Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game mobile Devil May Cry: Pinnacle of Combat ditangguhkan hingga 2020!

Tetapi demo teaser baru telah diumumkan.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 5, 2019
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Game mobile Devil May Cry: Pinnacle of Combat ditangguhkan hingga 2020!
Share on FacebookShare on Twitter

Permainan mobile Devil May Cry: Pinnacle of Combat sepatutnya dikeluarkan pada tahun ini tetapi malangnya telah ditangguhkan hingga 2020. Ini adalah permainan video rasmi oleh CAPCOM yang terlibat dalam pembangunan dan QA untuk mengekalkan integriti siri serta dibangunkan oleh YunChang Game. Selain itu, Devil May Cry: Pinnacle of Combat juga akan mengadakan ujian beta tidak lama lagi dan berikut adalah teaser yang baru sahaj dikeluarkan hari ini.

Permainan mobile ini mewarisi banyak mekanik pertempuran francais Devil May Cry seperti kombo udara, abiliti dan lain-lain untuk pemain temui. Untuk mengekalkan butiran yang peminat semua kenal, permainan ini juga mempunyai banyak watak klasik, kawasan, senjata dan bos dari judul-judul sebelum. Devil May Cry: Pinnacle of Combat adalah permainan “stage by stage” dan pemain boleh mengelak, menyerang, dan berusaha capai kombo MARVELOUS seperti dalam permainan konsol.

Devil May Cry: Pinnacle of Combat mempunyai jalan cerita yang hampir sama dengan francais Devil May Cry asal! Seorang manusia wanita telah jatuh cinta dengan seorang iblis lalu melahirkan kembar, Vergil dan Dante. Ibu Vergil dan Dante telah dibunuh dalam peperangan ketika mereka masih kecil dan selepas peristiwa ini, Dante mula membenci bahagian iblis dalam dirinya dan mula memberontak kaum iblis. Vergil membenci dirinya kerana lemah, jadi dia berusaha untuk mencapai lebih kuasa dengan memihak kepada kaum iblis. Akibatnya, keinginan mereka berlaga antara satu sama lain dan kini mereka menjadi musuh.

 

1 of 3
- +

Adakah anda masih HYPE untuk game mobile Devil May Cry ini? Saya berharap game ini sama hebat macam siri utama. Di samping itu, anda boleh rujuk artikel lama kami untuk maklumat dan lebih banyak screenshot! Ini pula adalah pernyataan rasmi dari laman rasmi Devil May Cry: Pinnacle of Combat!

 

Sumber – Gamerbraves

Tags: CapcomDevil May CryDevil May Cry: Pinnacle of CombatMobile
Previous Post

The Outlast Trials sudah rasmi! Game survival co-op horror terbaru dalam siri Outlast!

Next Post

SEA GAMES Esports 2019 telah pun bermula hari ini bersama 6 Pingat Emas bakal direbutkan Atlet kebangsaan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
SEA GAMES Esports 2019 telah pun bermula hari ini bersama 6 Pingat Emas bakal direbutkan Atlet kebangsaan!

SEA GAMES Esports 2019 telah pun bermula hari ini bersama 6 Pingat Emas bakal direbutkan Atlet kebangsaan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd