Capcom telah mendedahkan lebih banyak maklumat tentang expansion Monster Hunter Wilds: Ascendance. Diumumkan semasa State of Play, expansion ini akan menambah perburuan Master Rank, pulau terapung di udara, serta mekanik combat serba baharu apabila dilancarkan pada tahun 2027.
Bagi pemain yang merancang misi seterusnya, berikut adalah ringkasan segala maklumat yang didedahkan setakat ini.
Jalan cerita Ascendance bermula beberapa tahun selepas tamatnya kempen utama dalam base game dan pertembungan dengan Arkveld. Keamanan di Forbidden Lands musnah apabila seekor Elder Dragon gergasi, Lao-Shan Lung, muncul secara tiba-tiba dan memusnahkan kawasan tersebut, lalu memaksa Expedition Team bertindak pantas.
Selepas kemusnahan itu, pihak guild membina kubu pertahanan Madoi Stronghold sebagai persiapan menghadapi naga gergasi tersebut. Lama-kelamaan, kabus tebal yang menyelubungi ruang udara Wyveria mula menghilang dan mendedahkan sebuah kawasan baharu yang tersembunyi yang dinamakan Skybound Eyrie. Kawasan baharu ini terdiri daripada pulau-pulau yang terapung tinggi di atas awan, lengkap dengan runtuhan purba, kawasan landskap hijau, serta hidupan yang belum pernah ditemui.

Expansion ini turut menampilkan watak-watak sedia ada yang semakin matang. Nata, watak Keeper muda yang diperkenalkan dalam base game, telah menjadi seorang hunter terlatih dan bergerak bersama pasangannya daripada kaum Wudwud, Bangard. Bersama, mereka akan membantu membimbing para pemain menyiasat perubahan ekologi aneh yang berlaku di ruang udara tersebut.

Expansion ini memperkenalkan tahap kesukaran Master Rank bersama ancaman baharu:
- Araketa (The Jetstream Wyvern): Seekor Bird Wyvern bersaiz besar yang bergerak dan berburu dalam kumpulan di udara. Raksasa ini menggunakan organ sayap khas untuk melepaskan tembakan angin bertekanan tinggi, membolehkannya meluncur di langit pada kelajuan luar biasa. Ketua kumpulan akan mengeluarkan bunyi khas untuk menyelaraskan serangan, memaksa para hunter berdepan beberapa sasaran udara serentak.

- Gundoraja (The Black Sky’s Wrath): Seekor Elder Dragon gergasi berbentuk ular/naga yang mengawal petir dan awan ribut di Skybound Eyrie.

- Lao-Shan Lung: Elder Dragon sebesar gunung membuat kemunculan semula, menjadi sebab utama kepada jalan cerita baharu ini.

- Ekosistem yang Berkembang: Habitat Guardian Monsters merebak ke wilayah yang lebih luas, manakala lebih banyak Elder Dragon mula muncul akibat anomali di ruang udara.
Bagi membantu pemain menghadapi cabaran Master Rank, Capcom memperkenalkan satu peralatan baharu yang dipasang pada Slinger, iaitu Boost Bracer.
Melalui gameplay agresif, hunter boleh mengumpul tenaga untuk mengaktifkan Boost Actions. Menggunakan abiliti Boost Driver akan memberi kuasa sementara yang meluaskan moveset, membuka kombo senjata baharu, menambah baik pergerakan, serta menonjolkan lagi keunikan dan kekuatan bagi kesemua 14 jenis senjata.

Untuk bermain expansion Ascendance, pemain memerlukan base game Monster Hunter Wilds. Capcom mengesahkan bahawa pemain perlu mencapai Hunter Rank 40 (HR 40) dan menyelesaikan misi “Awaking From a Dream” untuk membuka kandungan Master Rank.
Base game tersedia sekarang di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC (Steam) manakala versi Switch 2 turut sedang dibangunkan.









Discussion about this post