Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] ZenFone 5Z-Menarik, Cantik dan Terbaik!

Silver Shroud by Silver Shroud
July 30, 2018
in Android, Artikel, Berita, Mobile
0 0
0
[Review] ZenFone 5Z-Menarik, Cantik dan Terbaik!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, aku review satu handphone dari ASUS, iaitu ASUS ZenFone Max Pro M1. Hari ini, terima kasih kepada ASUS ZenFone Malaysia kerana memberi peluang kepada aku untuk review ZenFone 5Z. Katanya dia ada abang, ZenFone 5. ZenFone 5Z ni merupakan versi upgrade dari ZenFone 5. Jadi, nak tahu apa yang upgradenye? Jom, baca artikel aku di bawah untuk keterangan lanjut.

*Gambar diambil dengan Sony α6300

Design dan juga display

Mempamerkan design signature ZenFone seperti ZenFone 3, ZenFone 5Z mempunyai glass-covered dari bucu ke bucu 2.5D Gorilla Glass Panel di bahagian depan dan juga belakang. Tambahan di bahagian belakang adalah fingerprint scanner dan juga Dual-lens kamera.

Seperti ZenFone 5, ZenFone 5Z mampu memasukkan 6.2inch FHD+ display ke dalam frame yang lebih kecil, iaitu 5.5inch. Terima kasih kepada body ratio ZenFone 5Z 19:9. Berat peranti ini adalah 165g, dan mempunyai ketebalan 7.7mm. Jadi, takde lah korang rasa berat dan tebal sangat kan.

Datangnya ZenFone 5Z dengan dua pilihan warna, Meteor Silver dan juga Midnight Blue. Model yang aku dapat adalah berwarna Meteor Silver, dan, sebagai pilihan personal, Meteor Silver sangat la kena dengan diri aku (dah nama pun SilverShroud)

Spesifikasi Asus ZenFone 5Z

  • Size: 153 x 75.65 x 7.7 mm
  • Weight: 165 g
  • Color: Meteor Silver, Midnight Blue
  • Display:  6.2-inch Full HD+ Super IPS+ display
  • Resolution: 2246 x 1080 pixels
  • CPU: 10nm Qualcomm Snapdragon 845 Octa-core Processor with AI Boost
  • GPU: Qualcomm Adreno 630
  • OS: Android Oreo with new ASUS ZenUI 5
  • Memory:  6 GB RAM + 128 GB ROM / 8 GB RAM+ 256 GB ROM
  • Camera:
    • 8 MP Front Camera
    • 12 MP + 8 MP Dual-lens Rear Camera
  • Battery: 3300 mAh with fast charging

Kamera

Di bahagian belakang, ia mempunyai 12 MP sebagai kamera utama, dengan menggunakan sensor IMX363 (ianya merupakan sensor dari Sony, dan ianya Flagship), ianya sangat la berfungsi dalam mengambil gambar untuk tempat yang gelap. Kamera ke dua di bahagian belakang mempunya kebolehan 120 darjah wide angle 8 MP kamera untuk mengambil gambar landskap luas. Dimana, untuk bahagian hadapan, kamera 8 MP digunakan.

Zenfone 5Z dipanggil sebagai telefon pintar yang bijak kerana ketiga-tiga kamera mempunyai fungsi AI yang hebat. Pertama, AI Scene Detection, di mana ia mampu untuk mengesan 16 pemandangan yang berbeza sebagai contoh awan, tumbuh-tumbuhan dan juga lautan.

Ia juga mempunyai AI Photo Learning, dan kelebihannya adalah untuk mengesan setting yang terbaik untuk gambar ataupun objek yang ingin diambil dan meniru untuk hasil yang sama. Akhir sekali, ZeniMoji, di mana, korang boleh menukar rupa korang menjadi emoji. Juga di lengkapi dengan real-time beautification dan real-time potrait.

Prestasi

Dikuasakan dengan processor Snapdragon 845 yang baru, dan menggunakan 8GB RAM, rasanya tidak akan ada mempunyai apa-apa masalah untuk menggunakan apps ataupun game yang menggunakan banyak penggunaan RAM ataupun processor. Juga dilengkapi dengan AI Boost, dimana, korang boleh gunakan untuk mendapat perfomance boost serta merta.

AI yang digunakan di dalam ZenFone 5Z sangat lah bijak, lagi-lagi dalam pretasi bateri, ini kerana, ia mampu belajar akan penggunaan korang, dan ia akan optimize untuk memanjangkan lagi masa penggunaan korang (walaupun hanya menggunakan 3300 mAh, ianya sudah cukup untuk penggunaan satu hari di bawah penggunaan normal). Fungsi fast-charging membenarkan pengguna untuk mengecas secara pantas.

Konklusi

Nampaknya, pada masa kini, telefon pintar semakin pintar.dan ASUS ZenFone 5Z berharga hanya MYR 1, 899 untuk 6GB RAM dan 128GB ROM. Manakala MYR 2, 299 untuk 8GB RAM dan 256GB ROM. Ianya antara phone yang sangat berbaloi untuk di dapatkan oleh mereka, pengguna di luar sana. Peranti ini akan datang dengan dua warna, Meteor Silver dan juga Midnight Blue, dan jualan bermula pada Julai 30. Lazada melakukan flash sale yang menjual ZenFone 5Z pada harga cuma MYR 1, 699 untuk spec 6GB RAM, 128GB ROM, dan bermula pada Julai 31. Flash Sale hanya satu hari dan dalam kuantiti terhad! Jadi, jangan lepaskan peluang ini kalau korang berminat! Untuk Info lanjut, korang boleh layari website rasmi mereka.

Tags: AndroidAsusZenFone 5Z
Previous Post

AirAsia Saiyan Tarik Diri, Ada Drama Semasa MSC!!!

Next Post

[Review] ASUS ROG STRIX Hero II, Untuk Mereka, Pemain Game MOBA

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
[Review] ASUS ROG STRIX Hero II, Untuk Mereka, Pemain Game MOBA

[Review] ASUS ROG STRIX Hero II, Untuk Mereka, Pemain Game MOBA

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd