Kami dah berada di Thailand Gameshow 2019, sudah semestinya kami tidak melepaskan peluang untuk menemu ramah orang penting dalam dunia gaming! Dan kali ini kami berpeluang untuk menemuramah Producer untuk siri permainan dari Anime terkenal iaitu KATSUAKI TSUZUKI producer di Bandai Namco Entertainment bagi permainan One Piece: Pirate Warriors 4 (OPPW4)!
Pelbagai perkongsian dan serba sedikit jalan cerita yang telah dikongsikan dan yang pertamanya beliau mengongsikan bahawa jalan penceritaan OPPW4 akan bermula dari ALABASTA, The Sand City . Sebabnya ialah pemaju mahu pemain memahami cerita seperti sekarang dan bukan dari 10 tahun yang lalu. Ini juga berdasarkan penambahan setiap aksara individu yang ditambah dalam episod yang terpisah.
Seperti yang kita tahu terdapat banyak ciri menarik dalam permainan ini, Katsuaki turut menyatakan ciri-ciri menarik ini akan kekal dalam permainan. Terdapat juga watak lain yang akan mempunyai batasan dan salah satunya boleh berubah hanya pada waktu malam.
Katsuaki turut menyatakan bahawa permainan ini pasti akan mempunyai kandungan yang dapat dibezakan antara One Piece Pirate Warriors 4 danPirate One Piece 3 yang lama. Selain itu, kandungan kali ini juga akan mempunyai jalan gameplay yang lebih panjang.
Seperti yang kita tahu, Golden Lion Shiki dan Black Arm Zephyr merupakan spotlight terutama dalam filem One Piece. Tetapi malangnya, masih belum terdapat kesemua watak dalam OPPW 4. Namun, tambahan beliau, jika peminat meminta penambahan aksara, mungkin pemaju akan mempertimbangkan untuk menambah salah satu watak istimewa filem ke dalam permainan.
Selain itu, bukan setakat Kaido dan Big Mom sahaja akan muncul sebagai bos didalam permainan untuk kita tewaskan. Terdapat lagi beberapa bos lain seperti X-Drake dan Jack the Drought juga akan ditambah dalam permainan untuk membiarkan pemain tercabar.
Juga, Katsuaki menyatakan bahawa terdapat beberapa cerita asal yang akan ada dalam permainan. Ini akan menjadi cerita yang menarik dan bukan itu sahaja kesemua watak akan ada keunikan tersendiri yang semua pemain mesti akan tertarik!
Jadi sebelum berakhir, Katsuaki sangat tersentuh tentang fakta bahawa terdapat banyak peminat dari Malaysia untuk siri permainan One Piece: Pirate Warrior. Dia berharap peminat Malaysia meneruskan semangat mereka dalam permainan kerana ini akan mendorong mereka untuk membuat permainan lebih baik.
One Piece: Pirate Warrior 4 akan hadir di platform PS4, Xbox One dan PC pada tahun 2020. Okay sampai disini perkongsian kami untuk sesi temuramah kali ini, jangan lupa untuk lihat artikel kami sebelum ini mengenai 2 watak baru yang turut ada di One Piece: Pirate Warrior 4 juga kami ada gameplay terbaru yang dicuba juga kat Thailand Gameshow! Jadi nantikan ulasan kami!
@gamersantaimy
Discussion about this post