MiHoYo telah melancarkan sebuah treler terbaru sebuah permainan berkonsepkan RPG Dunia Terbuka (Open-World) iaitu Genshin Impact yang sepatutnya akan dilancarkan tahun ini di PlayStation 4, PC, Telefon Pintar juga akan hadir dalam versi platform Nintendo Switch!
Treler terbaru ini menampilkan kawasan baru didalam permainan dan ‘Land Amidst Monoliths’. Jika pemain bergerak kearah selatan dari Mondstadt, pemain akan tiba di negara yang dikenali sebagai Liyue, dimana ianya merupakan rumah pada pelabuhan pedagang yang paling gah du Teyvat, Liyue Harbor. Kehadiran adepti dapat dilihat di kawasan itu, yang penduduk Liyue percaya akan dipimpin oleh Geo God, Rex Lapis.
Juga dilancarkan dalam treler Nintendo Switch yang menunjukkan permainan berjalan pada platform Switch. Bagaimanapun, ini hanya sinematik.
Genshin Impact merupakan permainan RPG dunia terbuka dimana pemain akan bermain sebagai partagonis muda yang digelar sebagai pengembara. Ketika permainan, pemain dapat mengembara pelbagai kawasan serta memanjat ibarat pakour di bangunan-bangunan dan lokasi baru. Pemain juga dapat berjumpa ramai kawan-kawan baru ketika mengembara sambil mencari ‘The Seven’ elemen ‘Anchors of the Seven’.
Bukan itu sahaja, pemain dapat melawan pelbagai jenis ‘moster’ dalam permainan dunia terbuka ini! Permainan ini sememangnya berinspirasikan Xenoblade Chronicles 2 dan Breath of the Wild bila sekali pandang, tetapi untuk model dan animasi lebih serupa dengan Honkai Impact 3rd.
Buat masa ini, pihak pemaju sedang mengumpul pra-pendaftaran untuk beta yang akan datang dan anda boleh mendaftar di laman web rasmi Genshin Impact. Juga, tiada lagi tarikh rasmi untuk kehadiran permainan ini, apa-apapun kita nantikan pelbagai lagi kemaskini permainan ini di masa yang akan datang.
@gamersantaimy
Discussion about this post