Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 3, 2026
in Artikel, Berita, Microsoft, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, Preview, PS5, RPG, Steam, Turn-Based, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu FINAL FANTASY RESONANCE – Pandang Pertama Prologue & Dungeon Termasuk Combat
Share on FacebookShare on Twitter

Merupakan versi premium kepada game mobile FINAL FANTASY BRAVE EXVIUS, kami berpeluang bermain FINAL FANTASY RESONANCE buat kali pertama dengan mencuba bahagian Prologue dan meneroka sebuah dungeon awal. Walaupun jalan ceritanya tidak banyak didedahkan, sesi hands-on ini memberikan gambaran yang jelas tentang cara mekanik combat berfungsi serta betapa cantiknya visual game ini semasa beraksi.

Mekanik Stagger, Pecahkan Pertahanan & Rebut Extra Turn

Combat menggunakan sistem turn-based klasik berasaskan menu, di mana kita memilih serangan asas, skill, dan tindakan mengikut keperluan situasi.

Daripada spam serangan yang paling kuat, game ini mendorong kita untuk memberi tumpuan kepada kelemahan musuh dan merancang dengan teliti masa terbaik untuk menggunakan kebolehan.

Salah satu elemen asas dalam combat ialah sistem Break dan Stagger. Menyerang kelemahan musuh akan mengisi gauge mereka sehingga pertahanan musuh pecah (break), membuka peluang untuk kita mendapat “extra turn” dan menghasilkan damage yang lagi besar.

Kitaran “sasar kelemahan, stagger musuh, dapatkan tindakan bonus, dan melancarkan serangan Resonance yang kuat” memberikan rasa taktikal sebenar, bukan sekadar menunjukkan angka damage semata-mata.

Pemain perlu sentiasa memikirkan skill mana yang patut digunakan, cara memecahkan pertahanan musuh, dan cara terbaik untuk menggunakan ruang Break tersebut.

Memanggil Wira FINAL FANTASY Melalui Sistem Resonance

Satu lagi ciri menonjol ialah sistem “Resonance”. Pemain boleh melengkapkan “Visions”, iaitu jelmaan wira-wira ikonik daripada siri FINAL FANTASY. Watak-watak ini akan bertarung bersama ahli party kita, membawakan set skill dan abiliti unik mereka ke medan lawan.

Setakat ini, senarai watak yang disahkan termasuklah Cloud, Warrior of Light, Cecil, Bartz, Terra, Squall, Zidane, Tidus, dan ramai lagi.

Sepanjang sesi main, kami sempat menguji abiliti Ultimate bagi Cloud, Warrior of Light, dan Nodius… dan animasi bagi serangan mereka memang antara tarikan paling hebat dalam demo tersebut.

Setiap watak mempunyai sinematik yang unik dan memukau, lengkap dengan sudut kamera dramatik, kesan visual yang gempak, serta animasi gerakan yang gah, menjadikan setiap serangan terasa lagi hebat.

Khususnya, serangan Ultimate Cloud terasa amat berimpak dan memuaskan; Warrior of Light pula menampilkan aura megah dan mulia daripada seorang wira klasik; manakala Noctis melancarkan serangan memukau dengan pelbagai kesan visual khas.

Melihat abiliti Ultimate ini beraksi boleh dikatakan antara pengalaman yang paling susah dilupakan dalam sesi uji cuba ini.

Gaya ‘Cinematic Pixel’

Rupa visual merupakan satu lagi tarikan. FINAL FANTASY RESONANCE ialah game pertama dalam francais ini yang membawakan gaya visual HD-2D, menggabungkan sprite watak pixel-art retro dengan persekitaran 3D, pencahayaan moden, depth of field, serta sudut kamera yang dinamik.

Pendekatan ini digelar oleh Square Enix sebagai “Cinematic Pixel.”

Gaya visual ini benar-benar menyerlah ketika berlawan. Sprite watak mengekalkan pesona nostalgia RPG klasik, namun pergerakan kamera berubah secara dinamik sebaik sahaja pertarungan bermula atau skill khas diaktifkan.

Ia memang nampak luar biasa terutamanya ketika abiliti Ultimate dilancarkan, di mana sprite 2D, latar belakang 3D, pencahayaan, dan kesan visual bergabung untuk membentuk satu babak sinematik mini.

Meneroka Dungeon

Demo ini turut mempunyai segmen penerokaan dungeon. Berbanding aksi combat yang lebih rancak, bahagian ini memberi tumpuan kepada meneroka kawasan persekitaran dan bertembung dengan musuh di sepanjang perjalanan. Bahagian ini mengekalkan rentak RPG tradisional, jadi peralihan antara meneroka dan bertarung terasa semula jadi.

Walaupun kawasan yang boleh dimainkan agak terhad, ia memberikan gambaran agak jelas bagaimana persekitaran HD-2D membantu membina suasana pengembaraan FINAL FANTASY klasik yang lebih atmosfera.

Pendapat

Secara keseluruhan, sesi pratonton ini bertujuan untuk menunjukkan gameplay dan gaya visual FINAL FANTASY RESONANCE.

Oleh kerana kandungan jalan cerita dalam demo ini agak terhad, masih terlalu awal untuk menilai ke mana arah tuju naratif. Walau bagaimanapun, sistem combat sudah menunjukkan potensi besar dengan menggabungkan arahan turn-based klasik, kelemahan elemen musuh, mekanik Break, extra turn, serta skill Resonance..

Seni HD-2D, visual watak, serta animasi Ultimate yang serba hebat juga menjadi tarikan utama dalam demo ini. Bagi peminat setia francais ini, melihat watak-watak kegemaran dihidupkan semula dalam gaya HD-2D sambil melancarkan serangan dahsyat merupakan antara perkara yang paling menarik tentang game ini.

Final Fantasy Resonance akan dilancarkan pada 22 Oktober 2026. Game ini akan tersedia di PlayStation 5, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, Xbox Series X|S, serta PC (melalui Steam dan Microsoft Store). Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Final Fantasy Resonancepreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan
Berita

Jin Sakai Kembali Dalam Ghost of Yōtei; Mod Roguelike ‘Most Wanted’ Dijelaskan

September 3, 2026
[Eksklusif] Keluar Dari Persaraan Demi Sahabat, Kupasan Mendalam The Witcher 3: Songs of the Past
Eksklusif

[Eksklusif] Keluar Dari Persaraan Demi Sahabat, Kupasan Mendalam The Witcher 3: Songs of the Past

September 3, 2026
[Eksklusif] Action RPG TARAE: The Unbound Mempunyai 80 Boss Unik, Semuanya Tiada Rekaan Kitar Semula
Eksklusif

[Eksklusif] Action RPG TARAE: The Unbound Mempunyai 80 Boss Unik, Semuanya Tiada Rekaan Kitar Semula

September 3, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd