Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen – Ujian Di Dunia Berais Norgan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 26, 2026
in Action, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Nintendo Switch 2, PC, Preview, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen – Ujian Di Dunia Berais Norgan
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas meluangkan masa sejam mencuba Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen di PS5, satu perkara yang sangat jelas serta-merta adalah ini merupakan expansion yang besar, bukannya sekadar DLC sampingan.

Sesi hands-on kami hanya merangkumi bahagian awal rantau baharu Norgan, namun pengalaman singkat itu sudah cukup untuk meninggalkan tanggapan yang sangat positif. Apabila melawan Yeti dan Fallen Dragon, sistem combat daripada base game nampaknya dibawa ke tahap yang jauh lebih mencabar.

Pasukan pembangun mengesahkan bahawa perkara ini memang dirancang, sambil menyatakan bahawa versi demo ini hanya mempamerkan misi-misi pengenalan Norgan.

Memandangkan jalan cerita utama Norgan mengambil masa sekitar 15 hingga 20 jam serta 12 dungeon baharu yang ditambah ke dalam base game (setiap satu mengambil masa 30 minit hingga sejam), pemain boleh menjangkakan lebih daripada 25 jam kandungan serba baharu. Berikut adalah pengalaman kami.

Dunia Berais yang Mengubah Cara Meneroka dan Bertarung

Sesi uji cuba ini membawa kita terus ke Norgan, dan perubahan suasana drastik dapat dirasakan serta-merta. Jika base game sebelum ini dipenuhi padang hijau, runtuhan purba, dan dataran yang luas, Norgan pula diselubungi ais dan salji.

Kawasan ini penuh dengan lembah beku, laluan gunung yang sempit, serta ribut salji yang terasa lebih mencabar dan berbahaya berbanding apa yang ada dalam game asas. Ini juga bukan perubahan visual semata-mata. Laluan beku dan ais memberi kesan terhadap cara pemain meneroka dan bertarung.

Ujian Melawan Yeti dan Fallen Dragon

Kami bertembung dengan dua boss sepanjang sesi ini: Yeti dan Fallen Dragon.

Gaya lawan Yeti sangat mirip dengan Cyclops; ia mempunyai dua taring gergasi, mengayun senjata besar, dan tidak pernah berundur daripada pertarungan. Serangannya yang paling menonjol ialah hembusan ais ketika dalam enrage-mode, yang turut berfungsi sebagai serangan utamanya.

Sama seperti dalam base game, pemain perlu memerhatikan kelemahannya dan menyelaraskan masa untuk mengelak. Kami terjumpa satu helah yang berguna: apabila mula mengecas hembusan ais tersebut, anda boleh memanjat dan berpaut pada bahagian belakangnya.

Hembusan itu akan pergi ke bahagian bawah tanpa mencederakan pemain, menjadikan pertarungan ini agak mudah sebaik sahaja kita menggunakan trik tersebut.

Fallen Dragon pula menampilkan cabaran yang berbeza. Ia jauh lebih agresif dan sentiasa meletakkan pemain dalam tekanan. Ia kerap menyeru minion sepanjang pertarungan, lantas memaksa kita membahagikan tumpuan antara naga tersebut dan musuh-musuh kecil yang mengerumuni kawasan sekitar.

Serangannya juga merangkumi kawasan yang sangat luas, menghukum sesiapa sahaja yang tersilap posisi. Bahagian paling menarik dalam pertarungan ini ialah mekanik “rebirth” miliknya: di pertengahan pertarungan, naga ini akan hancur berkecai sebelum bercantum semula dengan corak serangan serba baharu.

Ini membawa pertarungan ke fasa kedua yang jauh lebih susah.

Secara keseluruhan, kedua-dua boss ini menunjukkan hala tuju Dark Arisen. Yeti bertindak sebagai ‘penjaga pintu’ semasa awal permainan… direka untuk mengajar pemain tentang mekanik baharu tanpa memberi hukuman keterlaluan.

Sebaliknya, Fallen Dragon memberikan gambaran tentang apa yang bakal dihadapi nanti… sebagai satu cabaran yang tidak memaafkan, dan dibina untuk menguji kemahiran yang telah dikumpul oleh pemain. Ini petanda baik bahawa tahap kesukaran Norgan benar-benar mencabar, dan tidak memberi kemenangan mudah buat pemain veteran.

Senjata Unik Melalui Sistem Relic

Kami memainkan demo ini menggunakan kelas Fighter, yang dikatakan adalah medium terbaik untuk melihat bagaimana sistem Relic baharu berfungsi. Di Norgan, senjata tidak terus sedia untuk digunakan apabila ia gugur.

Sebaliknya, ia diperoleh sebagai “unidentified Relic”; iaitu hasil rampasan daripada musuh yang tewas atau tersembunyi di sekitar peta yang perlu dinilai (appraised) terlebih dahulu sebelum kita boleh memakainya.

Satu senjata yang menarik perhatian kami ialah Barbaric Axe, iaitu sejenis one-handed axe. Memberikan senjata ini kepada Fighter mengubah terus cara kelas ini dimainkan. Dia sekarang mempunyai hayunan yang lebih pantas dan mobiliti yang lebih baik, sambil mengekalkan impak pukulan yang sama kuat bagi setiap serangan.

Ini adalah contoh awal yang membuktikan maksud pembangun apabila mereka menyatakan bahawa sistem Relic akan memperkenalkan jenis senjata baharu yang disesuaikan khas untuk setiap kelas, bukannya naik taraf statistik pada senjata yang direka semula.

Pendapat

Selepas meluangkan masa sejam di PS5 dan sekitar 15 minit di Switch 2, kami berpendapat bawah Dark Arisen tidak menumpang kejayaan base game, sebaliknya usaha membina dan meningkatkan pengalamannya.

Sekadar 15 minit di Switch 2 terlalu singkat untuk membuat kesimpulan, tetapi masa itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa pengalaman game ini berjaya diterjemahkan dengan baik pada expansion tersebut dengan suasana yang berais, pertarungan boss yang adil dan adakalanya perit, serta mekanik Relic yang mengubah cara setiap kelas dimainkan.

Expansion ini akan datang pada 9 Oktober 2026 di PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC (melalui Steam), dan Nintendo Switch 2. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Dragon’s Dogma 2: Dark Arisenpreviu
ShareTweetSend
Previous Post

The Witcher 3: Wild Hunt – Remastered Diumumkan Bersama Free Upgrade, Expansion Baru Akan Tiba Pada 2027

Next Post

Prapesan ROG XBOX Ally X20 Akan Dibuka Di Malaysia Tidak Lama Lagi Bersama Pakej AR Eksklusif

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Captain Tsubasa 2: World Fighters – Langkah Yang Lebih Gah Ke Pentas Dunia
Review

Reviu Captain Tsubasa 2: World Fighters – Langkah Yang Lebih Gah Ke Pentas Dunia

Overwatch Rush Akan Soft Launch Seawal 31 Ogos 2026 Di SEA, Termasuk Malaysia
Mobile

Overwatch Rush Akan Soft Launch Seawal 31 Ogos 2026 Di SEA, Termasuk Malaysia

August 26, 2026
Bina Empayar Pengangkutan Dalam Transport Fever 3; Akan Tiba 29 September
Berita

Bina Empayar Pengangkutan Dalam Transport Fever 3; Akan Tiba 29 September

August 26, 2026
Next Post
Prapesan ROG XBOX Ally X20 Akan Dibuka Di Malaysia Tidak Lama Lagi Bersama Pakej AR Eksklusif

Prapesan ROG XBOX Ally X20 Akan Dibuka Di Malaysia Tidak Lama Lagi Bersama Pakej AR Eksklusif

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd