Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DEATH STRANDING akan datang ke PC 3 Jun 2020 ini dan Pre-Order kini sudah dibuka!

Macam-macam kandungan unik ada dalam pre-order ni!

Nyny.A by Nyny.A
March 3, 2020
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, Steam
0 0
0
DEATH STRANDING akan datang ke PC 3 Jun 2020 ini dan Pre-Order kini sudah dibuka!
Share on FacebookShare on Twitter

505 Games penerbit kepada versi PC permainan yang memenangi pelbagai anugerah akhir tahun lalu oleh Hideo Kojima iaitu DEATH STRANDING, dengan kolaborasi bersama KOJIMA PRODUCTION secara rasminya memaklumkan permainan yang telah hadir di platform PlayStation 4 pada 8 November 2019, kini akan dilancarkan penjualanya di PC melalui Steam dan Epic Games Store!

Ya pelancaran permainan ini di PC adalah termasuk penjualan fizikal bermula 3 Jun 2020 ini untuk waktu tempatan. Pelancaran ini akan menambah kandungan dalam Death Stranding termasuk mod photo, kadar bingkai yang tinggi (high frame rate) dan sokongan monitor ultra-wide untuk memberi pengalaman terbaik pada pemain pc.

505 Games turut mendedahkan bahawa versi PC Death Stranding juga akan menampilkan kandungan dari salah satu permainan dari Valve yang ikonik iaitu Half-Life!

Tanpa lengah masa jom kita lihat trailer rasmi promosi yang menarik alam PC Death Stranding ini;

Dibangunkan oleh Kojima Productions, Death Stranding adalah sebuah projek yang paling dinantikan kehadiranya tahun lalu. Dibintangi oleh Norman Reedus sebagai pratagonis utama dalam permainan bernama Sam Bridges. Berlaku pada masa depan dimana letupan misterius telah letus di planet ini hingga membawa peristiwa ghaib yang dikenali sebagai Death Stranding. Dengan makhluk spectral disekeliling landskap dan planet yang kini dihujung kepupusan, kini ia terpulang pada Sam untuk mengembara di planet yang besar ini dan selamatkan manusia daripada pembinasaan yang berlaku. Selain Norman Reedus, turut terdapat suara latar Mads Mikkelsen dan Léa Seydoux untuk watak dalam permainan.

Pre-order untuk permainan ini kini telah pun dibuka untuk PC dengan berharga RM239.00 yang akan termasuk kadungan unik termasuk ‘wallpaper HD’ ,  gold dan tambahan barangan kosmetik.

Sebagai tambahan kepada permainan asas, penawaran 505 Games juga termasuk pilihan dari buku digital “The Art of DEATH STRANDING” (dari Titan Books), soundtrack asal edisi Score Expanded DEATH STRANDING yang termasuk trek bonus serta tambahan barangan kosmetik seperti ‘Chiral Gold’ ,’topi Bridges Omnireflector’, ‘Ludens Mask Sunglasses’, ‘Gold dan Silver Armor Plate’, ‘Gold dan Silver Power’, Speed dan All-Terrain Skeletons. Pembelian edisi fizikal hari pertama akan mendapat kandungan sama juga Steelbook slip case dan Steelbook artwork terbaru.

Pemain yang tergilakan Death Stranding dan sangat menantikannya hadir di PC dah boleh tekan link dibawah untuk pre-order melalui PC Steam atau Epic Game Store. Tidak terlupa juga, anda boleh dapatkan wallpaper telefon pintar dan ringtones percuma untuk dimuat turun dengan menyambut pelancaran PC Death Stranding di laman web rasminya.

DAPATKAN di STEAM!
DAPATKAN di Epic Game Store!
Beli versi PS4 disini!
Death Stranding
Publisher: 505 Games, Sony Interactive Entertainment
Developer: Kojima Productions
Release Date: 2019-11-08
Microsoft Windows, PlayStation 4
Death Stranding adalah permainan aksi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Kojima Productions. Ia adalah permainan pertama dari pengarah Hideo Kojima dan Kojima Productions selepas pembubaran mereka dari Konami pada tahun 2015. Ia dikeluarkan oleh Sony Interactive Entertainment untuk PlayStation 4 pada November 2019 dan dikeluarkan oleh 505 Games pada Microsoft Windows pada bulan 14 Julai 2020.
Tags: 505 Gamesdeath strandingepic games storehideo kojimaKOJIMA PRODUCTIONsteam
Previous Post

Pemain game yang Hardcore! Memperkenalkan Game Mobile MMORPG “Rise of Nowlin” terbaru!

Next Post

Acer Malaysia mengumumkan Nitro 5 pada harga murah RM2999! Gabungan mantap antara Ryzen & NVIDIA!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Stranger Than Heaven Bakal Tiba Januari 2027, Tupac Shakur Turut Muncul Dalam Game!
Berita

Stranger Than Heaven Bakal Tiba Januari 2027, Tupac Shakur Turut Muncul Dalam Game!

June 6, 2026
Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”
Berita

Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”

June 6, 2026
Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027
Remake

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027

June 6, 2026
Next Post
Acer Malaysia mengumumkan Nitro 5 pada harga murah RM2999! Gabungan mantap antara Ryzen & NVIDIA!

Acer Malaysia mengumumkan Nitro 5 pada harga murah RM2999! Gabungan mantap antara Ryzen & NVIDIA!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd