Masih ingat sebelum ini kami telah mereview produk dari vivo S1 dalam bulan Julai yang lalu? Iya! Kali ini kami sekali lagi diberikan peluang untuk mereview produk dari vivo Malaysia yang baru sahaja melancarkan siri S1 terbaru mereka sebentar tadi iaitu Vivo S1 Pro yang disediakan dua warna menarik Fancy Sky dan Knight Black. Dengan spesifikasi yang telah dinaikkan tarafnya dari siri yang lalu, bersama reka bentuk yang lebih mengagumkan, jom saksikan review penuh kami untuk vivo S1 Pro terbaru!
Sebelum tu jom usha video unboxing vivo S1 Pro ini dahulu;
Mengikuti trend terkini, vivo sudah semestinya tidak mahu ketinggalan dengan spesifikasi yang hebat untuk diberikan kepada pengguna. Jadi tanpa melengahkan masa lagi, jom kita lihat sendiri spesifikasi penuh untuk vivo S1 Pro.
Spesifikasi hebat melangkaui batas!
Dengan pemproses Octa-core Qualcomm Snapdragon sudah pastinya telefon ini memberikan penggerakan yang lancar. Dengan 8GB Ram yang tersedia untuk pengguna menggunakan beberapa aplikasi sekali gus tanpa sebarang lagging dan 128GB memori yang membenarkan anda memuat turun pelbagai aplikasi termasuk permainan kegemaran yang menggunakan memori tinggi! Rasa tidak mencukupi lagi? Jangan risau, memori anda boleh diupgrade sehingga 256GB! Wow cukup besar untuk pengguna memuanturun dan menyimpan pelbagai aplikasi!
Bukan setakat spesifikasi, Reka Bentuknya turut menawan!
Seperti yang disebut diatas tadi, vivo S1 Pro mempunyai dua warna menarik iaitu Fancy Sky dan Knight Black. Di tangan kami yang diterima adalah warna yang comel Fancy Sky. Reka bentuk keseluruhan telefon ini mengambil inspirasi dari perhiasan dan istana diraja dengan bentuk Diamond yang segar menampakan ciri unik di telefon ini. Kami memang kagum dengan warna ini terutama makin menyerlah dalam kegelapan!
Pengguna pasti akan berpuas hati dengan besar 6.38 inc bersama paparan Super AMOLED bersama 90% screen-to-body ration nya. TIdak habis disitu, resolusi setinggi 1080P dengan warna harmoni, anda pasti melihat video yang cantik sekali lepas ini!
Tiada lagi button finger scanner, hanya dengan 1 sentuhan imbasan jari, bersama animasi membuka lock telefon anda, nyata menampakkan perbezaanya! AMOLED bukan setakat biasa-biasa, dengan ciri pencahayaan dirinya, segala notify mesej atau peringatan akan nampak walaupun skrin anda dilock.
Prestasi hebat termasuk Permainan dimain dengan lancar!
Ini menjadi suatu kewajiban untuk kami mencuba sendiri beberapa permainan terutama yang meggunakan kualiti prestasi yang tinggi, jadi kami mencuba sendiri permainan PUBG Mobile dan Call of Duty Mobile, kedua permainan ini sudah pastinya memerlukan pelancaran yang hebat tanpa sebarang Lagging. Nyata, vivo S1 Pro tidak mengecewakan kami!
Memang susah nak sampai tahap lagging, kerana di peringkat sistem, Vivo Multi-Turbo menawarkan suite pengoptimum yang tersangat komprehensif. Ia meningkatkan prestasi utama, mempercepatkan tindak balas permainan dan mengekalkan telefon anda dalam tahap kesejukan yang baik.
Bukan itu sahaja, sama seperti vivo S1, Game Center sebuah aplikasi yang telah disediakan didalam telefon untuk anda mencipta sendiri arena permainan anda. Sentiasa lihat prestasi CPU, GPU dan suhu data anda supaya anda sentiasa berwaspada dengan tahap penggunaan anda. Ultra Game Mode pula membantu anda untuk memilih tetapan seperti menghalang sebarang notifikasi masuk ketika anda sedang bermain game! Memang puas hati dengan kesemua ciri gaming ni kan! Lagi satu yang menarik, anda boleh menukar suara anda dengan Voice Changer! Tukar suara anda jadi ala-ala koboi atau kanak-kanak bila-bila masa anda inginkan. Ini ciri yang membawa keseronokan kepada permainan anda sambil melindungi privasi anda.
Kalau rasa bateri dah nazak dan memerlukan pengecasan, jangan risau kerana vivo S1 Pro menggunakan bateri 4500mAh (TYP) yang membantu anda bermain dengan lebih lama, dan iya, kami mencuba bermain satu permain sehingga 5 jam, bateri masih ada okay! Mempunyai pengecasan Fast Charging, jadi jika anda nak charge telefon dalam waktu yang singkat pun tiada masalah! Kabel pengecasan menggunakan antara muka Jenis Type-C.
Satu lagi ciri menarik adalah Dark Mode dimana ianya menawarkan palet warna gelap yang direka khas untuk kebanyakan aplikasi utama. Aktifkanya secara automatik antara masa tertentu, untuk menikmati pengalaman tontonan yang lebih selesa pada waktu malam tiba.
Kamera terletak dengan reka Diamond bersama Selfie beresolusi tinggi, memang menarik lah!
Kamera utama yang dilengkapi 48MP mempunyai sensor ½ inch dan disokong aperature f/1.8 memang memberi resolusi yang superb dengan sensitiviti pencahayaan yang menarik. Tak kisah lah dari siang ke malam ke, pencahayaan tangkapan gambar anda pasti menarik. Kami dah cuba dah dalam versi gelap di PMCO Fall Split Global Final 2019 hujung minggu lalu, lihat hasilnya di galeri bawah ini;
Ada lagi selain itu, Kamera luas (Wide Angle) dan Close up pun apa kurangnya, dengan super-wide angle 8MP yang membenarkan anda meluaskan frame hingga 120 degree, gambar keluasan anda dan tangkapan yang sangat tajam tidak perlu dirisaukan lagi, hasilnya memang memuaskan! Pulak ada close up Bokeh, anda tangkap gambar yang paling kecil pun tidak pecah dan masih cantik ok! Jadi siapa yang suka close up tangkap gambar makanan tu boleh usha sini;
Ada lagi, pelbagai pilihan seperti AI sticker, Slo-mo dan banyak lagi untuk anda merakam video. Video anda, memang akan jadi hasil yang baik, kualiti videonya agak mengagumkan!
Kamera selfie pun bukan sebarangan okay! Dilengkapi dengan 32MP, anda bakal menangkap gambar anda dengan jelas. Kalau rasa tidak berpuas hati, anda boleh mengunakan AI Face Beauty atau posing maut dengan panduan yang disediakan untuk menangkap gambar ala-ala model instagrammers~ Banyak lagi kemudahan yang disediakan termasuk filter-filter yang menarik anda boleh gunakan tidak kiralah selfie atau pun kamera utama. Jangan tunggu lama-lama dan jom bergambar! Jom lihat galeri selebihnya gambar dari S1 Pro ini;
Kesimpulanya~
Jadi apa tunggu lagi? Vivo S1 Pro berada di pasaran bermula 7 Disember ini dengan harga RM1,199.00 sahaja!! Selain itu S1 Pro Superday juga akan dilansungkan pada 7 Disember ini di Central i-City dengan pelbagai cabutan bertuah dan tebusan rebate untuk didapati! Memuaskan betul tak? Jadi jangan lupa untuk dapatkan telefon ini di store rasmi vivo, kedai telekomunikasi tempatan, atau secara dalam talian melalui Lazada atau Shopee.
Dan jangan lupa untuk layari web rasmi Vivo dan Facebook mereka juga okay!
@gamersantaimy
Discussion about this post