Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MID LANER terbaik LoL, Faker boleh menjadi pemain TERKAYA di Amerika Syarikat!

Beliau tetapi memilih untuk duduk di Korea.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 6, 2020
in Artikel, Berita, Esports, PC
0 0
0
MID LANER terbaik LoL, Faker boleh menjadi pemain TERKAYA di Amerika Syarikat!
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu “Mid Laner” terbaik dalam sejarah League of Legends, Lee “Faker” Sang-Hyeok mempunyai pilihan untuk berpindah ke Los Angeles dan bersaing bersama sebuah pasukan Amerika Syarikat dengan jumlah gaji pilihannya. -TETAPI! Pemain terkenal ini menolak tawaran tersebut.

Dalam sebuah rancangan Korea bernama Radio Star, Faker mendedahkan bahawa dia ditawarkan cek kosong daripada sebuah organisasi dari Amerika Syarikat. Ini bermaksud dia boleh menentukan berapa banyak wang yang akan dia peroleh. Apabila ditanya mengenai subjek itu, beliau berkata,

“Saya tidak melihat kontrak itu, tetapi begitulah kisahnya.”

Ini bermakna Faker boleh menetapkan rekod sebagai pemain dengan gaji tertinggi di League Championship Series (LCS).

Memandangkan Faker mempunyai reputasi sebagai pemain Esports terbaik pada dekad ini dan salah satu tokoh paling popular dalam “competitive gaming“, pasti ramai yang akan memberi tawaran ini. Faker tidak pernah bermain untuk mana-mana organisasi di luar Korea dan berita ini pasti mengejutkan ramai pihak jika Faker setuju.

Kontrak lama Faker bersama T1 telah berakhir pada 2019. Ini membuatkan ramai peminat tertanya-tanya apakah akan terjadi pada Faker pada musim akan datang. Faker dengan cepat menandatangani semula kontrak dengan T1 selama dua tahun lagi pada November lalu.

Faker mendedahkan bahawa dia tidak setuju dengan tawaran itu kerana dia tidak mahu mengecewakan hati peminatnya di Korea dan urusannya lebih mudah jika dia tinggal di sana. Melihat kedudukan Faker yang kukuh, dia berkemungkinan akan tetap bersama T1 untuk masa yang lama.

Tags: EsportsfakerLeague of legendsLolRiot Games
Previous Post

Review MSI GP65 Leopard 9SE yang Ringan dan Prestasi mengagumkan, anda harus membelinya!

Next Post

Logo terbaru PlayStation 5 telah didedahkan dan pasti akan hadir musim cuti tahun ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Logo terbaru PlayStation 5 telah didedahkan dan pasti akan hadir musim cuti tahun ini!

Logo terbaru PlayStation 5 telah didedahkan dan pasti akan hadir musim cuti tahun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd