Di siaran State of Play, Sony Interactive Entertainment memperkenalkan dua DualSense edisi terhad yang diinspirasikan daripada Grand Theft Auto VI (GTA VI/6).
Kolaborasi ini datang dalam dua rekaan berbeza: Black Limited Edition dan White Limited Edition. Kedua-duanya akan dilancarkan di Malaysia serentak dengan pelancaran game pada 19 November 2026, pada harga RM419 bagi setiap satu.
Untuk menjadikannya lebih istimewa, Sony menambah kemasan berkilau dengan kesan warna yang berubah mengikut pencahayaan bagi menggambarkan suasana matahari terbenam di Vice City. Kedua-duanya turut menampilkan corak pokok kelapa yang diukir terus pada bahagian pemegang alat kawalan, lengkap dengan logo rasmi Grand Theft Auto VI.


Bagi para gamer Malaysia yang ingin mendapatkannya lebih awal, anda tidak perlu menunggu lama. Sesi pra-tempah akan dibuka pada minggu hadapan, iaitu pada Khamis, 10 September jam 10:00 pagi.
Kedua-dua edisi ini akan ditawarkan dalam kuantiti terhad melalui PlayStation Authorised Dealer serta kedai-kedai game tempatan terpilih di seluruh negara.









Discussion about this post