Hampir seminggu lebih kami mengongsikan review CBT Mega Man x DiVE (ROCKMAN X DiVE), hari ini secara rasmi permainan lagenda yang diberi nafas baru ini dilancarkan secara rasmi di Mobile! Ya, anda kini boleh memuat turun permainan ini di Google Play Stor dan iOS, tetapi untuk pengetahuan anda, server permainannya akan secara rasmi dibuka jam 12pm ini!
Jadi pada sesiapa yang dah bosan sangat cari game mobile nak dimainkan musim-musim kuarantin COVID-19 ini, dah boleh lah memuat turun permainan menembak peringkat ke peringkat ini bersama rakan-rakan anda! Pada yang dah pre-register tu, jangan lupa pelbagai ganjaran termasuk watak Alia menanti anda di Mega Man X DiVE!
Bukan itu sahaja senjata S-Rank juga menjadi ganjaran pada siapa yang pre-register sebab orang yang mendaftar melebihi 500ribu pemain! Wow memang menarik kesemua ganjaran kan? Jangan risau pada yang terlepas untuk mendaftar, anda boleh kayuh pelahan-lahan dengan tenang untuk mendapat barangan hebat permainan ini okay!
Permainan menembak 3D ini mengisahkan dunia komputer di mana data permainan “Mega Man X Series” disimpan dan kelihatan tidak normal, semua watak dari siri permainan akan muncul dalam “Mega Man X Dive”; dan itulah sebabnya Black Zero di X2 juga akan bergabung.
Upgrade hero-hero anda bagi menyesuaikan ke setiap peringkat dan menjadi yang terkuat, bukan setakat watak, senjata yang mempunyai pelbagai rank dan bermula dari 0 boleh diupgrade sehingga menjadi yang terkuat! Teringin nak dapat senjata S-Rank? Mungkin anda juga berpeluang mendapatkannya di Capsules yang tersedia dan membukanya menggunakan Elemental Chip!
Anda tak perlu ragu-ragu lagi untuk memuat turun permainan ini kerana hampir kesemua wata Mega Man dalam seluruh siri terdapat dalam Mega Man X DiVE! Anda nak bermain peringkat ke peringkat, Co-Op, Versus, lawan Boss dan pelbagai lagi semuanya tersedia dalam permainan ini! Jujur ini memang sebuah permainan yang akan menghilangkan kebosanan anda!

Cabutan Bertuah Mingguan untuk Perayaan Pelancaran Secara Rasmi dimulakan!
Untuk meraikan Mega Man X DiVE dilancarkan secara rasmi, semua pemain akan dapat memperoleh sejumlah besar hadiah sebaik mereka masuk ke dalam permainan. Lebih-lebih lagi, selagi pemain membuat akaun dan mencapai matlamat tertentu sebelum 13 April 23:59 (UTC + 8), pemain akan mendapat peluang untuk menang “ROG Phone II”! Ingin membawa pulang telefon gaming terbaik? Lebih awal anda menyertai kami, semakin banyak peluang anda mendapat kemenangan!
Jadi jangan lupa untuk memuat turun permainan ini sekarang dan jangan terlepas untuk menjadi pemain terawal bermain Mega Man X DiVE! Ikuti Facebook mereka juga untuk pelbagai kemaskini terbaru!

@gamersantaimy
Discussion about this post