Dying Light 2, sekuel kepada game open-world zombie action pada 2015 oleh penerbit Techland akan ditangguhkan. Techland mengumumkan berita itu awal pagi ini dan mengesahkan bahawa Dying Light 2 tidak akan dilancarkan mengikut jadual asal yang ditetapkan pada awal tahun ini.
Hey Survivors!
Here's the Dying Light 2 Development Update. pic.twitter.com/CKMkAe2eD7— Dying Light (@DyingLightGame) January 20, 2020
“Kami pada mulanya bertujuan untuk melancarkan Dying Light 2 pada Spring 2020, tetapi malangnya kami memerlukan lebih banyak masa untuk memenuhi visi kami. Keutamaan kami adalah untuk memberi pengalaman yang memenuhi standard kami dan harapan peminat.” – CEO Techland Pawel Marchewka.
Kenyataan di atas tidak menawarkan jangka waktu baru untuk pelancaran Dying Light 2, tetapi Marchewka berkata syarikat akan “berkongsi lebih banyak maklumat pada bulan-bulan akan datang.”
Survivors!
We are proud to announce that Dying Light 2 was announced as The Most Anticipated Game of 2020 in @GameDebate Global Game Awards 2019: https://t.co/4hIM4x3Q4G
Thank You for every vote! pic.twitter.com/KvTVjB5LOs— Dying Light (@DyingLightGame) December 13, 2019
Ia adalah bulan Januari yang sedih untuk gamers-gamers sekalian. Dengan delay kepada Final Fantasy 7 Remake dan Marvel’s Avengers oleh Square Enix, serta Cyberpunk 2077 oleh CD Projekt, bolehkah kami melihat keluaran judul-judul hebat ini dalam masa terdekat?
@gamersantaimy
Discussion about this post