Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Malaysia mengumumkan Nitro 5 pada harga murah RM2999! Gabungan mantap antara Ryzen & NVIDIA!

Jangan terlepas pandang peranti hebat ini.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 3, 2020 - Updated on June 28, 2020
in Artikel, Berita, Produk, Teknologi
0 0
0
Acer Malaysia mengumumkan Nitro 5 pada harga murah RM2999! Gabungan mantap antara Ryzen & NVIDIA!
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia hari ini memperkenalkan Acer Nitro 5 yang dikuasakan oleh pemproses quad-core AMD Ryzen dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 16 series terbaru untuk pemain kasual yang inginkan gajet berkuasa pada harga yang murah.

Acer Nitro 5 menggunakan AMD Ryzen 7 3750H baru, NVIDIA GeForce GTX 1650, PCIe NVMe SSD sebesar 512GB dan RAM 4GB DDR4 yang boleh ditingkatkan hingga 32 GB serta tambahan slot m.2 dan HDD Upgrade Kit. Walaupun peranti ini sudah cukup kuat untuk menguruskan keperluan gaming seharian, pengguna boleh menaik taraf lagi Acer Nitro 5 untuk memenuhi keperluan masa depan mereka.

Acer Nitro 5 juga membolehkan para pemain menikmati pengalaman gaming yang lebih imersif dengan paparan 15.6-inch Full HD IPS 120Hz refresh rate. Nitro 5 mempunyai nisbah skrin-ke-badan 80% berkat reka bentuk bezel 7.18mm. Dilengkapi dengan teknologi pengoptimuman bunyi Waves MaxxAudio dan Acer TrueHarmony, Acer Nitro 5 memberikan pengalaman audio terbaik untuk pengguna.

Untuk memastikan Nitro 5 sentiasa sejuk semasa sesi gaming, Acer Nitro 5 mempunyai dua kipas yang direka dengan teknologi Acer CoolBoost. Ia meningkatkan kelajuan kipas sebanyak 10% dan penyejukan CPU dan GPU sebanyak 9% berbanding dengan mode auto. Selain itu, Killer Ethernet E2500 dan Acer Network Optimizer memastikan data selalu mengalir laju dan stabil semasa permainan atas talian. UI yang mudah digunakan membantu pemain menguruskan jalur lebar secara manual atau membiarkannya dalam mode Auto di mana Acer Network Optimizer dapat mengkategorikan program untuk mengurangkan masalah sambungan internet.

Pengguna boleh memantau dan mengurus suhu komponen, prestasi loading, penggunaan kuasa, dan banyak lagi melalui aplikasi NitroSense yang boleh diakses dengan satu sentuhan hot key NitroSense. Di samping menguruskan kelajuan kipas, pemain juga boleh merancang penggunaan kuasa yang optimum dalam senario yang berbeza, akses enam mode bunyi di Acer TrueHarmony, dan menghidupkan atau mematikan sticky key.

Bagi aspek connectivity, pelbagai port seperti HDMI 2.0, dan USB Type-C 3.1 Gen 1 membolehkan pengguna untuk menyambung peripheral mereka untuk pengalaman gaming yang lebih mantap.

Tersedia di kedai online rasmi Acer dan semua pengedar rasmi Acer di seluruh Malaysia, Acer Nitro 5 bernilai RM2,999. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi mereka di sini.

Tags: AcerAcer Nitro 5GamingKomputer ribaLaptopMalaysia
Previous Post

DEATH STRANDING akan datang ke PC 3 Jun 2020 ini dan Pre-Order kini sudah dibuka!

Next Post

VALORANT permainan terbaru 5v5 FPS untuk PC dari Riot Games diumumkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
Next Post
VALORANT permainan terbaru 5v5 FPS untuk PC dari Riot Games diumumkan!

VALORANT permainan terbaru 5v5 FPS untuk PC dari Riot Games diumumkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd