Untuk DLC pertama Sims 4 pada dekad ini, EA dan Maxis telah memberi tumpuan kepada komuniti “tiny house“. Selama ini, pemain menggabungkan ciptaan mereka dengan “tiny house challenge“, yang bermaksud membina rumah-rumah yang sangat kecil tetapi masih selesa. Kali ini, para pemaju mendedikasikan keseluruhan pakej menggunakan konsep “KECIL“.
The Sims 4 mempunyai banyak Stuff Pack tetapi saya percaya Tiny Living adalah salah satu pack terbaik buat masa ini. Fokus utama pack Tiny Living adalah kepada aspek “membina”, dengan jenis perumahan baru yang menambahkan sedikit lagi keseronokan kepada gameplay. Dalam “build mode“, sebuah lot boleh ditetapkan ke Tiny Home Residential, yang mencabar pemain untuk membina sebuah rumah dalam ruang kotak yang terhad. Terdapat tiga peringkat untuk “tiny home“, dengan rumah yang terkecil menawarkan bonus yang terbaik. Satu lagi berita baik adalah semua rumah ini mempunyai nilai bayaran bil yang berkurangan.
Peringkat pertama “tiny home” mempunyai 100 ruang kotak, dan sebenarnya tidak terlalu mencabar. Peringkat kedua mempunyai 64 ruang kotak, manakala peringkat ketiga mempunyai 32. Setiap peringkat akan menjadi semakin rumit dan bukan mudah untuk memasang bilik tidur, dapur, dan bilik mandi dalam ruang terhad sebanyak 32 kotak. Selain itu, kedua-dua peringkat terkecil ini memberi bonus yang bagus iaitu menggandakan peningkatan “skill“. Ini cara yang baik untuk meningkatkan kemahiran Sim anda dengan lebih cepat. Bonus-bonus lain ialah termasuk hubungan dan tumbuh-tumbuhan yang boleh meningkat dua kali ganda lebih cepat.
Sekarang, saya ingin jelaskan tentang objek yang berada di dalam rumah pula. Para developer benar-benar memberi tumpuan kepada objek-objek baru di dalam permainan. Koleksi ini memberi menimbulkan perasaaan “keselesaan” dan merupakan highlight sebenar dalam Stuff Pack. Ia bergaya moden, kasual, dan sangat estetika serta berkait rapat dengan konsep Tiny Living, dengan beberapa barangan yang menjimatkan ruang seperti meja dan rak buku 1×1. Untuk penjimatan yang paling tinggi, kombo 3-in-1 TV/stereo/rak buku juga diperkenalkan.
Kombo 3-in-1 sudah cukup hebat kan? Tetapi objek yang paling menarik adalah “murphy bed“. Pada siang hari, ia boleh dilipat dan digantikan sebagai sofa manakala pada waktu malam, Sim menukarkan objek ini menjadi katil untuk tidur. Selain itu, ia juga boleh menjadi perangkap maut. Ada kemungkinan kecil bahawa katil ini boleh menghimpit Sim anda hingga mati, tetapi kemungkinan itu akan meningkat jika katil bertambah rosak. Seorang Sim dengan “handiness” yang tinggi mempunyai pilihan untuk memasang upgrade dan membaiki katil, tetapi sesetengah pemain mungkin tidak suka tempat tidur yang boleh membunuh anda. Satu lagi fakta lucu ialah Sim hantu yang dibunuh oleh “murphy bed” boleh merasuk Sim lain dan menyedut tenaga mereka.
Akhir sekali, jika anda suka rumah-rumah kecil yang comel tetapi malas untuk membina rumah, galeri permainan ini telah diisi dengan beratus-ratus rumah kecil berbeza yang dicipta oleh komuniti. Di sini, pemain boleh memuat turun dan menggunakan rumah tersebut untuk diri sendiri. Hanya tulis ‘#tinyliving‘ dan lihat pada bahagian ‘most popular‘ untuk melihat rumah paling sesuai dengan gaya anda.
The Sims 4: Tiny Living kini boleh didapati di PC, Xbox One dan PlayStation 4. Tunggu apa lagi? Mari kita bermain sekarang!
@gamersantaimy
The Review
The Sims 4: Tiny Living
Penambahan konsep "tiny living" pasti mencabar pemain untuk membina sebuah rumah dalam ruang yang terhad serta memberi keseronokan yang berbeza dengan kemunculan objek-objek baru.
Discussion about this post