Kami sebagai manusia selalu periksa kesihatan, tapi bagaimana pula dengan teman gaming kesayangan, komputer riba kami? MSI telah memutuskan untuk memperkenalkan Health Check PERCUMA untuk komputer riba kami buat kali pertama.
Perkhidmatan Health Check premium ini disediakan secara eksklusif untuk pemilik MSI GT-series, GS-series dan GE-series. Pemilik yang berminat perlu untuk menempah timeslot untuk perkhidmatan ini. MSI akan menyediakan perkhidmatan percuma termasuk pembersihan kipas angin dan udara serta yang paling penting, diagnosis sistem. Kerja pembaikan yang diperlukan selepas diagnosis akan dilaksanakan mengikut warranty policy MSI Malaysia setelah persetujuan daripada pemilik laptop.
Untuk mengelakkan kemalangan yang tidak dijangka, pemilik diminta untuk back-up data mereka sebelum membawa komputer riba untuk diperiksa. Terdapat empat lokasi perkhidmatan yang disediakan di Malaysia dan maklumat tempoh disenaraikan di sini.
-
Highpoint Service Network – Subang Jaya, USJ
- Lokasi: No. 1, Jalan TP6, Sime UEP Industrial Park, 47600 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
- Tempoh: 9:00 AM hingga 4:00 PM / Isnin hingga Jumaat
-
Highpoint Service Network – Plaza Lowyat
-
Lokasi: Lot 4.20, 4th Floor Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
-
Tempoh: 10:00 AM hingga 5:00 PM / Isnin hingga Sabtu
-
-
Highpoint Service Network – Penang
- Lokasi: 1-2-55 Elite Avenue, Jalan Mayang Pasir 3, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang
- Tempoh: 9:00 AM hingga 4:00 PM / Isnin hingga Jumaat
-
Highpoint Service Network – Johor Bahru
- Lokasi: No. 17, Jalan Sri Plentong 3, Taman Perindustrian Sri Plentong, 81750 Masai, Johor Bahru
- Tempoh: 9:00 AM hingga 4:00 PM / Isnin hingga Jumaat
Pelbagai hadiah percuma terhad disediakan untuk tempahan awal, jadi sila daftar sekarang! Pemilik MSI yang berminat boleh mendaftar dengan link di bawah:
@gamersantaimy
Discussion about this post