Adakah anda masih ingat kami telah menemu ramah Tsuzuki Katsuaki seorang producer dari Bandai Namco Entertainment tahun lalu? Tapi temu ramah itu adalah mengenai permainan One Piece Pirate Warriors 4, kali ini kami sekali lagi berpeluang untuk menemu ramah beliau bagi permainan video yang akan datang oleh Bandai Namco Entertainment iaitu Captain Tsubasa: Rise of New Champion.
Tanpa lengahkan masa, jom kami kongsikan butiran yang didedahkan oleh Tsuzuki Katsuaki untuk permainan Captain Tsubasa terbaru ini yang merupakan sebuah anime/manga lagenda suatu ketika dahulu.
Kali terakhir permainan video Captain Tsubasa untuk konsol hadir hampir 10 tahun yang lalu, Katsuaki menyataka pasukan mereka telah mencadangkan permainan ini untuk kembali dalam tempoh 10 tahun itu. Kemudian siri anime terbaru Captain Tsubasa dijadualkan untuk hadir, maka inilah masanya untuk pasukan mereka membawa ke depan projek permainan Captain Tsubasa: Rise of New Champion ini.
Dalam permainan kali ini, pemain akan mengalami pengalaman baru dalam permainan bola sepak. Menurut Katsuaki banyak pesona Captain Tsubasa terletak pada pemain yang berbeza dan teknik mereka, juga mereka ingin mencipta sesuatu yang membolehkan pemain mengalami sendiri secara langsung.
“ Kami melalui banyak percubaan dan kesilapan semasa pembangunan untuk menjadikan permainan ini menyeronokkan untuk pemain yang mempunyai tahap kemahiran yang berbeza.”
-Katsuaki
Tindakan asas seperti pergerakan dan passing sudah tentu akan menjadi biasa kepada sesiapa yang memainkan permainan video bola sepak sebelum ini. Tetapi ada juga ruang untuk kedalaman, dengan tendangan istimewa dan teknik dribbling, ditambah juga dengan sistem goalkeeper yang unik. Permainan dan grafik akan membolehkan pemain menikmati pengalaman permainan video bola sepak yang baru.
Apabila ditanya di jalan cerita manakah yang permainan ini akan berlangsung, Katsuaki membalas bahawa permainan video ini akan mengulangi semula detik-detik penting anime. Mereka masih merahsiakan info ini tetapi Katsuaki jamin banyak lagi yang akan dikemas kini termasuk watak yang biasa dikenali dalam anime/ manga Captain Tsubasa. Ini adalah permainan video Captain Tsubasa yang pertama selepas 10 tahun, dan mereka meletakkan usaha 100% untuk membangun permainan ini.
Selain itu, salah satu sebab mengapa Captain Tsubasa adalah permainan “action” ialah untuk meluaskan lagi jumlah pemain, tidak kira jika mereka kenal siri Captain Tsubasa yang asal atau tidak.
“Kami berhasrat untuk membuat permainan di mana pemain yang ingin mencuba sesuatu yang baru akan mula melihat kelebihan siri ini selepas menumpukan banyak masa bermain dan pada penghujung permainan, akan menyayangi siri.”
Menurut Katsuaki juga, permainan ini sangat senang untuk dimainkan terutama pada pemain baru, segala kawalan dan kombinasi skil memberi pemain lebih banyak strategi. Jadi disebabkan ini, pemain ‘hardcore’ juga pasti tidak terasa bosan untuk bermainnya!
Beralih pula dalam segi esports untuk permainan Captain Tsubasa ini. Sebagai satu peraturan, Katsuaki menyatakan mereka mencuba untuk seimbangkan teras pengalaman permainan sebelum membawanya kepada elemen yang lebih kompetitif. Pemain yang mengikut jalan cerita akan mula memahami sistem permainan. Jika ini membawa pemain untuk mencapai tahap skil yang lebih tinggi lalu mencapai status esports, ini tentu menjadi berita gembira.
Katsuaki juga ingin merahsiakan tentang topik “customization” tetapi meyakinkan kita bahawa mereka sedang membangunkan sesuatu yang peminat pasti teruja. Sebagai tambahan, Captain Tsubasa tidak mempunyai pengadil didalam permainan supaya ianya akan menjadi lebih lancar dengan 22 pemain bolasepak di atas padang. Mereka ingin memberi fokus pada aspek paling penting dalam perlawanan bola sepak- iaitu pemain.
Mode permainan 2v2 pula bukanlah ‘splitscreen’ bagi mengelakkan impak visual kepada pemain’. Sebaliknya, semua orang akan bermain di dalam 1 screen utama seperti permainan bola sepak yang lain.
Setiap watak boleh menghadang bola. Yang menariknya ialah pemain dapat mengubah formasi pasukan serta meletakkan watak diantara pemain dan goalkeeper. Ini bermakna mereka dapat melaksanakan formasi yang rumit dengan beberapa watak. Pada masa yang sama, pemain dapat menggunakan ‘V Zone’ gauge untuk melaksanakan skil istimewa!
Jika sebuah permainan menjadi popular, rancangan untuk DLC pasti ditambah.. Di dalam anime, kami dapat melihat Tsubasa merantau ke luar negara. Ramai tertanya jika adegan ini akan disertakan tetapi Katsuaki akan mendedahkan maklumat ini pada masa akan datang dengan lebih banyak variasi dan penambahan.
Tarikh rasmi untuk Captain Tsubasa: Rise of New Champions masih belum diumumkan tetapi ia akan keluar di Playstation 4, Nintendo Switch dan PC pada tahun ini. Akhirnya, peminat boleh bermain siri Captain Tsubasa di konsol pilihan mereka! Dengan reka bentuk baru, peminat akan rasakan pengalaman anime Captain Tsubasa dengan mata mereka sendiri dan menentukan siapakah raja sebenar di atas padang!

@gamersantaimy
Discussion about this post