Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan ASUS ZenBook 14 UM431D – Untuk Content Creator yang ON-THE-GO!

Tidak perlu banyak untuk sesuatu yang classy.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 8, 2020 - Updated on June 28, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Fakta & Trivia, Produk, Review
0 0
0
Ulasan ASUS ZenBook 14 UM431D – Untuk Content Creator yang ON-THE-GO!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri komputer riba ZenBook oleh ASUS telah menjadi francais yang sangat popular dengan pengguna dan memang disasarkan untuk “content creator” dan “consumer multimedia”. Kali ini ASUS telah mencuba sesuatu yang baru dengan memperkenalkan processor AMD Ryzen kepada siri premium tersebut. Komputer riba yang kami uji adalah ZenBook 14 UM431D dengan Ryzen 5. Bernilai RM2,999, ia menawarkan perkakasan yang bagus dan reka bentuk premium siri ZenBook . Jadi bagaimanakah prestasi komputer riba ini berbanding dengan harganya? Mari kita mulakan ulasan ASUS ZenBook 14 UM431D ini!

Rumusan Spesifikasi:

Model Asus ZenBook 14 (UM431D)
Display 14” LED-backlit Full HD (1920 x 1080) 16:9 slim-bezel NanoEdge anti-glare display
Processor AMD Ryzen R5-3500U
Graphics Integrated AMD Radeon RX Vega 8 Graphics
Storage 512GB PCIe x2 SSD
Memory 8GB LPDDR3 2133MHz
Ports
  • USB 3.1 Gen 2 Type-C (up to 10 Gbps)
  • USB Gen 2 Type-A (Up to 5Gbps)
  • USB 2.0
  • HDMI
  • MicroSD card reader
  • Audio jack
Wi-Fi and Bluetooth
  • Wi-Fi 5 (dual-band gigabit-class 802.11ac)
  • Bluetooth 4.2
Software Windows 10 Home (64bit)
Battery
  • 47Wh 3-cell lithium-polymer battery
  • 65W power adapter
Dimensions 323.5 x 211.85 x 15.9mm; 1.39kg
Audio
  • Quad-speaker audio system
  • ASUS SonicMaster stereo audio system oleh Harman Kardon
  • Array microphone dengan sokongan voice-recognition Cortana & Alexa
Keyboard and Trackpad
  • Backlit Chiclet single-color keypad
  • Precision touchpad & 5.65” FHD+ (2160 x 1080) Super IPS ScreenPad

Walaupun elemen reka bentuk asas adalah sama dengan siri ZenBook UX434, terdapat beberapa perbezaan halus secara keseluruhan. ZenBook UM431D menggunakan reka bentuk ergolift baru yang membolehkan komputer riba untuk secara automatik mengangkat papan kekunci ke kedudukan yang lebih selesa untuk menaip. Ia juga meningkatkan prestasi penyejukan dan audio.

Siri ZenBook baru ini kelihatan lebih nipis berbanding generasi sebelumnya dan beratnya hanya 1.39kg yang membuatnya sangat ringan. UM431D ialah quad-speaker audio system pertama untuk ZenBook dengan dua speaker pada kedua-dua belah badan yang disahkan sendiri oleh Harmon Kardon. Di bawah papan kekunci, anda dapat melihat touchpad dengan fingerprint scanner yang membaca cap jari dengan cepat dan tepat serta menyokong gesture.

 

1 of 2
- +

Mari kita berbincang tentang elemen “connectivity” pula. Di sebelah kiri, kita mempunyai HDMI connector, diikuti dengan port USB Type-A 3.1 (Gen 1) dan port USB Type-C 3.1 (Gen 1). Kemudian di sebelah kanan, terdapat USB Type-A 2.0 port, audio jack, dan SD card reader.

ZenBook 14 mempunyai paparan NanoEdge yang memberikan sehingga 86% screen-to-body ratio. Paparan NanoEdge juga membolehkan reka bentuk yang lebih padat, lantas menjadikan ZenBook 14 lebih kecil sebanyak 6% daripada model sebelumnya (UX430). Kualiti paparan amat bagus dengan kehadiran panel IPS walaupun harganya sebenarnya murah.

ASUS ZenBook 14 UM431 dikuasai oleh AMD Ryzen R5 3500U dengan 8GB RAM DDR4 dan juga dilengkapi dengan AMD Radeon RX Vega 8 Graphics. Dari segi prestasi untuk kerja harian seperti melayari internet, menulis dan membaca email, menonton apa-apa kandungan multimedia, dan lain-lain, komputer riba ini sangat lancar dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pemanasan atau lag. Walaupun ZenBook 14 tidak sesuai untuk “heavy gaming“, anda masih boleh bermain beberapa permainan video “casual” di komputer riba ini. Berikut adalah ujian benchmark kami:

 

1 of 2
- +

Penambahan feature 512GB SSD juga sesuatu yang bagus. Dari segi kualiti audio, ia datang dengan empat speaker Harmon Kardon yang memberikan pengalaman audio yang lantang dan cukup jelas untuk menonton filem atau mendengar lagu.

ZenBook 14 memuatkan bateri 47Wh dan menurut ASUS sendiri, ia boleh bertahan sekitar 12 jam. Dalam ujian pertama kami, hayat bateri tidaklah begitu mengagumkan tetapi dengan ujian selanjutnya, hayat bateri bertahan sekitar 7-8 jam yang sudah cukup baik untuk sebuah komputer riba seperti ini.

Untuk kesimpulan saya, adakah Zenbook 14 UM431DA dengan gabungan Ryzen 5 berbaloi dengan tanda harga RM2,999? Dalam ujian ini, saya sangat kagum dengan prestasi yang ditawarkan oleh peranti ini. Dengan reka bentuk yang bergaya “premium“, paparan “nano-edge“, prestasi gaming yang cukup bagus untuk pemain casual, dan hayat bateri yang lama, Zenbook 14 UM431DA adalah pilihan yang bagus bagi sesiapa yang mencari komputer riba yang canggih pada harga yang lebih rendah.

Pengguna yang berminat boleh ke kedai pengedar rasmi ASUS atau layari laman wes ASUS.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AsusASUS Zenbook 14 UM431DLaptopulasanZenBook
Previous Post

Square Enix mengumumkan MOBILE RPG baru Final Fantasy XV!

Next Post

NARUTO SHIPPUDEN: Ultimate Ninja STORM 4 akan berada di Nintendo Switch 23 April 2020!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Gundam Base World Tour Pop-up Malaysia Bermula – Alami Pengalaman Gunpla Serba Eksklusif!
Jom Singgah!

Gundam Base World Tour Pop-up Malaysia Bermula – Alami Pengalaman Gunpla Serba Eksklusif!

July 4, 2025
Minggu Terakhir: Capcom Summer Sale Tawar Diskaun Sehingga 87% di Steam dan 90% di Mobile!
Promosi

Minggu Terakhir: Capcom Summer Sale Tawar Diskaun Sehingga 87% di Steam dan 90% di Mobile!

July 4, 2025
Upin & Ipin Universe – Game Open World Ini Akan Tiba Pada 17 Julai!
Berita

Upin & Ipin Universe – Game Open World Ini Akan Tiba Pada 17 Julai!

July 4, 2025
Next Post
NARUTO SHIPPUDEN: Ultimate Ninja STORM 4 akan berada di Nintendo Switch 23 April 2020!

NARUTO SHIPPUDEN: Ultimate Ninja STORM 4 akan berada di Nintendo Switch 23 April 2020!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd