Minggu lalu kami ada mengongsikan bahawa sebuah francais permainan tactical yang popular telah hadir dengan permainan terbaru iaitu XCOM: Chimera Squad. Juga buat masa sekarang tengah ada promosi pre-order permainan ini di Steam hanya berharga RM29.50! Tapi hari ini bukan itu yang kami nak kongsikan, sebaliknya kami nak kongsikan kami mendapat peluang mencuba sendiri permainan ini untuk direview! Ya dengan menggunakan Laptop MSI GL63, XCOM: Chimera Squad nyata lancar untuk percubaan kami! Eh selain itu terdapat Tips & Trick permainan ini juga temuramah Lead designer nya!
Yup kami sekali lagi mendapat peluang dari 2K untuk mencuba permainan mereka. XCOM: Chimera Squad dijadualkan akan hadir pada 24 April 2020 ini. Jadi tanpa melengahkann masa, jom kita mulakan review untuk peramainan kali ini!
Jalan cerita~ Bergabung sebagai satu skuad yang unik!
Selepas bertahun-tahun dengan pemerintahan alien, akhirnya manusia memenangi peperangan di Bumi. Tetapi Overlords lari ke planet mereka dengan meninggalkan sisa baki askar mereka di bumi. Kini, selepas lima tahun terjadi selepas XCOM 2, manusia dan alien kini bekerjasama untuk menjalin tamadun dan hidup bersama.
Mengambil tempat di City 31, dimana XCOM Reclamation Agency dihantar memberi sokongan pada City 31. Kita akan tahu lebih banyak mengenai motivasi setiap watak dalam bergabung dengan XCOM Reclamation Agency dan juga kisah latar belakang mereka. Beberapa watak seperti alien didalam pilihan turut ada keistimewaan dan latar belakang kisah tersendiri yang menarik. Yelah, kalau semua pengikut francais XCOM tahu, sebelum ini kan alien menentang puak manusia. Jadi sekarang ini dapat terasa kelainannya apabila mereka semua bergabung!
Contohnya watak yang boleh dimainkan seperti Verge (Sectoid Race), Axion (Muton race) dan Torque (Viper race). Latar belakang mereka sebelum ini semuanya ada permasalahan dengan manusia. Jadi dalam permainan ini ada juga terdengar perbualan yang menggunakan ayat-ayat sinis pada setiap watak! Memang rasa janggal sikit lah bila situasi bahan-membahan ni terjadi dalam permainan ini!
Permulaan permainan~ Strategi bermula!
Okay XCOM: Chimera Squad ini sebenarnya tidak memerlukan kita sebagai pemain untuk menjaga satu dunia dari ancaman dunia, sebaliknya kami hanya perlu jaga kawasan City 31. City 31 ini mempunyai 9 daerah secara keseluruhan dan ketika kerusuhan daerah mencapai level 5, serta misi untuk mengurangkan kerusuhan tidak diendahkan, maka City 31 akan mencapai tahap anarchy. Bila tahap anarchy tersebut melebihi level maximum, jangan tanya kenapa permainan akan ditamatkan dan kena memulakan semula segalanya! Tidak seperti XCOM 2, dimana projek avatar mencapai maximum baru akan tamat permainan dan kita akan kalah.
Setiap permainan tidaklah memakan masa yang lama. Jika strategi anda dimulakan dengan betul, maka senang sahaja perjalanan setiap permainan, jika tersalah stratergi, maka huru hara lah permainan anda. Tidak terlalu lama dalam permainan, kami diberi pilihan untuk memilih penyiasatan yang ingin kami lakukan. Setiap penyiasatan mungkin mencetuskan sesuatu yang tidak disangka kemudian ke dalam permainan. Kejadian gelap bervariasi, ada yang dapat meningkatkan jenis musuh dalam misi, ada juga yang mungkin memberikan buff kepada musuh.
Semakin banyak penyiasatan utama yang anda selesaikan, segala keresahan dan kesukaran anarchy akan meningkat yang bermaksud lebih mudah untuk mendapatkan lebih banyak “unrest bar” dan bar anarchy. Permainan ini mempunyai 3 sumber, Elerium, Intel dan Credits. Setiap hari Jumaat, XCOM Reclamation Agency akan menerima gaji, yang juga dipengaruhi oleh berapa banyak pasukan yang ditempatkan di setiap daerah. Elerium umumnya hanya untuk “upgrade research”, sementara Intel membolehkan anda merekrut dan menaik taraf “field teams” serta membelanjakannya di Scavenger Market. Anda akan menghabiskan kredit untuk membeli peralatan utiliti, sambungan senjata seprti skop, mags dan juga peningkatan.
Jalan Permainan~ Bersedia untuk BREACH!
Setiap misi akan mempunyai 1 – 3 pertemuan, dan untuk setiap pertemuan kita akan pecah masuk atau lebih senang dalam permainan kita menggunakan ayat BREACH!
Terdapat point Breach yang normal dan point Breach khas. Point Breach normal dapat diakses oleh sesiapa saja dan point Breach khas akan memerlukan item khas tertentu dan hanya beberapa Agents dapat mengakses point Breach khas tanpa memerlukan item.
Antara Breach khas yang perlukan Agents khas untuk membuka kawasan/pintu nya seperti: “Security Door” boleh dibuka oleh Terminal & Patch Work; “Explosive” – Claymore dan “Vents” – Torque. Sebaik sahaja Breach, Agents akan memberi serangan terus pada musuh dan musuh agresif (merah) akan menembak kembali semasa breach, juga musuh yang alert (oren) akan mengambil posisi atau tindakan bertahan, sementara musuh yang terkejut (hijau) biasanya tidak akan melakukan apa-apa. Kemudian akan mengambil posisi masing-masing sebelum kami meneruskan penggerakan serangan.
Setiap point Breach akan menunjukan betapa agresifnya musuh dan anda juga boleh melihatnya di bar musuh. Meletakkan Agents pada point kawasan berbeza ada yang terdapat buff atau debuff. Juga ada juga buff yang boleh menjadi kombo yang baik pada Agents , contohnya seperti kombo breach Watchtower dengan Terminal dimana apabila dia menyelesaikan latihan ke-3 dan mendapatkan pasif Guardian, itu adalah pasif di mana overwatch berlebihan anda akan terus berlaku, selagi anda mempunyai peluru, biasanya overwatch akan berakhir setelah anda mengambil tembakan pertama.
Atau memilih Zephyr untuk debuff seperti “Quick Disable” dan “Delayed Snare”. Zephyr akan menggunakan tumbukannya, jadi senjatanya tidak memerlukan reload kerana quick disable akan mngeluarkan semua peluru anda dan dia tidak dapat dipukau kerana ada musuh yang dapat mengawal Agents dalam pukauan mereka.
Jangan risau, ada Agents kita yang turut boleh melakukan pekara sama. Contohnya seperti Verge, dia dapat memukau atau (Battle Madness & Stupor) untuk mengawal pihak musuh untuk tercegang seperti strok atau membuatkan mereka menembak rakan musuh mereka sendiri dari menembak Agents kita.
Semua HP yang tersisa akan dibawa ke pertemuan berikutnya, namun bergantung pada pilihan yang anda pilih sebelum memulakan permainan, anda mungkin menyembuhkan separuh HP, atau sepenuhnya, atau tidak ada penyembuhan sama sekali ketika pertemuan berakhir dengan Agents kesihatan rendah. Tapi ada Agents yang turut boleh memberi bantuan HP pada rakan Agents yang lain seperti Terminal.
Memilih unit mana yang pertama dalam point breach, juga menentukan Agents mana yang harus didahulukan dalam garis masa, jadi perlu berfikir dengan teliti sebelum meletakkannya. Berbanding dengan siri XCOM yang lalu, menggunakan item utiliti seperti frag grenades adalah aksi percuma bererti ia tidak akan mengambil tindakan dan tidak akan mengakhiri giliran anda, namun ia membuang item tersebut untuk baki misi.
Item utiliti tertentu boleh mengabaikan garis masa dan memberikan point aksi tambahan kepada mana-mana sekutu; maksudnya, anda boleh membiarkan salah satu Agents anda bergerak waktu tersebut dan bukannya menunggu gilirannya mengikut garis masa, beberapa kebolehan juga boleh melakukannya.
Terdapat sebilangan jenis misi, ada yang memerlukan pemain membersihkan kawasan tersebut dengan membunuh atau subdue semua orang, ada yang memerlukan anda untuk memusnahkan, mencuri barang, ada yang memerlukan untuk mengiringi VIP, ada yang memerlukan anda untuk menyelamatkan tebusan dan menghantar mereka keluar dari kawasan.
Jelas jenis misi kawasan adalah yang paling mudah, sementara yang lain umumnya memerlukan pemain mengosongkan kawasan dan keluarkan semua VIP/Tebusan dan Agents . Dengan ciri baru TIMELINE yang disisipkan, mungkin sangat mencabar bergantung pada tahap level anda.
Uruskan XCOM RECLAMATION AGENCY dengan betul!
Secara keseluruhan terdapat 11 Agents termasuk 4 Agents yang kami dapat pada awal permainan. Kemudian kami dapat mengrekrut 4 lagi Agents dimana secara keseluruhan 8 Agents adalah maximum untuk agensi. Siapa sahaja Agents yang kami pilih tidak boleh ditukar ataupun dipecat, jadi pada pemain baru, hati-hatilah memilih dan pilihlah yang terbaik!
Semua watak dilengkapi dengan set kemahiran unik mereka dan dengan menaikkan level mereka, mereka akan mempunyai akses ke lebih banyak kemahiran tertentu. Semasa mempromosikan mereka, kita juga akan dapat pilihan skil yang tertentu, sekali dipilih tidak boleh ditukarkan lagi!
Tersebut adalah level yang ada dalam XCOM: Chimera Squads;
- Deputy Agent
- Field Agent (terdapat 2 skil yang boleh dipilih hanya 1)
- Special Agent (dibuka melalui latihan)
- Senior Agent (terdapat 2 skil yang boleh dipilih hanya 1)
- Principal Agent (dibuka melalui latihan)
Setiap Agents juga boleh dilatih melalui kemudahan latihan “Training“, mereka akan mendapat bonus stat untuk dua yang pertama dan yang terakhir akan memberikan mereka kemahiran pasif baru. Mempromosikan mereka cukup akan membuka lebih banyak latihan.
“Assembly” adalah tempat di mana pemain boleh memulakan penyelidikan. Sebilangan besar penyelidikan akan membuka barang untuk dibeli dalam bekalan. Malah peningkatan skuad perlu diteliti di sini terlebih dahulu. Sebilangan besar penyelidikan dapat dijalankan tanpa menetapkan Agents , namun apabila Agents ditugaskan, ia akan mempercepat kemajuan penyelidikan.
“Spec Ops” adalah tugas lain yang boleh pemain menghantar Agents untuk pergi jalankan tugas. Agents diperlukan untuk setiap tugas dan mungkin memerlukan masa beberapa hari untuk diselesaikan. Semakin tinggi tahap Agents , semakin baik tugas yang dapat dilakukannya, seperti mendapatkan pasukan bebas atau mengurangkan kerusuhan bagi seluruh kota.
Spesifikasi yang Diperlukan~
Spesifikasi yang diperlukan untuk XCOM: Chimera Squad | |
MINIMUM: | Requires a 64-bit processor dan operating system |
OS | Windows 7, 64-bit |
Pemproses | 2.4 GHz Quad Core |
Memori | 4 GB RAM |
Grafik | 1GB AMD Radeon HD 7770, NVIDIA GeForce 650 atau yang lebih baik |
DirectX: | Version 11 |
Storan | 18 GB available space |
Sound Card: | DirectX Compatible |
Additional Notes | Microsoft Visual C++ 2012 and 2015 Runtime Libraries, dan Microsoft DirectX. |
Kesimpulannya~
Jalan cerita XCOM: Chimera Squad sebenarnya agak pendek dalam 4 plot sahaja. Kalau menggunakan tektik dan strategi yang betul, hanya memakan 10-15 jam untuk menyelesaikannya. Dengan harga yang agak murah dan berpatutan pulak ada diskaun 50% ini, memang cukup memuaskan hati lah bagi pemain!
Pada awal permainan mungkin agak sukar mengawal permainan ini, tapi hanya mengambil seketika untuk memahami keseluruhan permainan, ianya akan menjadi terlebih senang! Terutama apabila kami mendapat segalanya terutama dalam upgrade, latihan dan barangan yang secukupnya.
Selama ini kami terasa nak sangat dapatkan Muton atau Viper sebagai teman sepasukan, siapa sangka dalam XCOM kali ini ianya tercapai! Dan mereka mempunyai beberapa kebolehan yang menyerupai jenis mereka di Chimera Squad, jadi ini dah habis memuaskan hati!
Mungkin sedikit kelemahan disini adalah kami terasa petanya agak kecil sedikit, menjadikan satu permainan agak senang dihabiskan dalam waktu yang singkat. Juga apabila semua musuh ada senjata, mana-mana celah kita pergi pun sudah pasti akan terkena serangan walaupun dah menyorok~
Breach dan Timeline berselang yang baru memang sesuatu ciri yang menarik untuk permainan ini dan sebenarnya agak menyusahkan sikit~ Kadang-kadang adalah kami terasa macam kenakah kita rekrut Agents baru untuk serangnya? Atau perlukah kami tembak terus ni? Tetapi musuh dapat bergerak terlebih dahulu sebelum sempat merekrut baru~ Maka teruskan sahaja misi tersebut!
Beberapa bahagian permainan kami merasa agak jauh dari alam semesta XCOM, alien seperti Torque, Axion, Verge bertutur dalam bahasa Inggeris yang sempurna. Sementara Zephyr (Advent) bertutur dalam Bahasa Inggeris British. Beberapa unit lain seperti Archon, Andromedon atau Muton Berserker menggunakan aset yang sama dari XCOM 2 dan mereka masih menggunakan bahasa Alien. kami mengharapkan makhluk asing seperti Torque, Axion dan Verge bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat pelik, tetapi tidak tercapai harapan itu~
Ada beberapa trivia turut tersa agak lawak lah, contohnya seperti sectoids yang tidak dapat makan makanan biasa seperti telur ayam, hotdogs juga burger! Ayat sakarstik yang dikeluarkan antara Agents turut tergelak lah kadang-kadang tu!
Seperti disebutkan pada awal perenggan, kami menggunakan MSI GL63 yang dilengkapi dengan Intel i7-8750H + HM370, juga pemproses GeForce RTX 2060 ,GDDR6 6GB, ran DDR IV 8GB (2666MHz); 128GB NVMe PCIe SSD +1TB (SATA) 7200rpm dan skrin nya cukup memuaskan untuk bermain permainan ini iaitu 15.6″ FHD (1920*1080), wideview 94%NTSC color Anti-glare, 100%sRGB!
Semuanya memang nampak jelas dalam permainan XCOM: Chimera Squad ini dengan warna yang menarik terpampar di skrin MSI GL63 ini! Memang anda tidak akan menyesal kalau anda sendiri mendapatkan laptop gempak dari MSI ini okay!
Jadi sekali lagi, jangan lupa dapatkan XCOM: Chimera Squad yang kini diskaun 50% untuk pembelian awal iaitu RM29.50, dan jika anda beli selepas 2 Mei ianya akan berharga RM59.00.
@gamersantaimy
The Review
XCOM: Chimera Squad
Sebuah permainan turn base yang sangat menarik bagi kami walaupun kami bukan peminat genre ini sangat! Tapi XCOM nyata mengubah persepsi kami!
PROS
- Variasi ejen dengan kelebihan yang hebat nyata menarik perhatian kami
- Seronok dapat bermain sebagai Alien, kerana terdapat kuasa yang lain dari biasa
- Tetapan yang sangat ringkas dan senang difahami
CONS
- Peta agak kecil dan senang habis jadi membosankan
- Agak menjengkelkan dengan musuh yang kerap datang jika terlewat selesaikan satu misi
Discussion about this post