Gergasi modding Nexus Mods telah mengambil alih SteamDB, iaitu pangkalan data bagi statistik game, sejarah update, dan data harga di dalam platform Steam.
Maka, tamatlah perjalanan SteamDB selama 13 tahun sebagai usaha bebas, susulan pengumuman oleh Pavel “xPaw” Djundik (pengasas bersama) yang menyatakan bahawa menguruskan platform tersebut secara seorang telah menyebabkan beliau mengalami “burnout”.

SteamDB dilancarkan pada tahun 2013 oleh Djundik bersama pengasas bersama, Marlamin, sebagai projek sampingan untuk membantu para pemain memahami ekosistem Steam milik Valve dengan lebih jelas. Lama-kelamaan, ia berkembang menjadi platform yang digunakan oleh berjuta gamer, pembangun game , dan penerbit di seluruh dunia.
Ramai gamer sering bergantung pada laman ini untuk menyemak rekod harga terendah dalam mata wang tempatan, memantau jumlah pemain serentak , serta mencari update tersembunyi di bahagian backend.

Namun, apabila katalog game di Steam bertambah beribu-ribu setiap tahun, usaha untuk memastikan platform ini terus beroperasi dan sentiasa dikemas kini menjadi satu komitmen sepenuh masa yang amat memenatkan, apatah lagi ia hanya dibiayai melalui sumbangan komuniti.
Djundik menjelaskan bahawa menguruskan platform sebesar ini secara seorang diri telah memberi tekanan mental yang berat. Daripada membiarkan pangkalan data tersebut terabai atau menutupnya, beliau mula mencari rakan kerjasama seawal tahun ini untuk mengambil alih pengurusan.
Dalam mesej perpisahan, beliau akan membantu Nexus Mods sepanjang beberapa bulan akan datang bagi memastikan proses penyerahan berjalan lancar.

Nexus Mods (dimiliki oleh syarikat media dan teknologi Chosen) menyatakan bahawa SteamDB akan mengekalkan jenama sedia ada, laman web, serta identiti bebasnya.
Ketua Nexus Mods, Victor Folmann, memberi jaminan bahawa segala fungsi, alat, dan pengalaman tanpa iklan yang ditawarkan di SteamDB akan kekal percuma.
Selain memastikan server berjalan lancar, Nexus Mods berhasrat memanfaatkan data teknikal yang dimiliki SteamDB. Bagi komuniti modder, isu game update sering menjadi masalah kerana patch baharu biasanya akan menyebabkan mod yang dipasang menjadi rosak atau tidak berfungsi.
Nexus Mods merancang untuk menggunakan arkib data versi game dan fail milik SteamDB bagi membolehkan alat modding mereka mengesan versi game secara automatik. Ini akan memudahkan pemain menguruskan mod serta melakukan proses roll back (kembali ke versi lama) sekiranya berlaku isu ketidakserasian akibat patch baharu.

![[Eksklusif] Keluar Dari Persaraan Demi Sahabat, Kupasan Mendalam The Witcher 3: Songs of the Past](https://cdn.gamersantai.com/2026/09/The-Witcher-3-Songs-of-the-Past_INTERVIU_FI-1-350x250.jpg)
![[Eksklusif] Action RPG TARAE: The Unbound Mempunyai 80 Boss Unik, Semuanya Tiada Rekaan Kitar Semula](https://cdn.gamersantai.com/2026/09/TARAE-The-Unbound_INTERVIU_FI-350x250.jpg)

![[Eksklusif] Action RPG TARAE: The Unbound Mempunyai 80 Boss Unik, Semuanya Tiada Rekaan Kitar Semula](https://cdn.gamersantai.com/2026/09/TARAE-The-Unbound_INTERVIU_FI-75x75.jpg)




Discussion about this post