Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Website PlayStation 5 kini hadir dan dijangka dilancarkan musim cuti 2020!

Tapi masih tiada informasi selebihnya telah dikongsikan~

Nyny.A by Nyny.A
February 5, 2020
in Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Website PlayStation 5 kini hadir dan dijangka dilancarkan musim cuti 2020!
Share on FacebookShare on Twitter

Kali terakhir berita mengenai PlayStation 5 adalah dedahan logonya dan beberapa spesifikasinya pada Januari lalu. Kini Sony meneruskan lagi sedikit demi sedikit perkonsian maklumat mengenai jentera permainan yang dinantikan ramai peminat ini! Dan kali ini, laman web rasmi PlayStation 5 telah dilancarkan!

Hampir enam bulan Sony telah memberi maklumat-maklumat termasuk butiran mengenai pengawal sistem, tetapi masih banyak yang tidak kita ketahui mengenai konsol yang akan datang ini. Microsoft telah mendedahkan banyak maklumat mengenai Xbox Series X, tetapi Sony nampaknya membuat PlayStation 5 lebih kejutan untuk peminat terus teruja dengan setiap maklumat yang dimaklumkan mereka.

Laman web rasmi PlayStation kini mempunyai laman yang didedikasikan hanya untuk PlayStation 5 dan masih tiada banyak maklumat didalam laman web tersebut. Halaman ini mempunyai logo, mesej mengatakan “PlayStation 5 akan datang” dan tarikh pelepasan yang bukan tetap. Tetapi, para peminat yang rasa tidak sabar mengenai maklumat seterusnya, anda boleh mendaftar dengan memberi e-mel untuk kemaskini PlayStation 5. Selain itu juga ada mesej dari Sony;

Kami telah mula berkongsi beberapa ciri yang luar biasa yang anda boleh harapkan dari PlayStation 5, tetapi kami tidak cukup bersedia untuk memperkenalkan sepenuhnya generasi PlayStation yang seterusnya. Daftar di bawah untuk menjadi antara yang pertama menerima kemaskini seperti yang kami umumkan, termasuk berita mengenai tarikh pelepasan PS5, harga PS5 dan senarai permainan PS5 yang akan datang.

Imej contoh. Kredit: Rapzilla.com

Baru-baru ini Sony menyatakan mereka sekali lagi tidak akan menyertai acara permainan E3 2020 dan bukan itu sahaja, banyak permainan kini telah ditundakan termasuk Final Fantasy VII Remake, Marvel’s Avengers dan Cyberpunk 2020 dan banyak spekulasi dibuat oleh peminat ianya sebab kehadiran PlayStation 5. Buat masa ini permainan video pertama yang telah pasti akan hadir ke PlayStation 5 adalah Godfall.

Jadi kita harus bersabar sedikit lagi untuk pendedahan selanjutnya maklumay PlayStation 5, mungkin dalam masa yang terdekat pra-pembelian konsol ini akan dibuka dan bukan itu sahaja mungkin lebih banyak dedahan permainan eksklusif untuk PlayStation 5 ini! Nantikan pelancaranya musim cuti 2020 dan mungkin ianya dalam musim Krismas nanti.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Laman web PlayStation 5playstation 5SonyWebsite PlayStation 5
Previous Post

Ulasan The Sims 4: Tiny Living – antara STUFF PACK paling seronok & mencabar dalam siri!

Next Post

DIGIMON Figure-Rise Standard METALGARURUMON [AMPLIFIED] Dibuka untuk Pre-Order!!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
DIGIMON Figure-Rise Standard METALGARURUMON [AMPLIFIED] Dibuka untuk Pre-Order!!

DIGIMON Figure-Rise Standard METALGARURUMON [AMPLIFIED] Dibuka untuk Pre-Order!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd