BANDAI NAMCO Entertainment Asia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa SD Gundam G Generation Cross Rays telah dilancarkan hari ini untuk PlayStation 4, Nintendo Switch dan STEAM untuk PC di Malaysia. Sebuah trailer baru pun telah dikeluarkan untuk meraikan pelancaran permainan yang memberi pemandangan pendek tentang sistem pertempuran SD Gundam G Generation Cross Rays, yang menjadi salah satu tarikan dari siri “G Generation“.
SD Gundam G Generation Cross Rays terdiri daripada lebih 30 karya dari siri “Mobile Suit Gundam Wing“, siri “Mobile Suit Gundam SEED“, siri “Mobile Suit Gundam 00” dan siri “Mobile Suit Gundam: Iron-Blooded Orphans“. Judul terbaru dalam siri “G Generation” ini membolehkan pemain mengalami kisah beberapa siri asal Gundam melalui 4 universe!
Adegan pertempuran baru telah digambarkan dalam grafik 3D berdefinisi tinggi dan dinamik. Kumpulkan watak dan mecha kegemaran anda dari pelbagai siri Mobile Suit Gundam dan bina pasukan elit sendiri melalui sistem permainan yang unik ini.
Trial Version untuk PlayStation 4 kini boleh didapati! Selain itu, Save Data dari Trial Version boleh dipindahkan ke versi permainan penuh! Dalam Trial Version, anda boleh memainkan “STAGE 01” dari 4 siri iaitu “Mobile Suit Gundam Wing Dual Story -G-Unit-”, “Mobile Suit Gundam SEED ASTRAY”, “Mobile Suit Gundam 00F“, “Mobile Suit Gundam Iron-Blooded Orphans Gekko“. Berikut adalah link di PlayStation Store Malaysia.
SD Gundam G Generation Cross Rays kini boleh didapati sekarang untuk PlayStation 4, Nintendo Switch dan STEAM untuk PC. Untuk maklumat lanjut mengenai game dari BANDAI NAMCO Entertainment Asia sila lawati laman web rasmi mereka.
UPDATE
Terdapat beberapa bug yang dilaporkan dalam versi STEAM SD Gundam G Generation Cross Rays. Bug tersebut telah dibaiki dengan update patch, dan pemain diingatkan untuk memulakan semula STEAM Client mereka untuk memuat turun update.
Dalam versi STEAM, masalah berikut telah disahkan dan dibaiki;
- Nilai damage tidak ditunjukkan dengan betul.
- Game akan crash ketika melihat profil.
- Tetapan konfigurasi konfigurasi tidak ditunjukkan dengan betul.
- Penambahbaikan lain dalam kestabilan operasi.
@gamersantaimy
Discussion about this post