Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review MSI GL63 8SE, sebuah laptop gaming yang Simple dan Padat!

Lepas tu ringan pulak tu!

Nyny.A by Nyny.A
May 5, 2020
in Artikel, Berita, Produk, Review, Teknologi
0 0
0
Review MSI GL63 8SE, sebuah laptop gaming yang Simple dan Padat!
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap tahun mesti ada sahaja setiap laptop gaming menghadirkan diri dengan mengenalkan semua produk baru mereka yang terbaik. Tetapi setiap produk dari jenama yang lain pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Kali ini, kami mendapat peluang sekali lagi untuk review produk dari sebuah syarikat laptop gaming popular iaitu MSI! Rasanya kali terakhir kami dapat produk dari MSI untuk di review adalah MSI GP65 Leopard 9SE, berbeza dengan yang diterima kali ini~ Diterima di saat-saat bermulanya PKP, jadi kami habiskan masa untuk mencuba pelbagai kerja, permainan dan macam-macam lagi dengan laptop ini. Laptop apa ye? Laptop yang dimaksudkan adalah MSI GL63 8SE!

Siapa tidak tahu dengan kehebatan laptop gaming MSI, seperti beberapa sirinya yang popular termasuk GT, GP dan banyak lagi. Dengan meneruskan generasi yang menggunakan pemproses dan cpu terbaru, rasanya memang sukar untuk ada masalah pada sesuatu laptop itu.

Yup! MSI GL63 8SE dilengkapi dengan CPU 8th Gen Intel Core bersama permproses i7 juga grafik yang tip top dengan NVIDIA GeForce RTX 2060 dengan 6GB GDDR6 dilengkapi dengan paparan sebesar 15.6″ FHD, MSI GL63 yang dikemasi dengan warna hitam likat ini nyata menggoda para pengguna termasuk kami! Tanpa lengahkan masa, jom kita mulakan review laptop MSI GL63 8SE ini beserta spesifikasi ringkasnya dibawah;

Spesifikasi MSI GL63 8SE:
CPU Up to 8th Gen. Intel® Core™ i7 Processor
OS Windows 10 Home
Windows 10 Pro
PAPARAN 15.6″ FHD (1920×1080), Wide-View
15.6″ FHD (1920×1080), 120Hz, 3ms, Wide-View
CHIPSET Intel® HM370
GRAFIK NVIDIA® GeForce RTX™ 2060 with 6GB GDDR6
MEMORI DDR4-2660
2 Slots
Max 32GB
KEUPAYAAN PENYIMPANAN 1x M.2 SSD slot (NVMe PCIe Gen3)
1x M.2 SSD Combo slot (NVMe PCIe Gen3 / SATA)
1x 2.5″ SATA HDD
WEBCAM HD type (30fps@720p)
KEYBOARD Backlight Keyboard (Single-Color, Red)
KOMUNIKASI Killer Gb LAN
802.11 ac Wi-Fi + Bluetooth v5
AUDIO 2x 3W Speaker
AUDIO JACK 1x Mic-in
1x Headphone-out (SPDIF) Audio Jack
I/O PORTS 1x Type-C USB3.1 Gen2
1x Type-A USB3.1 Gen2
1x RJ45
1x SD (XC/HC) Card Reader
1x (4K @ 60Hz) HDMI
1x Mini-DisplayPort
2x Type-A USB3.1 Gen1
BATERI 6-Cell
Li-Ion
51
AC ADAPTER 180W adapter
DIMENSI (WXDXH) 383 x 260 x 29.5
BERAT (W/ BATTERY)  2.3

Reka Bentuk Agak Simple tapi Elegan!

Untuk MSI GL63 8SE ini kelihatan seperti laptop gaming yang biasa kerana rekaanya tidak lah terbaik malah biasa-biasa sahaja. Saiz paparan cukup memuaskan hati, hanya 15.6″ dan ianya tidak lah berapa berat hanya 2.3kg, mungkin kerana binaanya hampir plastik sepenuhnya!

Walaupun plastik, ianya adalah berkualiti dan padat. Warna hitam likat diseluruh laptop ini nampak ianya elegan beserta dengan logo MSI Dragon Army yang menyala beserta garisan merah yang tampak seperti menyala apabila casis atas MSI GL63 8SE dibuka. Dengan rekaan garang di bahagian belakang casis serta bahagian pengeluaran angin, MSI GL63 8SE sememangnya nampak sangat elegan!

Bila dibuka sudah semestinya kami akan nampak keyboard yang nyata menarik perhatian kami, nampak sangat lembut tapi garang dengan warna hitam yang dikelilingi lit merah. Warna agak nampak normal, tetapi lebih menarik jika diberi RGB seperti laptop gaming yang lain zaman sekarang. Penekanannya agak seperti kusyen sedikit kerana keyboard ini agak tebal sedikit bezelnya dan ianya sangat memberi keselesaan untuk menaip dan bermain game. Mouse pad nya juga dalam besar yang agak memuaskan, tiada sebarang masalah untuk menggunakannya.

Bagaimana pula dengan paparan dan grafiknya?

Sudah semestinya lepas sahaja buka laptop MSI GL63 8SE ini, paparannya akan terbuka dengan luas. Seperti yang disebutkan diatas, paparannya sebesar 15.6″ beserta keluasan an FHD (1920×1080), 120Hz, 3ms. Jujur kami nyatakan, dari segi paparan memang kami sangat memujinya! Nampaknya memberi pasangan yang baik diantara panel dan GeForce RTX 2060 agak memuaskan hati kami.

Grafik FHD memang dipenuhi dengan warna yang sangat jelas, paparan dilengkapi dengan liputan untuk gamut warna NTSC 94% dan gamut warna 100% sRGB. kami bermain beberapa permainan serta tonton beberapa filem, jelas kelihatan tanpa sebarang kekabusan pada paparannya. Biarlah letak di meja, atau di atas riba, meluangkan masa dengan paparan grafik yang menarik dan menyerlah sememangnya tidak membosankan kami!

Korang rasa spesifikasinya padu atau tidak?

Didatangkan dengan pemproses 8th Gen. Intel Core i7 Processor dengan 6 core, kelajuan minimal 2.2 MHz dan boleh mencapai maximum hampir 4.0 MHz, apa lagi yang nak kami dalihkan kenyataan? Sememangnya sesifikasi kelajuan laptop MSI GL63 8SE ini sudah cukup memuaskan!

Laptop ini sememangnya sesuai untuk aktiviti seharian. Anda boleh melayari semua laman web yang anda mahukan, mendengar muzik kegemaran, menonton semua filem dan rancangan Netflix kegemaran atau bermain game tanpa henti! Ya prestasi yang mengagumkan kerana laptop ini tersedia dengan DDR4-2660 8GB RAM dan kapasiti hard drive 256GB jauh memang terbaik dari laptop-laptop yang lama dan menawarkan peningkatan dari segi prestasinya! Jadi tidak perlu anda risau lagi kerana anda boleh melakukan banyak tugas dari MSI GL63 8SE ini kerana tiada sebarang masalah dengan prestasinya!

Jadi hasil ujian kami untuk mencuba benchmark laptop ini, MEMUASKAN! Dengan keputusan yang menampilkan grafik sehingga 6,004 dan CPU 5,165 juga keseluruhan 5,861, tidak boleh disangkal si elegan ini dapat memberikan prestasi yang bagus!

Tidak lupa pada Port i/o yang mencukupi!

Dah habis sembang mengenai spesifikasinya, sudah tentu kita nak beralih pula dengan apa yang ada pada MSI GL63 8SE ni kan, jadi antaranya adalah lubang port yang sememangnya diperlukan pengguna. Okay, bahagian kiri terdapat 1 port ethernet yang memuatkan cable RJ45, 1 port 4K @ 60Hz HDMI, 1 port Mini-Display, 1 port Type-A USB3.1 Gen2 dan 1 port Type-C USB3.1 Gen2. Juga terdapat 1 lubang Mic-in dan 1 Headphone-out (SPDIF) Audio Jack.

Bahagian kanan pula tersedia lubang port Power Adapter, 2 port Type-A USB3.1 Gen1 dan 1 SD (XC/HC) Card Reader. Haaa mencukupi ke tidak? Bagi kami memang dah cukup untuk kegunaan harian, lagipun yang selalu guna lubang port USB sahaja.

Laptop panas? Jangan risau dengan sistem penyejukan laptop ini!

Jadi agak anda bagaimana pula dengan prestasi penyejukan pada laptop MSI GL63 8SE ini? Sistem penyejukannya agak memuaskan, dengan Cooler Boost 5 nyata membantu untuk mengekalkan suhu laptop ini untuk terus dioptimasikan ketika bermain game yang berat. 2 kipas dengan 31 bilah keseluruhan beserta 4 exos untuk mengeluarkan udara panas laptop, anda tidak perlu risau lagi dengan kepanasan laptop anda.

Nak melajukan sistem pengudaraan anda? Bahagian kanan atas keyboard anda tersedia butang Cooler Boost. Segala sistem untuk memaximumkan kelajuan kipas semuanya tersedia. Cuma rasa dah biasa kot, sebab hampir kesemua laptop gaming jika dah melajukan had kipas penyejukan, ianya akan berbunyi kuat sedikit. Selain itu tidak terlupa dengan MSI Dragon Center yang membenarkan kami untuk terus perhatikan penggerakan sistem termasuk suhu monitor.

Pengalaman bermain Game kami? Nyata masih memuaskan!

Sudah semestinya tugas kami untuk mencuba game di laptop yang kami review! Bukan sahaja prestasi benchmark mengagumkan, beberapa permainan telah kami cuba dan nyata hasil permainan kami berjalan dengan sempurna! Kesemua permainan yang kami cuba FPS nya sentiasa stabil.

Antara permainan yang sempat kami mencuba ketika mengguna laptop MSI GL63 8SE ini adalah XCOM: Chimera Squad, Genshin Impact dan World War Z. Perjalanan permainan turn based XCOM nyata tiada sebarang masalah dan kesemuanya berjalan dengan lancar yang juga anda boleh saksikan review serta tips yang kami kongsikan sebelum ini. Bagi sebuah permainan RPG dunia terbuka, grafik yang penuh berwarna warni dalam permainan Genshin Impact turut membuat kami rasa teruja!

Nyata kesemua permainan ini agak memuaskan, cuma ketika bermain World War Z, disebabkan ianya adalah dalam online, penggunaannya agak tinggi dan membuatkan laptop panas dan lag sedikit, tetapi lepas dibuka Cool Boost nya, permainan ini terus berjalan dengan sempurna kerana penyejukannya telah distabilkan! Risau bunyi kipas menggangu? Jangan risau, gunalah headphone anda ketika bermain game!

Audio dan Bateri cukup awesome lah!

Memberi satu bunyi audio dari speaker laptop ini tidak lah begitu mengagumkan. Tetapi dengan 2 3W built-in stereo speakers yang besar memberi kualiti bunyi serta teknologi audio yang tinggi untuk didengari cukup memuaskan pada laptop MSI GL63 8SE ini.

Jangka hayat bateri tidak lah boleh dipuji setinggi gunung, kerana ketahanannya hanyalah biasa-biasa dengan NVIDIA berfungsi sepenuhnya disini. Dengan kegunaan harian yang biasa-biasa, bateri 6-Cell Li-Ion ini boleh bertahan hampir 6-7jam. Tetapi jika dalam mood bermain game sepenuh masa, ianya akan bertahan hampi 3-4 jam sahaja. Jadi siap sedialah pasang charging adapter anda untuk terus bermain game okay!

Kesimpulannya~

Secara keseluruhannya, anda mencari laptop gaming yang ringan dengan spesifikasi yang memuaskan, MSI GL63 9SE lah jawapannya! Dengan reka bentuk yang sangat simple nampak elegan, paparan besar 15.6″ FHD beserta pemproses CPU 8th Gen Intel Core i7 dan NVIDIA GeForce RTX 2060 6GB GDDR6, apa lagi yang anda ragu-ragukan? Bagi kami ianya dah cukup memuaskan hati.

Bawa kemana sahaja bagi gamers terutama gamers baru yang suka kemana-mana tanpa ketinggalan permainan mereka di waktu lapang! MSI GL63 8SE sememangnya sebuah laptop yang anda boleh pertimbangkan untuk dibeli! Tapi buat masa sekarang Stok laku keras kat MSI, jadi anda kena nantikan stok baru dijual semula ok! Dan juga terima kasih MSI Malaysia kerana bagi kami peluang mencuba laptop ini!

Tags: MSIMSI GL63 8SEMSI GL63 8SE Reviewreviewulasan
Previous Post

Dapatkan pelbagai game PS4 hebat sekarang! Semua bawah RM100! Hanya di PlayStation Store!

Next Post

LEVEL UP KL akan berlangsung tahun ini dengan acara “SPACEBAR” pada bulan Jun!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

[Eksklusif] Diablo Immortal – Visi Blizzard Untuk Warlock, Dungeon Baru & Crossover Akan Datang
Eksklusif

[Eksklusif] Diablo Immortal – Visi Blizzard Untuk Warlock, Dungeon Baru & Crossover Akan Datang

June 15, 2026
Previu Diablo Immortal (Patch 5.0) – Cubaan Warlock, Boss Helliquary Baru & Lut Gholein Yang Dilanda Wabak Iblis
Preview

Previu Diablo Immortal (Patch 5.0) – Cubaan Warlock, Boss Helliquary Baru & Lut Gholein Yang Dilanda Wabak Iblis

June 15, 2026
Dragon’s Dogma 2 – Microtransaction Kontroversi Dibuang, Harga Base Game Diturunkan
Berita

Dragon’s Dogma 2 – Microtransaction Kontroversi Dibuang, Harga Base Game Diturunkan

June 15, 2026
Next Post
LEVEL UP KL akan berlangsung tahun ini dengan acara “SPACEBAR” pada bulan Jun!

LEVEL UP KL akan berlangsung tahun ini dengan acara "SPACEBAR" pada bulan Jun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd