメ「#キングダム」は、新型コロナウイルスの感染拡大に最大限の配慮をするべく
第5話以降の放送を延期させていただきます。

今後の放送予定に関しては、決定し次第、番組公式HPなどにてお知らせ致します。

詳細はこちらをご覧ください。https://t.co/3VbvFbujUc

— 【公式】TVアニメ「キングダム」第5シリーズ (@kingdom_animePR) April 26, 2020

Bagi peminat, berita ini pasti menyedihkan. Kingdom memulakan musim pertamanya pada tahun 2012 sebelum diteruskan dengan musim kedua pada tahun 2014. Sejak itu, Kingdom menghilang sehingga tahun 2020 apabila musim ketiganya dilancarkan selepas enam tahun. Setelah menayangkan beberapa episod, Kingdom kembali ditunda.

Untuk Black Clover pula, anime sedang menghampiri kemuncak popularitinya dengan sokongan tanpa henti daripada peminat. Penundaan ini pasti akan menganggu momentumnya, tetapi sekurang-kurangnya, lebih ramai peminat boleh “catch-up” dengan episod terkini sebelum anime datang kembali.

Untuk baca senarai penuh anime yang ditangguhkan, klik di sini.

Tags: animeBlack CloverditangguhkanKingdommanga
Previous Post

Tonton siri filem DIGIMON ADVENTURE TRI. (english dub) percuma sekarang!

Next Post

Pencipta Dr. Stone, BOICHI akan menghasilkan manga spinoff Portgas D. Ace daripada ONE PIECE!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
Next Post
Pencipta Dr. Stone, BOICHI akan menghasilkan manga spinoff Portgas D. Ace daripada ONE PIECE!

Pencipta Dr. Stone, BOICHI akan menghasilkan manga spinoff Portgas D. Ace daripada ONE PIECE!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd