Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dua Filem Transformer dikatakan dalam pembikinan termasuk Spin-off Bumblebee dan Beast Wars!!

Kalau Beast Wars memang gempak ar!!

Nyny.A by Nyny.A
January 29, 2020
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Dua Filem Transformer dikatakan dalam pembikinan termasuk Spin-off Bumblebee dan Beast Wars!!
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya ada sesuatu yang menggembirakan bagi peminat siri animasi dan filem Transformers! Paramount picture dikatakan sedang membangunkan dua skrip filem Transformers baru dalam masa yang sama! Dijangkakan salah satunya adalah sekuel atau spin-off filem remake Bumblebee sebelum ini filemnya yang ditayangkan tahun 2018 dan dilakonkan oleh Hailee Steinfeld, dan satu lagi kemungkinan ada kait mengait dengan Beast Wars: Transformer!

Diilhamkan oleh siri mainan dan kartun animasi dengan nama yang sama, filem-filem Transformers yang penuh aksi langsung ini bermula pada tahun 2007, dengan Michael Bay sebagai pengarah dan Shia LaBeouf serta Megan Fox membintangi sebagai pelakon utama. Bay terus mengarahkan empat filem yang seterusnya sehingga sepuluh tahun kemudian pada tahun 2017 Transformers: The Last Knight yang dibintangi oleh Mark Wahlberg tetapi agak kecewa pengeluaranya di box office. Selepas itu, Paramount mengeluarkan Bumblebee, sebuah prequel set ’80 an yang mendapat ulasan terbaik untuk filem Transformers aksi langsung, walaupun juga menjadi cicilan paling rendah dalam siri ini setakat ini. Bumblebee bagaimanapun telah menguntungkan semula untuk Paramount, yang nyata jelas mereka akan meneruskan filem itu melalui spin-off.

Manakala kita beralih pada Beast Wars: Transformer pula, pada yang masih tidak tahu mengenai Beast Wars, ianya merupakan Transformer yang boleh bertukar menjadi robot dan binatang gergasi. Pertama kali ditayangkan pada tahun 1996 dan menjadi salah satu siri animasi Transformer yang digemari kanak-kanak tahun 90-an. Jadi jika sesuatu yang baru untuk filem tersebut ada kait mengait dengan Beast Wars sudah semestinya ramai peminat makin menuju dengan tayanganya! Antara Transforemer Beast Wars yang dinantikan sudah semestinya seperti Optimus Primal, Grimlock, Rattrap, Cheetor, Rhinox, Waspinator, Tigatron dan banyak lagi!

Menurut Variety, kedua filem Transformer baru yang dalam pembangunan serentak ini ditulis oleh James Vanderbilt dan satu lagi adalah Joby Harold. Mereka turut menyatakan bahawa kedua filem itu akan mempunyai watak barisan pelakon baru dan juga pengarah baru sekiranya mereka akan membantu membuahkan hasil.

Walau apapun, Transformers kekal menjadi keutamaan bagi Paramount dan mereka berharap dapat melampirkan  keseluruhan perkembangan filem ini termasuk pengarah kepada skrip tidak lama lagi. Tidak dinafikan lagi berita Transformers akan diumumkan beberapa minggu akan datang. Tapi jangan harap Shia LaBeouf atau Megan Fox kembalilah pula ye.

Sumber: Variety

Tags: Beast WarsBumblebeefilemFilem Transformersparamountparamount pictureTransformersTransformers: The Movie
Previous Post

Cara-cara untuk LIVE STREAM gameplay PS4 di Youtube, Twitch & lain-lain!

Next Post

Garena mengumumkan EMPAT tournament Esports FREE FIRE dengan prize pool sebanyak RM28 JUTA!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Garena mengumumkan EMPAT tournament Esports FREE FIRE dengan prize pool sebanyak RM28 JUTA!

Garena mengumumkan EMPAT tournament Esports FREE FIRE dengan prize pool sebanyak RM28 JUTA!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd